Click Here!

Dapat ke Merasa Kali Ni?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, November 30, 2013

      Pagi tadi sempat snap beberapa gambar pokok labu yang galak menjalar di pagar belakang rumah. Lama juga tak pedulikan laman belakang tu, asyik sibuk dengan kelas kasut saja tiap2 minggu. Rupanya pokok labu kami gemuk pulak. Nampak beberapa putik bunga dah nak menjadi buah. Harap2 kali ni dapatlah merasa buahnya. Selalu nampak putik buah je, lepas tu tunggu punya tunggu tak nampak pun buahnya...




Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Recycle Idea: Bekas Tanaman Herba

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, November 18, 2013

Projek tiga minggu lepas adalah berkenaan kitar semula. Banyak tin susu yang saya telah cucikan bersih2 agar dapat dijadikan sebagai bekas tanaman untu herba2 dapur yang comel. Untuk mencantikannya, saya balutkan sebahagian luar tin tersebut dengan tali jut. Kemudian saya semaikan keratan2 herba sedia ada ke dalam bekas2 tanaman ni agar bekalan herba saya tidak putus. Hasilnya.... ♡ ♥ ♡ ♥ ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Cikgu Teruja Bila Student Bersemangat

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, November 9, 2013


       Student saya semangat siapkan kasut ni. Dah tak sabar2 nak bawa pakai pergi kerja nanti katanya. Jadinya hari ni dia belajar sampai malam. Tupun dapat siapkan sebelah jer. Lagi sebelah nanti dia buat di rumah. Dah tak sabar2 lagi nak tau progress penghasilan kasut ni sehingga ke akhir. Buat sebelah dulu, janji tunjuk step lengkap.
 
      Seronok dan teruja bila ada student macam ni. Macam terasa-rasa diri sendiri masa zaman belajar dan jadi student dulu. Sentiasa teruja dengan benda baru!! Semoga ilmu ini bermanfaat hendaknya.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Slip CDM hilang... Bagaimana dapatkan bukti pembayaran?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, November 8, 2013


       Korang pernah terhilangkan slip CDM tak? Kalut betul... Tak pepasal kena pergi bank pulak tadi. Nasib la tak payah nak beratur panjang, pegawai kat kaunter tu tolong checkkan. Kalau tak memang nak kena marah diri sendiri. Asyik tangguh2 nak fax slip tu, lastly terbuang ke mana entah.

      Kalut habis selongkar beg masa nak faxkan bukti pembayaran, tetiba baru teringat dua tiga hari lepas ada kemas2 beg. Maybe tak perasan terbuang slip bank tu. 

     Nasib baik panjang jugak akal ni nak call customer service diorang. So atas nasihat cs tu, kena pergi semula ke bank berdekatan CDM tu. Janji kena ingat tarikh masukkan duit tu dan akaun no serta jumlahnya. Diorang akan check dalam sistem.

     Tapi slip CDM tu memang tak dapat balik la.. Salinan pon tak de. Diorang cuma boleh bagi pengesahan dengan cop yang memang duit tu dah dimasukkan ke akaun penerima. So boleh kata macam bukti gak la..


         Fuhh!! Lega... Kalau tak, apa pun tak boleh. Duit habis, barang tak dapat.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Corat- Coret Familiku...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, November 7, 2013

Assalam.. Lamanyeee tak menulis kat sini. Bizi ler sangatttt kan? Hehehe...

    Ok, dah settle a few things yang penting. Tinggal last plan je lagi untuk tahun ni.. Penutup segala aktiviti untuk tahun ni. Eceh.. Penutup la sangat, tup tup ade je lagi yang menyusul nanti.

   Nak share kat sini, saya dah dapat adik ipar baru!!! Yeah... Mak happy sangat sebab tetiba mak ade ramai sangat anak perempuan. Saya pon sukeeee!! Dulu just saya dengan mak je close. Sekarang mak dah ade dayang2 yang mengiring kalau gi kenduri-kendara. Minggu lepas adik saya no 5, Fahmi Hafis dah selamat mendirikan mahligai cinta bersama gadis idamannya. Kenduri-kendara pun dah selamat berjalan lancar di kedua-dua tempat. Now apalagi? Jom layan sket gambar kawen diorang.. Dari phone saya tak banyak sangat yang saya snap, sebab sibuk tolong mak layan tetamu yang datang. So, gambar2 ni banyak cilok dari fb adik ipar, sedare mare dan ade gak cilok dari OP diorang USMANSAMAD!

majlis sebelah perempuan...




Majlis sebelah lelaki...




      Harapan kami sekeluarga, moga2 perkahwinan mereka kekal ke jannah. Tahun depan sorang lagi anak mak akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis idamannya. Adik bongsu kami, lambatttt lagi. Biar habis sekolah dulu, masuk U dulu... Pastu dah kerja baru boleh pinang anak dara orang. So, tahun depan mak abah berhajat nak wat family day sebab keluarga kami dah besar. Hopefully, pengantin baru ni dapat bagi cucu baru kat mak abah tahun depan... Inshaa Allah!




Continue Reading