Minggu lepas, dah selamat dan selesai semua kerja-kerja kenduri adik kedua saya. Akhirnya dapat meluruskan pinggang setelah kerja keras.
Majlis di Kepong dirancang rapi oleh adik dan saya. Penat betul buat dua kerja sekaligus ni. Yelah, saya jugalah yang jadi organizer, saya jugak jadi photographer. Fuhh!! Nasib baik majlis berjalan lancar. Majlis kami berakhir seawal jam 3 petang sebab pengantin nak bergambar kat taman pulak.
Masalahnya, tetamu masih ramai lagi di dewan. Tak molek la kiranya pengantin meninggalkan majlis begitu je,kan? So, saya nak kongsikan trick kami ni. Rancangan ni beberapa orang yang terlibat je yang tahu. Ayah saya sendiri pun tak tahu menahu berkenaan perancangan kami ni.
Setelah selesai semua acara, pengantin mestilah turun berjumpa para tetamu,kan? So, dari satu tetamu ke satu tetamu. Sampailah habis semuanya. Tapi saudara mara kami ramai sangat, kalau nak jumpa semua... memang sampai pukul 5 pun tak habis lagi. Jadi, jam 3 petang saya bagi arahan kepada DJ untuk membunyikan siren bomba yang saya download dari internet. So, bila dengar saja siren bunyi, orang-orang yang terlibat dalam perancangan terus ambil tempat masing-masing. Suami saya terus drive kereta ke tepi dewan, saya stanby dgn kamera di pintu, photographer kedua,Poji standby kejar pengantin, pengapit pengantin stanby dalam kancil diorang dan pengantin perempuan pula tanggal kasut dan lari dengan pengantin lelaki ke arah kereta di sebelah dewan.
Orang ramai yang dengar siren semua jadi panik. Tambah pula tengok pengantin lelaki dan perempuan lari macam dikejar apa. Semua pakat ke luar dewan nak tengok apa yang jadi. Kami pula bila kedua pengantin dah masuk kereta, terus gerak ke lokasi outdoor dengan senang hati.
Lima minit selepas kejadian pengantin lari, saya call adik saya yang sorang lagi tanyakan reaksi tetamu. Katanya, semua terkejut dan terpinga-pinga, tapi lepas DJ umumkan itu adalah sebahagian gimik dari pengantin sebab nak beredar ke lokasi outdoor, mereka semua ok dan dapat menerimanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti dirancang.
P/S ~ Takut juga bila tengok adik saya lari laju camtu sambil tarik pengantin perempuan. Takut dia terlibas pengantin perempuan ke pintu je.. Hehehe...
Continue Reading
Majlis di Kepong dirancang rapi oleh adik dan saya. Penat betul buat dua kerja sekaligus ni. Yelah, saya jugalah yang jadi organizer, saya jugak jadi photographer. Fuhh!! Nasib baik majlis berjalan lancar. Majlis kami berakhir seawal jam 3 petang sebab pengantin nak bergambar kat taman pulak.
Masalahnya, tetamu masih ramai lagi di dewan. Tak molek la kiranya pengantin meninggalkan majlis begitu je,kan? So, saya nak kongsikan trick kami ni. Rancangan ni beberapa orang yang terlibat je yang tahu. Ayah saya sendiri pun tak tahu menahu berkenaan perancangan kami ni.
Setelah selesai semua acara, pengantin mestilah turun berjumpa para tetamu,kan? So, dari satu tetamu ke satu tetamu. Sampailah habis semuanya. Tapi saudara mara kami ramai sangat, kalau nak jumpa semua... memang sampai pukul 5 pun tak habis lagi. Jadi, jam 3 petang saya bagi arahan kepada DJ untuk membunyikan siren bomba yang saya download dari internet. So, bila dengar saja siren bunyi, orang-orang yang terlibat dalam perancangan terus ambil tempat masing-masing. Suami saya terus drive kereta ke tepi dewan, saya stanby dgn kamera di pintu, photographer kedua,Poji standby kejar pengantin, pengapit pengantin stanby dalam kancil diorang dan pengantin perempuan pula tanggal kasut dan lari dengan pengantin lelaki ke arah kereta di sebelah dewan.
| Gambar semasa siren mula dibunyikan. Kelihatan pengantin mula tanggalkan kasut dan orang ramai pun tak berapa perasan lagi tentang perubahan situasi. |
| Ini pula gambar semasa adik saya sedang lari.... Ingatkan lari-lari anak, sekali.. |
| Hambik ko..Tak sempat nak tangkap. Dapat iras-iras bayang je. Ke main ler lajunye adik aku bawak lari pengantin dia. Macam betul-betul kena kejar je... |