Click Here!

Showing posts with label rock melon. Show all posts
Showing posts with label rock melon. Show all posts

Apa yang baru di kebun mini saya?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, December 24, 2010

  Memandangkan beberapa hari lepas saya ada sedikit masa menjenguk kebun mini saya, maka saya semaikan beberapa biji benih agar kebun saya nanti penuh dengan pokok-pokok yang saya tanam dan dapatlah saya merasa hasilnya nanti.

   Pagi tadi sebelum ke pejabat, saya tinjau-tinjau kebun mini di belakng rumah. Anak-anak semaian dah pun menunjukkan diri. Tersenyum saya bila melihat adanya perkembangan positif di kebun saya. Mari kita lihat bersama apa yang terbaru di kebun saya.


Anak semaian rock melon
   Biji benih rock melon ni saya beli semasa expo MAHA baru ni. Harganya RM3.50/ 8 biji. Penjual tu kata ini adalah biji benih yang terpilih. Kiranya kalau tanam pasti hiduplah..dan rasa buahnya pasti manis. Cuma pesannya, kalau nak buah betul-betul manis, hadkan sebiji buah sahaja untuk sepokok. Saya dah pernah semaikan dua biji benih dulu, tapi memandangkan dua minggu saya sibuk menguruskan suami saya hari tu, pokok tu tak terjaga dan daunnya dimakan kumbang. Untuk semaian kali ini, saya akan pastikan tiada kumbang yang berani mendekati anak pokok saya.

Anak kacang botor
    Ini pula anak semaian kacang botor. Biji benihnya saya ambil dari rumah mertua saya di Jengka. Dah lama pun ambil, tapi tak tahu nak semai di mana. Minggu lepas, saya benamkan saja sepanjang pagar belakang rumah saya tu. Harap ianya membesar dengan sihat. Kacang botor ni sedap kalau digoreng dengan cili dan belacan. Terangkat sapa yang makan... Jarang beli kacang ni di kedai atau pasaraya. Selalunya ambil jer kat rumah kakak ipar saya di Klang bila kami bertandang ke sana.


Anak pandan
    Yang ni pulak pokok pandan. Pokok ni saya tak tanam, beli pun tidak. Ada orang yang buangkannya di tepi rumah saya. Itulah masalah orang-orang kita ni, tak tahu hormatkan jiran. Kalau pindah rumah pun janganlah segala benda yang tak diingini dibuang merata-rata di tepi rumah orang. Saya geram juga bila balik kerja tengok ada sofa buruk tersadai tepi rumah. Menyakitkan pandangan jer. Agaknya diorang ingat tepi rumah saya ni tempat pelupusan sampah ker? Antara banyak-banyak yang ada tersadai tepi rumah tu adalah pokok pandan ni. Agaknya tak kuasa tuan rumah tu bawak pandan ni kut. Saya ambillah untuk tanam di kebun saya. Sekurang-kurangnye dapat juga saya gunakan daunnya nanti. 
  Ok, tu jer lah pokok-pokok yang terbaru di kebun saya setakat ni. Hajat hati nak jalankan misi peti pos petang ni...Tak tahulah boleh jadi ke tidak.
Continue Reading

Kenapa jadi cam ni?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, December 22, 2010

   Dah lama tak update pasal pokok-pokok di kebun mini saya kan?

   Banyak hal yang berlaku dua tiga minggu ni. Kadang-kadang kesian juga pada pokok-pokok tu bila saya dah tak de masa siram pagi dan petang. Memang nampak sangat mereka merajuk dengan saya, dalam erti kata lainnya.. pokok-pokok tu sentap sebab saya dah jarang membelai dan bercakap dengan mereka.


   Pokok labu saya macam makin kurus dan menguning jer. Kak Mona & Abg Ramli yang datang baiki saluran paip rumah saya tu pun perasan pokok saya tak merimbun macam dua minggu sebelum tu. Tu dia penangan dari kurang kasih sayang. Kurus! Pokok saya kurus dan tak terbela.


Pudina saya dah mati. Naseb baik la mak saya dah tolong cucukkan kat tempat lain.

Pokok cili pun bakal menyusul.


Pokok melon saya pula daunnya habis dimakan kumbang yang bergembira sakan di kebun saya. Sian... pokok-pokok ku.


Cuma pokok mulberi saya jer yang terus berbuah. Itu pun dua tunas baru dah pun mati.

   Tapi tak pa, saya dah kembali untuk terus membaja dan menyiram diorang sume sampai gemuk. Siap ko kumbang, nanti aku sembur ko dengan air cili ! Ko tunggulah ye !
Continue Reading

Kebun saya semakin besar!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, December 9, 2010


Gambar-gambar terkini edible garden saya.
      Hari Selasa lepas, cuti awal muharam kan? Abah, bonda dan adik bongsu saya datang malam Selasa tu melawat suami dan tidur di rumah kami. Ayah mertua dan adik ipar saya pun ada juga. Mereka pula datang petang Ahad baru ni. So, ramailah di rumah kami cuti hari Selasa tu. Pagi tu lepas sarapan pagi, kami menyangkul kat kebun. Pukul 10.30 pagi tak de ape pulak nak buat.. So, saya ajak bonda saya pergi belakang kilang untuk kutip kayu dan batu-batu keping terbuang. Batu-batu tu saya susun untuk jadi pemijak sementara kayu tu pulak saya buatkan penahan tanah untuk batas. Senang sikit kerja saya bila nak masukkan tanah nanti, tak de lah tanah tu bersepah keluar bila hujan. Lagipun idea ni jimat. Pakai kayu terbuang jer, tak perlu beli.

  Batas tu bonda saya tanamkan keladi minyak dan bawang besar. Senang bila-bila dia nak makan, boleh datang sini petik jer. Ada ruang kosong lagi, saya ingat nak pindahkan anak pokok buah rock melon. Masa di MAHA hari tu, saya ada beli benihnya. Cuba-cubalah mana tahu hidup, boleh juga dimakan. Harga rock melon di kedai pun boleh tahan jugak.

Anak semaian pokok rock melon


Antara pokok yang ada di kebun saya.
     Saya harap kebun yang saya impikan akan menjadi kenyataan dan cepat memberikan pulangan kepada dapur saya. Hehehehe...
Continue Reading