Click Here!

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Clog Sandal Sempena Aidiladha

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, October 4, 2014

   Siap sepasang sandal hari ni. Ni semua gara2 sedih tak dapat balik beraya. Huhu!
Hati meronta nak balik, tapi bila fikirkan semula kesian adik tinggal sorang kat kl. Dia nak balik tapi ada kerja yang tak dapat ditinggalkan. Alahai...

   Separuh anak2 mak dah balik hari ni. Biarlah kami yang separuh ni beraya bersama je. Mana lagi nak pergi,kan? Duduk lepak2 saja la adik beradik sambil makan capati frozen cicah kari daging.

Continue Reading

Soping Raya?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, July 18, 2013

         Korang dah start shopping ke? Kami baru tengok2 je. Suasana berbelanja belum sangat meriah lagi. Lagu raya pun sayup2 je.

         Balik rumah mertua baru ni saja la jalan2 ke bandar pusat Jengka. Dengar cerita dari kak ipar Jengka dah maju sangat. Macam2 dah ada... Tu yang semangat nak pi tengok tu. Kalau dulu macam pekan koboi je, sekarang meriah dengan kedai2 menjual pelbagai keperluan. Student UiTM pun dah tak payah ke Temerloh semata-mata nak berbelanja katanya. Memang mantap betul pembangunan kat situ. Stesen bas yang besar pun sudah dibina dengan rekabentuk yang moden. Terima kasih untuk kerajaan yang menaikan taraf bandar Jengka ni.

           Lepas round2 tengok kawasan macam datuk bandar, kami singgah kedai baju. Survey harga baju raya. Tak beli baju selai pun. Hubby je beli songkok kat situ sebab murah. Tak silap dalam rm10 jer.

 Pakai songkok terus berseri2, dah macam ustaz pilihan ulak

         Lepas tu singgah kedai kasut Verns kat sebelah. Kat situ pun cuma belikan sepasang kasut sarung untuk umi saja. Harganya memang murah la. Tengok kualiti pun boleh tahan jugak. Umi nak kasut bertutup penuh katanya. Jadi saya belikan lah dengan tapak yang ada grip, jadi boleh la jalan tanpa risau umi jatuh sebab jalan licin.







Continue Reading