Click Here!

Antara koleksi bunga di taman

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, January 22, 2013

Continue Reading

Terlingkup dapurku dek nak membuat sushi...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, January 18, 2013

    Sushi, 'rice ball' dan tempura... Itu menu makan malam kami malam ni. Ala2 Jepun la kononnye. Tambah satu menu lagi, dori grill dgn sambal salsa. Huh! Membuatnya punyalah lama dan rumit, tapi bila makan tak sampai 4ketul. Entah la, agaknya sebab dah penat sangat dok beria menggulung sushi tadi kot. Saya memang slalu camtu, kalau masak beria-ia mesti makan tak seberapa. Tapi kalau masak campak2 je kompom makan cam orang kebulur.
   1st time buat sushi sendiri malam ni. Dapur terlingkup habis nak nyediakan menu ni. Resepi pun google kat MyResepi.com. Banyak mende yang tak cukup tapi kalau dah teringin nak men'surprise'kan hubby tu, redah jugak la. Janji ade seaweed, timun jepun dan nasi. Tu pun kira cukup la syarat2 buat sushi tu. Beras pun pakai beras bese jer, nak beli beras sushi tu kemain mahalnye rege, RM9.60 sekilo tak salah. Tak kuasa nak beli kalau setakat baru nak cuba2 buat tu. Kang tak menjadi, buat rugi je. Sudahnya pakai beras bese je cuma campurkan dgn cuka, gula dan sikit garam masa tanak nasi tu. Lepas nasi masak, campur sikit mayo kasi jadi lekat-lekit tuh. Haa.. ok pe, rasa pun lebih kurang same je. Kretip betul orang yang reka resepi alternatif ni. Hubby balik tadi, masuk dapur terus tersengeh tengok menu malam ni. Seronok la tu tengok bini dok buat sushi dan goreng tempura, fav food la katakan... Sempat lagi tangan tu dok curi2 seketul dua sushi. Tapi ok ler, hilang penat membuatnya bila hubby kata sedap. Sengeh ke telinga dengar pujian. Ikhlas ke, cuma amik hati ker, tak tau la... Janji dia bahagia, saya pun bahagia!

P/S- Malam minggu jer pun boleh tengok bini dia rajinkan diri dok dapur lama2.

Continue Reading

Bawang dan serai

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, January 13, 2013

    Saya baru je semaikan bawang dan serai 5 hari lepas. Bawang kat dapur banyak dah yang keluar tunas. Itu ler kalau dah rajin sangat masuk dapur... hehe. Nak dibuang sayang, jadi saya tanam je untuk dapatkan daunnya. Boleh jugak buat goreng cekodok nanti.
    Serai pun saya semaikan sekali. Tapi ni sementara je la, dah siap mesin rumput kat kebun belakang tu baru nak alihkan ke tanah.Sekarang tengah kemaskan dan terangkan apa yang patut kat kebun tu. Banyak pokok yang dah tua dan dah sampai masa untuk ditebang. Lepas dah beres semua kerja baru boleh pindahkan serai.
Continue Reading

Nampak lebih luas dan kemas

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Lanskap taman yang hubby susun kali ni memang nampak lebih kemas sekaligus taman kami nampak lebih luas. Kalau perasan,dulu di tengah taman saya ada bukit kecil yang kami letakkan batu sebagai focal point. Kami tanamkan bunga-bunga renek di sekelilingnya. Tapi bila dah tiada bunga, hubby alihkan batu dan ratakan bukit kecil tu. Tu yang nampak luas sikit.
Continue Reading