Click Here!

Showing posts with label Mulberi. Show all posts
Showing posts with label Mulberi. Show all posts

Baja Murah Tapi Kesannya Hebat!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 22, 2014

    Hari ni rutin macam biasa la. Siram pokok2 dan kemaskan laman mana yang patut. Pagi ni kalau ikut jadual nak kena letak baja lagi kat pokok2 ni. So buat je sampai siap semua pokok dibaja. Kali ni malas nak menggembur sebab banyak hal nak kena buat lagi.

    Berbalik pada cerita membaja ni, memang best hasilnya. Tu yang terus nak ikut jadual pembajaan tu. Excited sangat bila tengok pokok2 subur dan mengeluarkan hasil yang lebat terutamanya pokok mulberi tu. Mulberi memang senang ditanam. Cantas je dahannya dia akan keluar tunas baru dan berbuah. Tapi sebelum ni setakat berbuah pada hujung dahan je la...
    
     Bila guna baja ni, mulberi bukan setakat berbuah di hujung2 dahan, tapi sepanjang batangnya akan keluar tunas baru dan ada yang dah mengeluarkan buah pun walaupun tunasnya masih kecil. Subhanallah.... Berbaloi sungguh menggunakan baja ni. Ok, sila tengok pada gambar untuk bukti jelas ye...

      Bukan itu saja, pokok limau kasturi pun dah keluar putik buahnya. Kemboja pula dulu nampak kering jer. Sekarang dahannya dah bercambah dengan daun yang lebat.

      Akhirnya silalah cari baja ni kat nurseri Melayu di Sg. Buloh kalau korang nak pokok2 di rumah korang subur dan mengeluarkan hasil hebat.

Continue Reading

Hasil Mulberi

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, March 7, 2014

      Macam biasa, pokok mulberi tak pernah menghampakan kami. Asal saja disiram dengan cukup, pasti buahnya lebat. Baja pun kadang-kadang. Senang sangat menanamnya.

Continue Reading

Masa untuk nikmatinya!!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, February 20, 2013

   Pohon mulberi di laman tepi berbuah lagi. Kali ini buahnya lebih banyak dan besar2. Ini antara buahnya yang telah masak ranum yang baru saja dipetik. Seronok bila dapat merasa hasil titik peluh sendiri ...

Continue Reading

Mulberi Masak Ranum

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, December 4, 2012

   Pokok mulberi yang ditanam tepi tingkap sudah membesar dengan ketinggian yang sama dengan saya. Saiz buahnya pun dah besar sikit berbanding dulu. Dulu cenonit je, sekarang saiznya da dekat besar saiz ibu jari. Puas makan buahnya pagi semalam. Kutip-kutip dapatlah jugak dalam satu tapak tangan. Manis.... Petang ni kalau tak hujan nak cantas dahannya biar tumbuh tunas yang baru. Barulah boleh merasa lagi buahnya!

Continue Reading

Mulberi Hitam

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, April 16, 2012

   Batang mulberi yang dipangkas boleh ditanam semula. Pagi ni juga saya tanamkan semula keratan mulberi yang telah direndam semalaman dengan air campuran serbuk penggalak akar. Cara ini pernah saya praktikan dulu semasa mula2 menanam keratan batang  mulberi yang diberikan oleh seorang sahabat tani di Rawang. Harap semua semaian mulberi saya hidup.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Mulberi Merajuk.. Takkan 2 biji jer?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 10, 2012

   Petang tadi jalan2 tepi rumah sambil mengemas. Tinjau juga pokok2 hiasan dan mulberi.

    Dulu mulberi berbuah lebat. Kali ni tinjau2 nampaklah 2 biji yang sedang masak ranum di balik daunnya yang lebar.

    Dua biji jer? Sorang satu la dengan hubby ni... Amboi merajuk la tu, saya lama tak cantas pokoknya. Dulu selalu borak2 dan lepak2 kat bangku rustik. Sekarang banyak masa habis di laman belakang. Dia pun saya jeling2 je sambil lalu. Sudahnya dihadiahkan kami 2 biji buahnya saja. Nampaknya cuti esok kena la buat apa yang patut.. :-P


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Mulberi yang masak meranum!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, January 3, 2011

  Yeahha!! Mulberiku dah meranum... Manis-manis masam je rasanya. Silalah scroll untuk lihat kemerahannya yang menggugat jiwa. Yang hitam tu dah selamat masuk dalam mulut takut kempunan dimakan burung plak nanti.

   Mulberi yang merah masih rasa masam lagi, manakala yang hitam rasanya manis. Buah yang meranum ni datangnya dari tunas lama. Ada lagi dua tunas baru yang galak gak berbuah. Satu tu masih hijau-hijau, satu lagi tu nampak dah hijau kemerahan dah. Mungkin dua minggu lagi boleh petik dah kut...





Continue Reading

Kenapa jadi cam ni?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, December 22, 2010

   Dah lama tak update pasal pokok-pokok di kebun mini saya kan?

   Banyak hal yang berlaku dua tiga minggu ni. Kadang-kadang kesian juga pada pokok-pokok tu bila saya dah tak de masa siram pagi dan petang. Memang nampak sangat mereka merajuk dengan saya, dalam erti kata lainnya.. pokok-pokok tu sentap sebab saya dah jarang membelai dan bercakap dengan mereka.


   Pokok labu saya macam makin kurus dan menguning jer. Kak Mona & Abg Ramli yang datang baiki saluran paip rumah saya tu pun perasan pokok saya tak merimbun macam dua minggu sebelum tu. Tu dia penangan dari kurang kasih sayang. Kurus! Pokok saya kurus dan tak terbela.


Pudina saya dah mati. Naseb baik la mak saya dah tolong cucukkan kat tempat lain.

Pokok cili pun bakal menyusul.


Pokok melon saya pula daunnya habis dimakan kumbang yang bergembira sakan di kebun saya. Sian... pokok-pokok ku.


Cuma pokok mulberi saya jer yang terus berbuah. Itu pun dua tunas baru dah pun mati.

   Tapi tak pa, saya dah kembali untuk terus membaja dan menyiram diorang sume sampai gemuk. Siap ko kumbang, nanti aku sembur ko dengan air cili ! Ko tunggulah ye !
Continue Reading

Lawatan Tapak 2

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, November 25, 2010

   Weeee...pagi tadi macam biasa, rutin tiap-tiap hari kena check pokok sebelum gi kerja. Kalau tak, rasa macam tak lengkap jer. Ok, dari pemerhatian...
  •   Pokok cermai belanda saya dah keluarkan banyak buah dan bunganya juga masih tak berhenti.   Ada beberapa buah yang dah merah, sedia untuk dimamam.

masih berbunga dan berbuah..buah hijau + buah merah..

merahkan buahnya? tapi buah ni cam dah dimakan burung..hampeh tul burung nih..bagi la tuan pokok rasmi dulu..

sowi..rapat sgt smpai lari focus...
  • Anak pokok cili juga dalam proses tumbesaran..
  • 
    Hiduplah ko cili... Cili sekarang dah naik harga... kalo ko hidup, jimat duit poket..
  • Anak semaian mulberi pun dah mula keluar tunas

Yang ni tumbesarannya lambat sikit. Kena potong batangnya sekali lagi baru nak keluar tunas..

Yang ni pulak, dah banyak tunas yang keluar..Satu darinya dah ditempah kakak ipar saya..
                           
  • Pokok labu kuning saya semakin membesar dan ...  

Eh, cam ade tak kene jer..
  
Daun dia kekuningan cam tu.. Pokok ni memang cam ni ke...atau kurang sesuatu?
     OMG!! Kenapa pokok labu saya kekuningan cam ni? Adakah labu kuning, daunnya pun kuning? Oh no...
Tolong! Ada sesiapa tak yang tau..saya dah check kat internet tapi tak jumpe pun pasal masalah ni....Ann, mane Ann nih? Ann, please help me..
Continue Reading

Laporan Lawatan Tapak...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, November 23, 2010

   7.15 pagi tadi buat aktiviti macam selalu. Jalan-jalan tengok pokok. Hirup oksigen sebanyak-banyaknyer agar sentiasa segar..Sebab hari ni kena drive pi kerja sendiri..Drebar saya dah pencen , nak duduk umah plak hari ni..Hihihi...Suami saye ler drebar saye dua tiga hari ni, pasalnye minyak hitam bocor. Kereta kena masuk wad, nak tampal ape yang patut. So, Khamis sampai semalam saya merempit ke opis dengan suami saya. Orang merempit malam-malam, tapi kami merempit tak kira waktu...Macam perempit tegar la kan? Di mana ada kemahuan, di situ ada highway!!

  Ok, berbalik pada cerita asal, jenguk mulberi kesayangan saya..Tunas dah tumbuh dan putik-putik buah dah pun keluar..Eii..seronoknye rase hati. Belum makan buahnya lagi, tapi seronok ler rase sebab hidup jugak dia walaupun saya yang tanam. Dulu ada kawan saya kata tangan saya panas, tak sesuai tanam pokok. Tapi tengok hidup jer pokok-pokok yang saya tanam tuh... Mungkin masa dulu saya tanam tapi tak jaga bersungguh-sungguh kut..Tu yang mati tu, lagi pulak malas nak siram dan bagi baja.. Oklah, kite tak mau membebel pagi-pagi ni..Kita layan gambar jer la yer..
 

                                      
Banyakkan tunasnye? Tak lama lagi boleh la saya makan buahnya.
  Sekarang ni buah-buahnya hijau lagi. Mengikut kata Ann..dalam sebulan selepas tunas keluar, bolehlah kita petik buahnya bila sudah merah kehitaman. Masa tu rasanya memang manis sangat. Buah mulberi yang berwarna merah pula rasanya masam-masam sikit.


Ni ada sebiji buahnya yang merah, belum bertukar jadi hitam lagi.
   Boleh baca selanjutnya tentang info mulberi ni di blog Ann. Nak tanya apa pun boleh sebab Ann ni tak kedekut ilmu.
   Ok, sekarang dah tengok mulberi, saya check pulak pokok-pokok yang lain.


Pegaga saya yang dah separuh mati tertinggal di rumah lama dulu semakin membiak dengan jayanya,setelah mendapat semula kasih sayang dari tuannya...Cewah!!

   Haa..tak ketinggalan update info tentang pokok labu saya ni...

Haa..Tenguk tuh..


Rapat lagi...
 
Dari pandangan atas...Gemuk kan? Macam tuannya jugak...
    Saya siram dua kali sehari, kadang-kadang malas sekali sehari jer.. Baja bagi sekali setiap dua minggu. Saya bagi baja warna biru tu. Harganya kat Econsave RM 4.50... Tapi baru ni pergi kedai serbaneka NT Shop harganya cuma RM1.95. Saya nak jadilah pengguna bijak...So, saya pilih beli di NT Shop.

   Last sekali saya jenguk anak pokok bunga kobis dan lobak merah saya....

Dah besar dah..
   Dah besar dah mereka, tapi saya tak de masa lagi nak pindahkan ke polibeg yang besar. Mak mertua saya pesan, lobak merah kalau tanam dalam polibeg yang kecil, lobaknye jadi kecil. Kalau nak lobak jadi besar, tanam dalam polibeg besar dan dalam. Ooo..cam tu ye mi? Kalau saya nak hasilkan baby carrot, tanam dalam polibeg kecil je la kan? Betul ker ni ?

  Ok, tu jer lah cerita tentang lawatan tapak hari ni...Sesiapa yang ada info berkenaan leh komen kat ruang komen yer..Info anda amat-amat dihargai... Calo!!
Continue Reading

Minggu yang paling sibuk

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, November 15, 2010

   Sabtu kelmarin pergi Port Klang untuk Mtest KPLI. Dari rumah bertolak pukul 7.00 pagi sampai Port Klang dalam pukul 8.00 pagi. Sebenarnya dah sampai pukul 7.45pagi, tapi cari kedai makan dulu isi perut. Sempat snap sekeping permandangan langit waktu pagi sebab suami yang drive...Kalau saya yang drive, alamat kereta ke mana, gambar ke mana..Hahahaha..
Cantikkan langit waktu pagi.. Segar je ditiup sang bayu saat cermin kereta dibuka untuk snap gambar ni.
   Lepas habis Mtest, kami jalan-jalan bandar Klang. Maklumlah alang-alang dah sampai la katakan..Masuk kedai keluar kedai. Masuk Kamdar, keluar bawa kain langsir..Hooray!! Suami saya belikan langsir baru untuk rumah kami. Thanks abang...

   Lepas round Klang, kami gerak pula ke Shah Alam. Tengok-tengok barang untuk rumah di Alam Sentral. Kat sana dapat pulak candle box. Sebenarnya candle box tu kami cadang nak jadikan peti surat rumah kami.Okay tu kami akan kongsi di entry akan datang..buat masa ni, gambar langsir dan candle box tu kami sorok dulu..

Ahad (14 Nov 2010)-Semalam le tu..

   Bangun pagi-pagi, terus tengok anak benih bunga kobis dan lobak merah. Yahoo..anak bunga kobis dah pun menampakkan dirinya..comel sangat..tapi masih kecil sangat nak di pindah ke polibeg besar. Saya semai pada 11/11/2010. Tiga hari je dah bercambah.. Jenguk pula anak cili, bendi dan kobis.. Cili nampak juga sikit, tapi tak segalak bunga kobis. Cuma bendi dan kobis je yang tak nampak-nampak lagi kelibatnye.. Hish, ape pulak masalahnya nih? Lalu polibeg tu saya alihkan ke bawah pokok. Mungkin dia nak duduk tempat teduh yang bercahaya kut...Kita tengok balik dalam seminggu nanti apa jadi pada mereka.

  Lepas tengok anak semaian, saya pun capai cangkul... Apalagi, mulakan mencangkul!!Saya nak buat batas baru untuk taburkan benih labu kuning. Emm..sedap betul makan sayur lemak labu hari tu. Tengokkan isinya memang cantik. Maka biji-bijinya saya simpan dan keringkan sebagai benih. So, semalam dah tabur di batas baru. Harap-harap hidup la kau labu...

  Sarapan pagi pukul 10.30pagi lepas memerah keringat di belakang rumah. Cewah...ayat tak boleh tahan tuh. Macamlah menyangkul seekar tanah padahal sekangkang kera pon tak sampai..Dalam pukul 12.30 tghari, kami gerak ke rumah lama untuk mengemas apa yang patut. On the way ke sana singgah sekejap di rumah En. Hisyam, pengusaha pokok mulberi di Sri Kundang. Cari punya cari akhirnya jumpa juga rumahnya. Wah! besar sungguh pokok dia..Tapi saya tak dapat ambil gambar sebab bateri phone habis. Huhu.. Banyak soalan yang kami tanya pasal pokok mulberi pada dia. Dia pun tak kedekut ilmu. Macam-macam tips diberi... Akhirnya kami beli lagi 2 pokok anak mulberi buat tambahan koleksi.. Selesai urusan mulberi, kami gerak ke rumah lama. Kali ni, perjalanan diteruskan tanpa singgah mana-mana sebab faktor masa yang begitu cemburu kepada kami. Sekejap je dah petang.. Tak puas langsung merasa hujung minggu.

   Kami pulang dari rumah lama dengan kereta yang sarat. Sarat dengan barang-barang dari rumah lama dan anak pokok mulberi. Sebelum sampai rumah, singgah lagi di Econsave untuk beli barang dapur, suami saya mengidam mengalahkan orang mengandung...teringin nak makan soto pulak. So, kami beli bahan buat soto dan terus balik. Sampai je rumah, terus tangkap cangkul dan gali lubang sebelah tepi balkoni. Saya tanamkan pokok mulberi pertama yang saya beli di pasar mega S.Alam minggu lepas dengan harapan pokok saya akan subur seperti pokok di rumah En. Hisyam tadi. Selesai menanam, saya siram semua pokok-pokok yang lain lepas tu barulah masuk rumah, renehkan sup dan masak nasi impit untuk buat soto...

   Opsss..Tak habis lagi.. Malam tu kami ada tetamu. Elok sangatlah tu, kebetulan dah masak soto, maka kuantiti bahannya saya tambahkan je lagi. Malam tu Kak Ngah sampai satu keluarga bersama anak saudaranya, Niha. Wah..memang seronok la makan sambil borak... Lepas diorang balik, sambung tonton movie lagi and tak sedar jam berapa tertidur. Sedar-sedar, jam 1 baru naik tidur di bilik... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........

 
Continue Reading