Click Here!

Mudahnya Nak Buat Aiskrim !!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, October 18, 2013


Aiskrim perisa oren yang pertama kali saya buat. Letak sunquick je dalam 5 sudu sebagai perisa.

Cuaca panas2 macam ni sedap kalau dapat pekena aiskrim, kan? Apa kata cuba buat sendiri aiskrim untuk keluarga korang. 

Mudah je bahan2nya...

1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 biji telur ayam
1 sudu esen vanila
1 sudu ovallete
Perisa yg dikehendaki spt strawberry, vanila atau coklat
Hiasan spt coklat rice, buah2an atau kekacang

    Senang je bahannya kan? Caranya pula... Campur semua bahan kecuali hiasan dan kisar guna mixer atau blender. Saya blend je. Senang kerja.... ^_^ ! Masukan dalam acuan aiskrim atau tupperware dan sejukan dalam frezzer. Bila dah beku, boleh letakan hiasan atau makan bersama buah2an segar.

   Tekstur aiskrim sama jer dengan aiskrim yang di beli di pasaraya tu. So, jom buat untuk keluarga korang. Dah tentu bersih dan suci. Sebelum tutup entri, sila lihat pulak aiskrim perisa milo yang saya buat. Sedap...!


Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Balkoni Terbiar Bakal Berubah Wajah!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, October 11, 2013

      Walawei... Tajuk tak mengalah kan? Hahaha...

     Minggu ni bakal sibuk dengan projek baru. Nak makeover balkoni bilik pulak. Sebelum ni balkoni ni jadi tempat letak segala barang2 tak berguna. Pelik tak... Dah tak berguna, tapi kami masih nak simpan buat menyemak ruang je. Ada sentimental value katanya.... Hah! Alasan yang kukuh kan? Sentimental la sangaaaat.... (Tangan kat bahu, mata juling ke atas)

      So.... Nak tau kenapa kami boleh tetiba nak buat makeover segala ni? Sudah pastilah 'Jin M' dah keluar dari badan. Hahaha! Sejujurnya minggu lepas tetiba rasa bosan tengok susun atur bilik cam tu jugak tak bertukar2. Dah 5 bulan kutt.. Gaya yang sama. Sampai kalau tak bukak lampu pun, kompom boleh tau kat mana letak barang2 dalam bilik tu. Jadi minggu lepas memang seharian kami kemas bilik dan buat susun atur baru untuk bilik kami. Lepas kemas2 tu tetiba nampak balkoni yang suram dan penuh dengan barang2. Alahai... Sayang pulak tak manfaatkan balkoni tu. Walaupun kecik je, tapi boleh kut buat tempat santai2 malam sambil baca novel.

    So pagi ni sempat singgah kat A1 Stone, Sri Damansara masa on the way ke office. Tak de la plan mana pun, tetiba je membelok masuk sebab jemm. Ha...  Nampak tak bahayanya jemm kat area ada kedai2 cam ni? Masuk pun konon2 nak cuci mata sementara jalan lengang. Nak tanya2 dulu atau survey2 je. Sekali terbeli pulak! Adeh... Diakui hati wanita ni memang lemah dan mudah tergoda. Harga 18sqt rumput tiruan tu adalah rm138. Tapi berjaya dapat dengan harga rm50 untuk 12.5sqt. Kira2 balik, kira dah murah la dari harga asal. Rumput tu pun sebenarnya kena beli dgn lebar 1 meter. Tapi rezeki saya, ada lebihan rumput yang dah dipotong. Mungkin lebihan selepas pemasangan di rumah customer mereka. Jadi dapatlah saya beli dalam kuantiti kecik.

    Harap hubby tak bising la balik nanti. So inilah hasil tangkapan di pagi yang jemm tadi. Bulan ni kena ikat perut la nampaknya. Apa nak buat... Balkoni punya pasal! ^_^


Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Tips Mencuci Bilah Kipas Siling

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, October 7, 2013

     Mencuci kipas siling yang kotor boleh jadi sesuatu perkara yang rumit. Ini kerana habuk dari kipas boleh jatuh atau beterbangan di atas perabut rumah. Jika jatuh di atas lantai tak apalah juga. Bagaimana jika jatuh ke atas fabrik sofa atau karpet? Pasti ianya merumitkan lagi kerja2 mengemas korang.

     Jadinya, hari ni nak kongsikan satu tips mudah mencuci bilah kipas siling. Apa yang perlu ada ialah sarung bantal lama yang tidak digunakan lagi. Sarungkan bilah kipas dengan sarung bantal tersebut dan dengan perlahan tarik ke arah korang. Ulang pada bilah lain sehingga bersih. Habuk akan berkumpul dalam sarung bantal tanpa beterbangan ke merata tempat. Kerja mengemas korang akan jadi lebih mudah dan pantas.




Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Mr Bean Masuk Islam?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, October 3, 2013

Betul ke ni? Kalau berita ini benar, alhamdulillah... Selamat datang saudara baru saya ucapkan.

Berita ni dipetik dari islampos.com melalui fb seorang kenalan. Bacalah!

Credit: fb sucikan hati dr penyakit hati
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading