Home » All posts
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Sunday, June 29, 2014
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Friday, June 27, 2014
Hari ni ambil kesempatan curi2 masa nak upload projek DIY saya. Emm.. Excited sangat tau!
Saya hasilkan clutch yang simple ni untuk digandingkan dengan kasut raya saya nanti. Puasa pun belum start tapi perancangan raya dah penuh di kepala. Hehe...
Cantik, tak?
Saya potong kain malam tadi lagi tapi memandangkan dah agak lewat nak menjahit (kang ganggu jiran2 tetangga nak berehat pulak), so kenalah sabar menanti ke pagi. Sambung menjahit pagi2 tadi lepas subuh. Hehe..
Tassel yang saya buat ni tak berapa nak menjadi sangat, hasilnya tak berapa kemas sangat. Tapi boleh la kut untuk beginner macam saya ni.
Biasa nampak tassel yang jual kat kedai ada aksesori khas untuk sambungan tassel tuh. Tapi ni projek DIY bajet rendah, so saya guna apa yang ada saja. Saya gamkan pin brooch je, lepas tu pasangkan stud je sebagai penyeri. Boleh la kan nak matchkan dengan kasut ni? Material dah sama dah..
 |
| Clutch & kasut nak sedondon katanya.. |
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Tuesday, May 20, 2014
Salam.
Pagi ni singgah beli paper Metro kat kedai depan opis. Biasanya baca online je. Tapi sebab Pn. Farhana dah inform awal ttg artikel kelas kami ni. Gigih pagi2 nak beli surat khabar. Hehe...
Untuk kisah lanjut, boleh baca di link ini
BuatKasutIkutCitarasa. Moga2 segala usaha kami tidak sia-sia dan mudah2an diberkati olehNya. Amiin..
Continue Reading
Ditulis oleh
Aida Ab Jalil on Monday, May 19, 2014
Hubby memang suka mencatat apa jua yang dlakukannya. Tapi bukan dalam diari. Dia suka catat segalanya dalam bentuk jurnal sebab boleh lukis2 dan tampal2 macam buku skrap. Namanya pun guru seni, dah tentulah segala ceritanya kalau boleh nak disampaikan dalam bentuk lukisan.
Saya pula tak berapa pandai melukis, jadi memang pilihan yang ada cuma menulis dan menggambarkan sesuatu dalam bahasa dan dilengkapi dengan gambar2. Sebab tu saya sukakan blog. Kami berbeza dalam banyak perkara, tapi perbezaan kami ni saling melengkapi antara satu sama lain. Adakalanya menghias rumah juga boleh jadi perkara yang serius. Ini kerana kami ada citarasa yang sedikit berbeza. Kadang kala gaduh2 manja jugak sebab idea kena reject. Hehe... ^_^
Alhamdulillah... Walau ada perbezaan, namun dalam banyak hal kami banyak berbincang dan bersepakat. Moga kami terus sefahaman, ianya kekal ke akhir hayat.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading