Click Here!

Florenta Cookies @Crunchy Bites

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, July 5, 2015

Assalamualaikum w.b.t

      Lama sangat dah tak menulis apa2 di blog ni. Bersawang-sawang dah. Letihlah nak mengemas balik nak raya ni...😆 Ada kisah sebenarnya mengapa saya lama tak menulis.

      Oh! Sebut pasal raya, kali ni nk share pasal biskut raya. Tahun ni buat lagi Crunchy Bites. Tapi kali ni tukar jenis tepung. Hari tu pakai tepung Bee Sting, kali ni pakai tepung Florenta. Ada beza banyak sangat dengan dua jenis tepung ni. Lihat entry lama saya tentang cookies ni; Crunchy Bites. Tahun lepas saya gunakan tepung Bee Sting untuk buat cookies ni. Tapi tahun ni saya pakai tepung Florenta. Beza kedua-dua tepung ni adalah tahap kemanisannya. Tepung Bee Sting sangat manis, tapi tepung Florenta sedang2 je manisnya. So kalau letak lebih pun masih boleh dimakan.

Crunchy Bites yang gunakan tepung florenta

      Tahun ni memang buat cookies ni je. Sebab senang dan tak banyak kerja. Cumanya saya tukar2kan bahan2 dalam tu je. 500gm tepung florenta tu harganya rm17.90 sahaja. Dapat banyak sangat cookies. Puaslah kalau nak makan sendiri. Nak resepi?? Skrol kat bawah ye... Cubalah! 😉😄😍

Cookies ni campuran lebihan kekacang dengan cornflakes. Lebih rangup dan sedap rasanya.

Resepi:
500gm tepung Florenta
250gm cornflakes
250gm badam hiris (dipanggang sekejap sehingga kekuningan)
100gm cranberries kering
250gm kacang pistacio (dipanggang sekejap sehingga kekuningan)
250gm kuaci matahari (dipanggang sekejap sehingga kekuningan)  50gm bijan hitam

Cara2:
Gaul rata kesemua bahan dengan tepung Florenta. Isikan dalam cup atau boleh juga ratakan dalam dulang yg dilapisi kertas kek.



Continue Reading

Seri Songket- Satu Projek Istimewa

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, October 26, 2014

Minggu lepas seorang kawan lama minta buatkan beliau sepasang kasut dan tas tangan. Istimewanya, material untuk menghasilkan kasut dan tas tangan ini adalah dari songket yg terhasil dari serat jagung. Hebatkan? Beliau hasilkan songket dari serat jagung. Satu inovasi yang hebat, kan?












posted from Bloggeroid

Continue Reading

Kelas-kelas Sandal

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, October 24, 2014



     Ini kelas flat clog sandal 2 minggu lepas. Pelajar saya datang dari Ampang, bersama suami dan anak2nya. Mula kelas pada jam 11 pagi, agak lewat. Tapi lebih kurang jam 5 petang siap la sepasang sandal yang comel ni.

     Asalnya pelajar saya nak buat sandal simple seperti gambar di bawah ni.



    Tapi saya beri pilihan lain dan tunjukan contoh dari gambar2 simpanan saya agar dia lebih terbuka. Bukan apa, kadang- kadang pelajar saya takut dan tak yakin dapat hasilkan kasut yang cantik. Mereka selalu memilih design yng terlalu simple sedangkan bagi saya, ianya tak berbaloi.

     Saya gembira bila pelajar saya berani mencabar diri mereka dan berseronok dengan hasilnya.😆😁

************   ***************   **********

     Kelas minggu lepas pula pelajar saya datang dari utara Malaysia -Pulau Pinang. Cantik orangnya, juga berjiwa besar ingin menceburi bidang perniagaan kasut.
Pilihan sandal yang ingin dihasilkan juga in trend, sesuai jiwa muda mudi sekarang.



      Kelas wedge clog ini adalah selama 2 hari sebenarnya. Tetapi memandangkan pelajar saya dari Pulau Pinang, kelas perlu tamat lebih awal. Lihatlah hasil tangannya. Menarik,kan? Sekarang memang trend anak2 muda pakai wedge clog. Design pun simple2 saja. Mereka gemar memilih sandal sarung yang boleh digayakan dengan pelbagai busana. Lihat hasil kerja tangannya yang baru pertama kali membuat sandal. Kemas dan ringkas.




~Minggu ni ada satu lagi kelas. Nanti inshaaAllah saya coretkan di sini bila ada kelapangan.
posted from Bloggeroid
Continue Reading

Clog Sandal Sempena Aidiladha

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, October 4, 2014

   Siap sepasang sandal hari ni. Ni semua gara2 sedih tak dapat balik beraya. Huhu!
Hati meronta nak balik, tapi bila fikirkan semula kesian adik tinggal sorang kat kl. Dia nak balik tapi ada kerja yang tak dapat ditinggalkan. Alahai...

   Separuh anak2 mak dah balik hari ni. Biarlah kami yang separuh ni beraya bersama je. Mana lagi nak pergi,kan? Duduk lepak2 saja la adik beradik sambil makan capati frozen cicah kari daging.

Continue Reading