Click Here!

Showing posts with label Adika. Show all posts
Showing posts with label Adika. Show all posts

Kes Dirang buat kami terkenang Adika ...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 17, 2012

   Mendengar berita ibu yang kematian anaknya memang suatu yang menyedihkan dan ia mengingatkan kami tentang Adika.Saya mendoakan agar ibu kanak2 malang itu tabah menghadapi dugaan Allah. Tak dapat dibayangkanlah andai kami berada di tempatnya sedangkan kematian kucing saja dah benar2 merobek hati kami. Cuma baru sekarang kami dapat menerima kenyataan tentang kematian Adika,kucing kesayangan kami. Kalau mula2 dulu pantang kalau teringat, pasti sebak dan terus menangis. Kami terlalu sayangkannya seperti anak sendiri. Keletahnya menghiburkan. Paling kami terasa bila tiada lagi yang menyambut kami bila pulang dari kerja dan tiada lagi teman ketika saya memasak. Rasanya macam sekejap dan tak puas lagi bela dia. Tapi kami kena sedar bahawa semuanya hanya pinjaman dari Allah. Tiada yang kekal kecuali Allah s.w.t.


  Tiga hari sebelum Adika mati, dia demam. Tapi saya sangkakan tak apa2 jadi saya tak bawa pun ke klinik. Kemudian dia mula hilang selera. Makannya pun sedikit dan perlu disuapkan ke mulut. Dia seolah-olah tak dapat melihat dan bingung. Adakala bila dia berjalan dan terlanggar sofa, dia cuma akan berdiri di situ seperti kebingungan sehinggalah kita mengalihkannya. Saya tak sangka itulah hari terakhir kami melihatnya. Ketika kami hantar ke klinik, doktor pun ada pesan supaya kami bersedia dengan segala kemungkinan. Keadaan Adika betul2 kritikal dan separa stroke. Walaupun saya kata saya redha dengan kepergiannya tp sehingga ke hari ini saya masih terkenangkannya lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Saya Rindu..........

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, December 28, 2011


Gambar Adika ini dirakam oleh anak saudara saya, Nadjmi Nidza.
   Salam semua...
   Saya rindu menulis di blog saya. Sudah lamaaaaaaaaaa sangat tak bercerita.Tapi apakan daya banyak perkara telah terjadi akhir2 ini. Lewat beberapa bulan ini saya sibuk dengan album pengantin, suami saya jatuh sakit dan kucing kesayangan saya, Adika  telah pun pergi meninggalkan kami dengan seribu kenangan manis bersamanya. Sedih sangat melihat keadaannya sewaktu kami hantar ke klinik veterinar di Shah Alam. InsyaAllah jika diizinkan-Nya saya akan ceritakan satu persatu kenangan manis kami bersama Adika.
~ Adika, bonda n papa sayang sangat kat Adika....
 
  
Continue Reading

Adika.. Kesayangan kami..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, June 28, 2011

 Lepas shopping kasut Bata, masuk kedai kain pula. Jenguk-jenguk jer... Lepas tu singgah kedai minum segelas air. Sedang membasahkan tekak, kami tertarik tengok aksi si kenit ni. Sungguh hyperaktif melompat dan bermain sendirian. Saya pun tanyalah pada abang yang hantar air tu, sapa tuannya. Abang tu terus kata tak de tuan, kalau nak ambillah. So, masa nak balik saya cuba ambil si kenit ni. Tak sangka betul-betul jinak. Naik kereta pun duduk diam je sampai ke rumah.



  Malam tu kami keluar ke pasaraya untuk cari makanan buat si kenit. So, boleh tahan rege makanannya. So, kami namakannya Adika kerana ianya jantan. Comel tak si kenit kami? Harap2 bertahanlah kat rumah kami. Ni pertama kali kami bela kucing. Ada sesiapa yang boleh bagi tips?
Continue Reading