Saturday, October 6, 2012

Istana Kellie... Apa yang misterinya?


   Tak faham betul la... Tak nampak langsung mana misteri istana Kellie tu. Puas dah baca kat artikel2 sejarah yang ada kat situ. Tapi memang tak nampak apa misteri yang menyelubungi tempat tu. Kalau ikutkan artikel tu, Tuan Smith datang ke Malaya masa berumur 20an. Dia meninggal di Portugis pada umur 56 tahun kerana sakit. Kemudian isterinya menjual semua hartanya sebelum pulang ke tanahair. Ada juga dinyatakan semasa pembinaan istana tu ada tragedi yang menimpa sehingga meragut nyawa sebahagian pekerjanya. Tapi tak pula dinyatakan apakah tragedi tersebut. Tambah pelik lagi, dikatakan pengunjung pernah terlihat kelibat kanak2 perempuan sebaya 6 tahun  berbaju putih di pintu salah satu bilik di situ. Apakah yang telah berlaku? 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog ni, harap sudi juga tinggalkan sepatah dua kata ... ;P