Click Here!

Popiah Basah S.S. Ali

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, October 10, 2012

    Jalan2 kat Gerbang Malam (GM) adalah aktiviti malam kami kat Bandar Ipoh, habis satu round rasa lapar plak. Singgah la kat medan selera tepi GM tu. Tak tau nak makan pe.. Macam2 menu ada. So duduk dulu sambil order 3 biji  popiah basah. Sedap.... Harga RM0.70 sebiji. Agak mahal la jugak dari harga standard sebiji popiah basah. Tapi berbaloi la dengan rasanya. Tambah lagi order buat bawa balik ke bilik. Layankan... Nyam nyam!!


Continue Reading

Taman Rekreasi Gunung Lang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Cantik betul tempat ni... Memang sangat menarik buat pengunjung yang datang dari luar untuk menghayati keindahan tasik dengan latar belakang gua batu kapur serta kehijauan flora. Menurut pemandu bot di sini, tasik ni adalah bekas lombong dengan kedalaman 80 kaki. Wah.. dalam betul tu. Patut la ikan2nya besar2. Kalau terjatuh tu faham2 je ler ye. So naik bot tu jangan nak buat tak tentu hala.Duduk je dediam kat seat tu.
    Taman rekreasi ni terbuka kepada semua pengunjung. Bayaran RM3 bagi seorang dewasa perlu dibayar di kaunter tiket untuk menaiki bot ke taman seberang. Anda juga boleh membeli seplastik makanan ikan untuk ditaburkan kepada ikan2 di sepanjang jeti nanti.


Ada gaya tokey bot?

Salah satu tarikan kat sini. Burung unta!

Ni pulak surau...

Tiket masuk untuk dewasa RM3 sajer...

Tenang permandangannya dari atas bot.

Permandangan taman seberang. Nak datang sini boleh menyusur tepi tasik atau pun boleh juga naik bot.

Jeti

Mercu tanda Pusat Rekreasi Gunung Lang

Kenangan bersama suami...

Bestnye kalau dapat rumah kayu cam ni sebuah, kan?

Lihatlah ikan2 yang jinak tu. Campak je makanan memang menerkam datang. RM1 sebungkus ye..

Surau yang penuh ciri2 tradisional..

Gambar dari jeti

Pekena rojak buah sambil hayati keindahan tempat ni

Kalau lapar lagi, boleh try makan makanan ikan tu.. hehe.
P/S~ Sorry le yer... Gambar tunggang terbalik. Ekekeke...
Continue Reading

Nak Makan Di Mana? Cubalah Nasi Ayam Fuziah!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, October 9, 2012

   Masih tercari-cari di mana nak makan di Bandar Ipoh? Kami search kat internet ada kedai nasi ayam yang famous dekat2 area kami duduk tu. Tapi kena naik kereta juga la memandangkan kami nak ke Gunung Lang pula lepas tu. Tengahari tu kami turun dari hotel dan menuju ke Kedai Nasi Ayam Fuziah. Ramai sungguh orang kat kedai tu walaupun masa kami sampai tu dah pukul 3.30 petang. Ingatkan pergi lewat sikit orang tak ramai. Meja penuh jugak.... Tunggu sekejap, tak lama mana pun... Ada sekeluarga yang selesai makan dan kami pun terus duduk. Order sampai dalam 15 minit jugak memandangkan pekerja tak cukup tangan melayan pelanggan yang datang.
   Nasinya best jugak. Ada rasa lemak2 sket. Ayamnya digoreng garing. Okey ler. Sedap juga. Cuma bagi saya kelebihan nasi ayam ni ada pada nasinya dan kicapnya. Supnya biasa2 jer. Selalu kita makan nasi ayam ada kuah kicap dan sos lada kan? Kedai ni kuah kicap dia ada cili padi potong. Tu yang tambah sedap tu. Makan kalau tak pedas mana best... kan?



Continue Reading

De Eastern Hotel 2

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Hotel ni memang betul2 cantik. Bukan setakat hotelnya yang cantik, harganya pun cantik. So sapa yang berniat nak bawa family berjalan2 kat Ipoh bolehlah stay kat hotel ni sebab ada promosi sehingga penghujung bulan Oktober 2012. Tapi kalau tak de promosi pun harganya memang agak murah jugak la. RM98 untuk hari biasa dan RM108 untuk hujung minggu. Boleh la kan? Jom lihat2 gambar hotel ni..





Continue Reading