Ipoh ni salah satu tempat yang tak pernah kami jejaki lagi. Setakat lalu tu ada la. Tapi tidor dan jelajah sekitar bandarnya inilah pertama kali kami nak buat. Biasa kalau weekend asyik la jalan PD atau Melaka jer.
Jadinya saya survey kat Agoda.com. Memang selalu book bilik kat situ jer. Agoda ni kalau banding ngan lain2 agen memang lagi murah la. So bila hubby suruh survey mana nak tidor saya survey dari Agoda.com. Saya pilih Hotel Heritage RM156 termasuk tax, ada tab dan shower. Rupanya hubby pun dok usha sama. Dia jumpa De Eastern Hotel ni dan minta saya intai2kan. Harga semalam RM64 tak termasuk tax lagi tapi voting rate 8.1. Maknanya hotel ni cemerlang. Mula2 tu saya tak berapa setuju pasal biase2 rate macam tu bilik air kongsi, takut kena tipu jer. Tak suka la macam tu. So saya taipkan nama hotel tersebut untuk lihat macam mana rupa bilik yang dijanjikan.
Wah... Boleh tahan jugak gambarannya. Setelah sepakat kami pilih hotel ni untuk lihat sendiri bagaimana rupanya. Sama ke seperti dalam website tu? So... Tunggu di entry akan datang. Saya akan paparkan gambar hotel tersebut. Sama2 kita vote berapa rate yang kita boleh berikan padanya....
Home » All posts
De Eastern Hotel....
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, October 7, 2012
Istana Kellie... Apa yang misterinya?
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, October 6, 2012
Pau Yik Mun
Ditulis oleh Aida Ab Jalil
Sapa dah try pau ni? Saya baru try hari ni. Dengarnya ramai sangat yang kata pau ni best, kan? So hari ni singgah Tanjung Malim jap untuk try pau femes ni.
Kami tapau je pasal dah layan sarapan kat kedai lain dulu. Lagipun nak rasa pau je. So lepas makan tadi bagi saya ok ler... Nak kata istimewa sangat tu tak ler. Cuma doh dia memang tak dinafikan sangat lembut dari pau2 yang pernah saya makan. Dari segi harganya pula RM2 sebiji. Rasanya saiz Pau Power kat Bandar Puncak Alam lagi besar dengan harga dan inti yang sama. Ok, saya nak teruskan perjalanan semula. Kita sambung lagi nanti.
Kembara Haji
Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, October 5, 2012
Mak dan abah saya dah pun selamat bertolak dari Kompleks Haji Kelana Jaya awal pg semalam. Sekarang insyaAllah dah selamat tiba di Kota Mekah. Harapan tinggi agar mak abah saya berjaya mendapat haji mabrur dan selamat kembali ke tanahair. Tak sabar tunggu mak abah saya pulang 17 Nov nanti. Semoga berjalan lancar hendaknya perjalanan mak abah saya di sana... Ya Allah, Kau peliharalah kedua ibubapaku di sana. Dan Kau bukakanlah dan permudahkanlah jalan kami untuk bersama2 mereka yang Kau telah pilih. Sesungguhnya tiada yang berkuasa selainMu, Ya Allah.