Click Here!

Showing posts with label sawi hong kong. Show all posts
Showing posts with label sawi hong kong. Show all posts

Hujan Rahmat..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, April 8, 2012

    Lihat perkembangan sawi dan kangkung. Cepat juga pembesarannya, kan? Walaupun kangkung ditanam lewat beberapa minggu tapi pertumbuhannya juga amat menggalakan. Alhamdulillah... Memang seronok sangat bila tengok perkembangan kedua2 sayuran ni cepat membesar. Daun kesum yang saya cucuk hujung minggu lepas pun nampaknya mula mengeluarkan pucuk baru. Best la lepas ni nak makan asam pedas tak perlu beli daun kesum lagi. Petik je dari kebun. Lepas ni nak tanam banyak lagi daun2 masakan lain. Tak sabar nak tunggu masa menuai.

  


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Sawi Hong Kong

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, March 30, 2012


  
 Yea!! Anak sawi saya sudah membesar dengan baik. Peringkat ni saya dah bukakan sungkupannya agar ia mendapat pancaran matahari sepenuhnya dan menjalankan proses fotosintesis.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Port Baru

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, March 19, 2012

    Petang semalam sedang duduk2 sambil minum petang, terfikir nak pindahkan anak2 sawi hong kong dan pokok bawang. Lagipun memang ada bekas palong yang masih tak digunakan.

     Memindahkan anak pokok nampak mudah tapi kalau tak kena caranya boleh mati. Kata orang, akar anak pokok sangat sensitif. Saya pindahkan anak2 sawi ke dalam palong agar ia mempunyai lebih ruang utk membesar dan pertumbuhannya tidak terencat. Harap2 anak2 sawi tu terus tumbuh membesar dengan jayanya. Selepas ini bolehlah saya makan sawi tiap2 hari. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading