Click Here!

Showing posts with label diy makeover. Show all posts
Showing posts with label diy makeover. Show all posts

Misi Deko2 Bilik Kerja Hubby

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, February 12, 2014

    Sunyi jer blog ni sekarang. Tuan tanah banyak kerja sangat sampai terabai blog. Hehe.. Tapi hari ni ada masa sket, so nak citer pasal misi saya menghias bilik kerja hubby.
    Cuti CNY baru ni saya cuti panjang. Tapi memandangkan hubby tak de cuti, jadinya memang bosan teramat sangat duduk kat rumah sorang2 membuli Labu dan Minnie. Hari Rabu tu habis satu rumah saya kemas. Tapi tetap bosan jugak memandangkan hubby kena sekolah sampai petang. Hari Rabu kan semua sekolah ada ko-kurikulum. So melepak sengsorang tengok tv sampai tak tahu nak tengok citer ape dah.
   
     Maybe hubby kesian kut sebab saya kata keboringan tahap dewa tinggal sorang kat rumah maka dia ajak2 ayam ikut dia ke sekolah esoknya. Dia nak minta saya tolong hiaskan bilik seni sekolah dan bilik kerja dia. Wah!!! Pucuk dicita ulam mendatang. Bestnya... Eksited abih saya dengar.
    
    Maka esoknya pagi2 dah bersiap ikut hubby ke sekolah. Duduk dalam bilik dia dan analize apa nak buat dan cari idea macam mana nak hias bilik tu. Memang best la, sebab hubby ada bilik khas untuk dia walaupun ade gak meja sendiri kat bilik guru tu. Bilik ni dia stay sorang jer, so memang best la lepak tunggu hubby habis mengajar sambil conteng2 buat doodle. Sambil2 tu pikir idea hiaskan bilik dia dan bilik seni. Bila sekolah tamat kami sambung cat dinding bilik seni tu. Nak buat mural batik katanya. Entah, idea mural ni idea hubby ngan dua tiga cikgu seni sekolah tu. Saya tolong2 je apa yang patut. Esoknya ikut hubby lagi. Kali ni bawak apa2 yang diperlukan sekali. Tak siap sepenuhnya lagi, tapi bilik hubby dah siap saya sapu dan mop. Hampar tikar supaya boleh duduk2 sambil buat kerja.
    Dekat2 masa nak balik, datang ramai2 kawan dia lepak dalam bilik tu. Ada pulak yang bagi cadangan letak sofa. Tu tak lain tak bukan nak bagi lagi best diorang nak melepak la tu... Macam la tak faham trick diorang. Hehe.
    Yeah! Pagi Sabtu tu kami memang hantar sofa yang asalnya kami nak buang atau dermakan pada yang berminat. Sofa tu asalnya kami letak kat bawah tangga, tak de sapa yang lepak sangat kecuali Labu dan Minnie je suka menyeser kat sofa tu. Plus jadi tempat memerangkap debu dan bulu2 dua ekor kucing tu. So tu la terfikir nak bagi je pada sesiapa sebab tak tahan debu yang lekat kat sofa tu buat hubby bersin tak berhenti. Bergegar satu rumah!
   So... Akhirnya sofa tu dihantar ke bilik kerja hubby. Boleh jugak la sofa tu dimanfaatkan sepenuhnya. Hubby boleh rest sementara tunggu ko-ko. Tak perlu ulang-alik balik rumah, kang petang nak pergi sekolah balik. Boleh jimat minyak jugak... Dah mop lantai dan pasang tikar getah, so no more shoes in this room. So boleh sembahyang zohor dan asar dalam bilik ni jugak kalau kena stay untuk ko-ko. Panjang dah cerita ni.. Jom layan gambar pulak!



Apa lagi la yang tak kena tu... 

Pokok hiasan kat luar yang menjadi penyeri ruang bilik ni. Puaslah tukang kebun sekolah cari pokok ni nanti.


Berguna juga sofa ni akhirnya. Di rumah kami, letaknya di bawah tangga. Tak berfungsi sangat memandangkan ruang tu sempit dan panas. Di sini inshaa Allah akan bermanfaat.
Continue Reading

Makeover Dinding Rosak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, August 27, 2013

     Raya tahun ni hubby merajinkan diri makeover dinding kat tepi tangga. Dah teruk sangat rupanya, dengan tompok2 kulat kesan dari paip dalam dinding rumah sebelah yang bocor. Dah lama pun dia bising pasal hal tu. Akhirnya orang sebelah tutup jugak. Terus tak digunakan langsung paip tu. Sayangnya dinding rumah kami bertompok2 dengan kulat. Mencemar pandangan sungguh!    

    Duduk berjiran sebelah menyebelah ni memang payah jugak kalau tak de tolak ansur. Nasib baiklah akak rumah sebelah tu mahu tolak ansur. Kalau tak, makin rosak la dinding rumah kami. So sekarang dinding tu tak lembap macam dulu lagi. Tapi tompok2 kulat masih kekal. Sakit mata kami tengok. Asal ada orang datang, mesti tanya kenapa dinding ade kulat? Jenuh nak cerita kat sorang2.   

    Sudahnya kami ambil keputusan nak pasangkan sticker wall paper tu. Nampaknya itu jer solusi paling jimat dan berkesan. Kalau nak catkan semula pun, kesan tompok tetap ketara. Kalau tampal dengan sticker wall paper inshaa Allah, dinding tu naik semula serinya. Hubby pasang sendiri jer. Wall paper sticker tu kami beli kat Mr DIY. Satu gulung tu lebar 45cm dan panjangnya 5 meter. Harganya pun murah cuma rm10 lebih jer segulung. Bajet untuk keseluruhan dinding ni di bawah rm60. Lepas siap pemasangannya, memang cantik sangat. Teruja!

* Lepas ni hubby boleh la senyum bila panjat tangga. No more sakit hati & sakit mata!




Sebelum & selepas

Continue Reading