Home » All posts
[Bloglist] Jom masuk bloglist Prince untuk bulan Mei nanti
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 14, 2011
Segmen Buat Blogger Baru... untuk blogger macam saya!
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, April 13, 2011
Saya kagum la dengan blogger-blogger yang tak ketandusan idea ni. Tak kire la blogger yang lama ke atau yang baru. Hari-hari, ada je cerita nak dimuatkan dalam entri. Macam-macam idea korang ni. Contest laa.. segmen la.. ade je mende yang nak ditulis.
Hari ni, saya jumpa segmen yang sesuai untuk blogger baru macam saya. Syok la, saya nak join jugak!!
Nanti bila blog saya dah ramai peminat, saudara Hasrul Hassan buatlah pulak segment macam mana nak jana idea tulis blog dengan entri yang menarik dan tertarik.
Last but not least saya nak ucapkan time kasih banyak-banyak kat blog Bangku Kosong ni sebab sudi buat segmen cam ni.
P/S ~Blog saya memang kurang peminat pon. Maklum je la, entrinya pon malu-malu kucing je nak keluar.. Hahaha..
Penunggu Istana.. Betul ke ada entiti di situ?
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 12, 2011
Ni filem yang saya tunggu-tunggu. Seyes saya memang tunggu sangat cerita ni sejak baca blog uncle seekers. PENUNGGU ISTANA khabarnya akan ditayangkan pada 21hb April, dua hari sebelum hari lahir saya. ~ Sapa nak belanja saya tiket wayang filem ni? Angkat tangan! Hihi..
Ok, sebelum tengok kat pawagam, jom layan dulu trailer ni...
Opocot mak ko! Pengantin dah lari...
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 5, 2011
Minggu lepas, dah selamat dan selesai semua kerja-kerja kenduri adik kedua saya. Akhirnya dapat meluruskan pinggang setelah kerja keras.
Majlis di Kepong dirancang rapi oleh adik dan saya. Penat betul buat dua kerja sekaligus ni. Yelah, saya jugalah yang jadi organizer, saya jugak jadi photographer. Fuhh!! Nasib baik majlis berjalan lancar. Majlis kami berakhir seawal jam 3 petang sebab pengantin nak bergambar kat taman pulak.
Masalahnya, tetamu masih ramai lagi di dewan. Tak molek la kiranya pengantin meninggalkan majlis begitu je,kan? So, saya nak kongsikan trick kami ni. Rancangan ni beberapa orang yang terlibat je yang tahu. Ayah saya sendiri pun tak tahu menahu berkenaan perancangan kami ni.
Setelah selesai semua acara, pengantin mestilah turun berjumpa para tetamu,kan? So, dari satu tetamu ke satu tetamu. Sampailah habis semuanya. Tapi saudara mara kami ramai sangat, kalau nak jumpa semua... memang sampai pukul 5 pun tak habis lagi. Jadi, jam 3 petang saya bagi arahan kepada DJ untuk membunyikan siren bomba yang saya download dari internet. So, bila dengar saja siren bunyi, orang-orang yang terlibat dalam perancangan terus ambil tempat masing-masing. Suami saya terus drive kereta ke tepi dewan, saya stanby dgn kamera di pintu, photographer kedua,Poji standby kejar pengantin, pengapit pengantin stanby dalam kancil diorang dan pengantin perempuan pula tanggal kasut dan lari dengan pengantin lelaki ke arah kereta di sebelah dewan.
Orang ramai yang dengar siren semua jadi panik. Tambah pula tengok pengantin lelaki dan perempuan lari macam dikejar apa. Semua pakat ke luar dewan nak tengok apa yang jadi. Kami pula bila kedua pengantin dah masuk kereta, terus gerak ke lokasi outdoor dengan senang hati.
Lima minit selepas kejadian pengantin lari, saya call adik saya yang sorang lagi tanyakan reaksi tetamu. Katanya, semua terkejut dan terpinga-pinga, tapi lepas DJ umumkan itu adalah sebahagian gimik dari pengantin sebab nak beredar ke lokasi outdoor, mereka semua ok dan dapat menerimanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti dirancang.
P/S ~ Takut juga bila tengok adik saya lari laju camtu sambil tarik pengantin perempuan. Takut dia terlibas pengantin perempuan ke pintu je.. Hehehe...
Continue Reading
Majlis di Kepong dirancang rapi oleh adik dan saya. Penat betul buat dua kerja sekaligus ni. Yelah, saya jugalah yang jadi organizer, saya jugak jadi photographer. Fuhh!! Nasib baik majlis berjalan lancar. Majlis kami berakhir seawal jam 3 petang sebab pengantin nak bergambar kat taman pulak.
Masalahnya, tetamu masih ramai lagi di dewan. Tak molek la kiranya pengantin meninggalkan majlis begitu je,kan? So, saya nak kongsikan trick kami ni. Rancangan ni beberapa orang yang terlibat je yang tahu. Ayah saya sendiri pun tak tahu menahu berkenaan perancangan kami ni.
Setelah selesai semua acara, pengantin mestilah turun berjumpa para tetamu,kan? So, dari satu tetamu ke satu tetamu. Sampailah habis semuanya. Tapi saudara mara kami ramai sangat, kalau nak jumpa semua... memang sampai pukul 5 pun tak habis lagi. Jadi, jam 3 petang saya bagi arahan kepada DJ untuk membunyikan siren bomba yang saya download dari internet. So, bila dengar saja siren bunyi, orang-orang yang terlibat dalam perancangan terus ambil tempat masing-masing. Suami saya terus drive kereta ke tepi dewan, saya stanby dgn kamera di pintu, photographer kedua,Poji standby kejar pengantin, pengapit pengantin stanby dalam kancil diorang dan pengantin perempuan pula tanggal kasut dan lari dengan pengantin lelaki ke arah kereta di sebelah dewan.
| Gambar semasa siren mula dibunyikan. Kelihatan pengantin mula tanggalkan kasut dan orang ramai pun tak berapa perasan lagi tentang perubahan situasi. |
| Ini pula gambar semasa adik saya sedang lari.... Ingatkan lari-lari anak, sekali.. |
| Hambik ko..Tak sempat nak tangkap. Dapat iras-iras bayang je. Ke main ler lajunye adik aku bawak lari pengantin dia. Macam betul-betul kena kejar je... |