Click Here!

Showing posts with label Kuchai. Show all posts
Showing posts with label Kuchai. Show all posts

Alahai Kuchai...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, March 18, 2012

   Tengok pokok kuchai yang kurus macam tak cukup zat buat aku rasa bersalah pulak. Yalahkan, macam merajuk pulak kuchai2 tu dengan aku pasal asyik la aku membelek anak2 sawi dengan pokok terung je. Tak peduli langsung aku kt dia yang terliuk lentuk menggoda dengan bunga2 putihnya. Ala ciannye dia... Lantas sambil2 mengemas laman, aku usahakan juga memindahkan pokok2 kuchaiku itu ke dalam bekas baru. Terpaksalah aku korbankan lagi botol air saiz 5 liter buat menakung air dari vendine mesin yang memang banyak kat rumah aku nanti dengan harapan suami aku tak la terperasankan kekurangan botol2 itu.


   Botol kutebuk dan isikan dengan tanah baja yang telah aku peram bersama lebihan nasi. Sesekali kelibat ulat2 nasi yang menyapa membuatkan aku geli geleman. Tapi tak lah aku tunjukkan sangat supaya ulat2 tu tak berkecil hati dan tak mahu bekerjasama menyuburkan tanah itu. Selesai menyediakan tapak, pokok2 kuchai tu aku pindahkan sambil membaca selawat dan menyebut-nyebut Ya Hayyum Ya Qayyum dengan harapan pokok2 kuchai ku itu terus hidup dan membiak.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Updated kebun plak...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, January 26, 2011

   Ni semua gambar-gambar bunga yang terdapat kat kebun sayur belakang rumah saya. Sekali jenguk-jenguk... memang buat surprise pagi-pagi hari. Maka setelah melihatnya saya pun ke pejabat dengan hati yang berbunga-bunga....

 Bunga Kuchai...




Bunga Ulam Raja...



Bunga Labu...


dan buah labu... masih baby lagi. Comel sangat... Ini la yang buat saya tersenyum sepanjang hari!

Continue Reading

Bunga kuchai

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, January 21, 2011


   Semalam cuti Thaipusamkan? So, tak de aktiviti sangat yang saya buat. Cuma aktiviti biasa-biasa, cuci baju, jemur baju, sapu laman, kemas rumah, jenguk & cabut rumput di kebun. Tu jer... Tapi semalam baru perasan pokok kuchai saya keluar bunga. First time tengok bunga kuchai ni sebenarnya. Tu yang teruja sampai petang tu. Hihihi..

    Yang ni pulak bunga ulam raja. Eh, ni baru putiknye.. Bunganya tak kembang lagi. Cantik jugak bunganya bila dah kembang, warna pink. Dan gambar last sekali ni pucuk labu. Saje je die nak enterframe sekali. Bunga labu dah tunjuk kat post sebelum-sebelum ni, tapi die nak jugak menyalar menyelit kat sini sekali.

Continue Reading