Wednesday, May 23, 2012

Dah jumpa pun... Flax Seed!

Tengahari tadi lepas pi ambil kad pengenalan baru kat JPN Kepong, terus je balik ke pejabat. Tapi sebelum sampai pejabat tu, macam biasa la... Mesti singgah mana2 kedai dulu tapau lunch. Berhenti kat 7e ingat nak beli soya ngan roti je la. Tapi tiba2 ternampak pulak kedai Country Farm Organics. Teringat pulak Datin Suliza Salam dengan Fafau dalam Nona. Dia amalkan makan flax seed, pasal tu badan dia cantik. So xjadi la masuk 7e. Masuk kedai organik tu dengan harapan nak mengenal camne rupenye flax seed tu.
Masuk je kedai, ada sorang auntie, sorang lelaki baya2 40an gitu yang rasa2nya tokey kedai dah sambut dengan senyuman. Memang bagus betul layanan kedai ni. Tak bertangguh, saya terus ke soalan utama sebab tinggal 10 minit nak masuk keje dah. Apa bendenya flax seed tu? Hah, sila tengok gambar bawah ni ye..


Cam ne nak makan? Baca kat lebel bawah ni. Kisar dan campurkan dalam makanan atau minuman seharian. Tapi auntie yang peramah tu kata, ada sorang pelanggan dia kunyah camtu je. Pastu minum air.


Yang ni pulak rupa flax seed. Macam bijan pun ada,kan? Rasa pun lebih kurang je..


Menurut Datin Suliza, dia dah amalkan makan flax seed ni 8 tahun dah. Flax seed ni menurut kata tokey kedai tu pulak, boleh mengeluarkan minyak dan lemak2 berlebihan dari dalam badan. Wah! Patut la badan dia cantik,kan? Ini rahsianya. Dari nak kenal je, terus beli 1pek 300gram. Harga pun tak lah mahal. Kita cuba untuk kesihatan, kurus tu bonus!
Published with Blogger-droid v2.0.4

18 comments:

  1. berapa harga flaxseed tu kak? kat mana boleh beli?

    ReplyDelete
  2. boleh tak nak tahu berapa harga flaxseed tu?

    ReplyDelete
  3. macam mana cara makannya? ade kadar dan sukatan tertentu tak?

    ReplyDelete
  4. Macam mana ni kalau tak jawap? Semua orang nak tahu.. Jika perihatin tlg jawap saya pon nak tahu kat kedai mana dan di mana serta harga nya.. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang organic mcm flaxseed ni boleh di beli di eon kt bhagian organic

      Delete
  5. Haris A. Hamid
    Sy pernah ternampak flaxseed kat Mydin

    ReplyDelete
  6. Beli online kat signature market.lebih murah

    ReplyDelete
  7. Sy bli di Aeon 250gm rm5.18 .. Bhgian bhn organic

    ReplyDelete
  8. Sya beli radiant organic flaxseed 300g rm10 jer

    ReplyDelete
  9. sapa berminat bijirin berasaskan flaxseed..boleh contact/pm saya Zuraidah@0122798611..tq

    ReplyDelete
  10. boleh contact saya for food berasaskan flaxseed...0122798611 -zuraidah

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas info yg bagus...

    ReplyDelete
  12. Dah kurus ker belum.. Berkesan ker.

    ReplyDelete
  13. Flaxseed lebih mudah diminum jika dah blend kering.. masuk fryer 6-7 mins or sangai kering.. blend simpan bekas masuk fridge.. i beli kedai beras cina je segram RM2.. epsl hijau blend tapis . Masuk honey serbuk flaxseed blend blk.. best masuk low fat milk.. 1 bulan turun 3 kg.. bkn berat tp body bulge makin hilang.. tayar2 spare.. kulit lebih glowing

    ReplyDelete
  14. Flaxseed pun boleh dijadikan masker utk kulit lebih cantikdan gebu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ni, harap sudi juga tinggalkan sepatah dua kata ... ;P