Click Here!

Showing posts with label nurseri. Show all posts
Showing posts with label nurseri. Show all posts

Seharian memborong di nurseri..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, May 4, 2011

     Ok, habis citer pasal KL Sempit. Sekarang kite citer pasal laman rumah pulak eh. Lama dah tak upload pasal taman,kan? So, dijadikan criter, hari last cuti hari tu pi ler sarapan kat Mak Ude. Si hubby teringin nak makan nasi dagang. So, pergi le makan kat sana. Saya pulak makan soto ayam.



    Sambil-sambil makan tu layan majalah LAMAN edisi 32. Tengok punye tengok majalah tu, teringat le kat laman kat rumah yang dah makin berserabai tuh. Si hubby ajak le ke nursery di Sg Buloh, gi beli pokok untuk tanam kat area bawah pokok buloh. Nampak kontang sangat katanye. Saya ni mengikut je ler.



   Cantik tak? Tak tahu pun namanya. Sebat jer sebab suka tengok warna daun dia. Kami beli 10 polibeg. RM1 je satu polibeg pokok ni. Hubby kata nanti die membiak, kite cantas sikit untuk tanam tempat lain pulak. Tak perlu beli banyak sebab pokok ni cepat membiak, macam pokok money plant.

   Lepas dapat pokok ingat nak cari tanah dan pasu. Tapi hajat tak kesampaian sebab tak bawak duit yang cukup. Nak gi cucuk pun alang-alang sebab dah separuh jalan ke rumah, so hubby ajak balik je. Tak kose nak patah balik semata beli pasu ngan tanah. So, kitorang beli pasu ngan tanah kat tepi jalan on the way balik rumah je. Ok ler, boleh kata murah jugak ler. Yang hitam tertonggeng dalam but kereta tu RM17, yang leper tu plak RM 5. Beli tanah kompos 2 beg, RM2,50 sebeg. Beli jugak baja tahi ayam, RM 8/4kg sebeg. Beli dua beg sebab satu beg jiran depan rumah kirim. Pastu beli jugak baja 15 untuk rumput. Rumput kat rumah tu dah lama tak berbaja, tu yang dah naik coklat2 tu... Kering je tengok. Sian pulak.



  Dah dapat semuanya, balik dengan senang hati. Duit dah habis dah...
Continue Reading

DIY Deko Laman Porch.

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, January 10, 2011

    Ok, ni projek laman kami yang tergendala gara-gara tugasan akhir minit di sekolah hari tu. Lepas selesai hal sekolah, kami gerak pergi nurseri area Sg. Buloh- Shah Alam. Masuk lot-lot nurseri yang berderet sepanjang jalan tu satu-satu cari bahan untuk projek menaiktaraf laman porch kami. Emm..tok sah tengok sangat water feature kat gambar bawah tu. Saya pun geram nak ada satu kat rumah, tapi alahai mahalnye rege. Kalau beratus-ratus untuk mende alah ni, baik la cari alternatif lain. So, gambar ni buat penyeri kat entry ni je yer..Tak de kena mengena pun dengan projek sebenar.


    Kami jenguk-jenguk setiap kedai nak cari stepping stone ni je. Yang ni regenye RM15 sekeping. Tapi kalau nak jimat macam kami ni, tanya pada penjual tu ada tak yang reject? Saya kompom ada punya. Saya boleh dapat stepping stone yang sama dengan rege RM5 je sekeping. So dah jimat RM10 kan? Untuk laman saya, kami perlu 6 keping je. Baru RM30 jer... Kalau beli yang biasa dah RM90/ 6 keping. Kat situ korang leh congak la ...RM 60 bezanya. Mengapa bayar lebih? ~ Pinjam tagline Mydin jap.

      Ok, kalau korang nak beli stepping stone ni, boleh berkunjung ke Lot 45/46, Jalan Sg. Buloh- Shah Alam ( tak silap sebelum simpang ke Kota Damansara ). Saya pilih stepping stone yang mempunyai corak yang sama, tapi berlainan kedudukan. Dah tu jer yang reject, lagi pun pandai-pandai la nak susun design macam mana. Nak bagitau juga kat sini, yang reject tu pun bukan teruk sangat, cuma serpih di bucu atau retak di tengah je. Tapikan masih boleh digunakan, so apa mau bising... Poket kena jaga. Jangan sampai bocor kat tempat-tempat cam ni. 

   Masa round pusing kereta nak angkut batu ni, ternampaklah beberapa kotak kayu yang di dalamnya ada kepingan-kepingan batu pelbagai jenis yang nak dibuang. Kami tanya pada pekerja, diorang kata nak buang tu semua. Tunggu lori datang angkat. So, kami mintak nak ambil sikit batu tu. ~Perlu diingat di sini ye... Kalau nak minta mende-mende cam ni kena minta dari pekerjanya. Kalau minta pada tauke alamat kena bayar la. Dan-dan batu pecah tu ada harga.  



    Ok, dah selamat dapat stepping stone, gerak ke Klinik Sg Buloh pulak. Bukan nak gi klinik tu, nak pergi beli rumput area dekat klinik tu jer. Kat kedai tadi, rumput filipina biasa RM2, tapi kat area sini baru RM1.20. Boleh dapat sekeping dua free lagi kalau pandai mengayat..Hihi.. So, kami beli 10 keping je dulu sebab kat rumah dah ada 5 keping yang lebih. Rumput yang kami tanam kat laman depan tu pun kami beli kat sini jugak la. Dulu beli 60 keping, sampai lower kereta kami.




    Horayy!! Dah ada semua yang kami nak. Gerak balik rumah seberapa segera untuk menyiapkan misi. Sampai di rumah, renyai pulak. Nasib baik tak lama. Sekejap je, tak sampai pun lima minit. Kerja-kerja menggali pun dimulakan suami saya. Nak lebih cantik, akar-akar lalang tu dibuang dan tukarkan tanah. Kami tak tukar tanah pun, cuma taburkan tanah bakar hasil membakar lalang. So, abu lalang dan tanah tu boleh jadi baja yang baik untuk rumput.

    Ok, sambung citer balik. Saya tolong cangkul sikit-sikit je lepas tu tolong tanamkan rumput. Sekali ada cacing merah kat rumput tu..Eiii..geli! Nasib tak melatah. 


  
Dah siap pun idea laman porch kami. Tadaaa!! Untuk lebih mencantikkannya lagi, tanamkan pokok-pokok berbunga halus dari spesis alba. Pokok-pokok tu dah lama saya beli dari nurseri area Hospital Sg. Buloh. Harganya pun murah jer...RM1 sepokok. Kalau di Jalan Sg. Buloh- Shah Alam RM2 sepokok.




    Amacam? Cantik tak? Korang punya laman porch mesti lagi gempak kan? Tapi saya nak tunjuk kat sini, dengan modal ciput pun boleh dapat laman yang cantik. Tak perlu panggil orang buatkan. Yang penting kenalah kreatif dan rajin. Ok, meh kita kira berapa kos nak buat laman cam ni.

Stepping stone-6 keping   =  RM30
Rumput           -10 keping = RM12
Batu putih       -4 beg        = RM40
                                        = RM82
                                               +
Pokok alba     -22pokok  = RM22
Jumlah keseluruhan      = RM104
Continue Reading