Thursday, May 23, 2013

Teruja dengan Jemputan Nuffnang!

Salam semua...

    Hari ni last day kerja dalam minggu ni. Esok adalah cuti Wesak dan kami akan berjimba ke tanah tinggi. Cuaca sekarang sangat panas, so kenalah naik bukit untuk sejukkan diri. Tapi sebelum berjimba, kena attend satu majlis dulu.

Launch Party Acer P3 Convertible Ultrabook

     Ok, seperti semua maklum, malam ni ada pelancaran produk terbaru Acer iaitu Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook. Saya telah diundang oleh pihak Nuffnang untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Thanks Nuffnang!! Rasa teruja jugak memandangkan ini kali pertama saya menghadiri event2 seperti ini. Biasanya datang tengok wayang free jer. Hiks!

                            


P/S: Pasti lebih teruja kalau dapat bawak balik ultrabook tu sebijik,kan?


Tuesday, May 21, 2013

Gaji Baru Ahli Pentadbiran serta Adun Sarawak

gaji kakitangan kerajaan

Amboi... Bestnye dapat naik gaji ek. Tengok aja la gaji2 diorang ni. Naik dekat 3x ganda. Apa2 pun gaji dah naik, harap dapat la berkhidmat dengan lebih gigih untuk rakyat.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 20, 2013

Pandangan Ikhlas buat Pengarah Muda Filem O Mak Kau (O.M.K)



Baru je gi menonton filem ni kat One Utama malam Sabtu lepas. Meh nak citer sket review tentang filem ni. Dah lama tak tengok wayang, jadi bila hubby ajak tengok terus setuju jer la. Kami pun tak tau ape citer terbaru kat pawagam, memang main redah je. So, beratur pun tak la panjang mana pun. Tak sampai 5 minit beratur, tak sempat nak tengok trailer pun. Sampai kat kaunter main pilih jer citer ni. Kira naseb la kalau tak best. Lagipun tak salah menyokong filem Malaysia,kan? Ni asyik2 tengok filem luar jer. Bila industri filem kita nak naik kalau kita sendiri tak bagi support.

Bila dah tengok kira ok la. Citer ni tak la mengecewakan sangat pada awalnya. Lawak dari Jep dan Shuib memang lawak habis. Tak henti2 gelak sampai sakit perut kami nak menahannya. Yang lain2 tu cam sokong sket2 jer. Kami tengok citer ni pun pasal ade Sepah2 jer.

Filem ni selain dari gelak2, ade gak la babak sedih terutamanya scene Wan Maimunah dengan Jepp dan Shuib tu. Ade aksi gangster lawan2 yang bagi kami macam mengarut sket. Hujung2 citer kurang kesinambungan dengan babak awal. Watak Jepp & Shuib dah mula tenggelam sikit bila watak heroin masuk. Dah macam si heroin ni pulak yang jadi watak utama cerita ni. Selain tu heroin berlakon cam control cun plak. Adeh...

Apa2 pun, filem ni perlu diperbaiki lagi dari pelbagai segi. Menjadi pengarah muda memang idaman semua, tapi sebelum jadi pengarah perlu belajar lebih lagi supaya dapat hasilkan filem yang benar2 bermutu. Tu ler pandangan ikhlas dari kami. Semoga filem kita terus maju di masa hadapan.



Saturday, May 18, 2013

Video- Mimpi Si Murtad Mengembalikannya Kembali Pada Islam

Salam semua...

Saya nak sharekan di sini satu video tentang kebesaran Allah. Moga2 kita semua mendapat hidayah dan taufik dari-Nya. Amin..
Saya jumpa video ni masa blogwalking di blog Dunia Bawah Tempurung




Friday, May 17, 2013

Ketam Masak Lemak Cili Api


     Gulai lemak ketam ni makan kat Medan Selera Sri Teja, Presint 8 Putrajaya kalau tak silap. Memang terangkat makan gulai ni sebab pedasnya yang menyengat. Macam makan gulai orang nogori. Tambah pulak dengan sirap selasih tu...

    Fuhh!! Tak toleh kiri kanan dah menikmati makan tengahari kali ni. Tengok Che Ta masak gulai ketam dalam Masterchef, terliur pulak... Terus teringat entri ni dok peram dalam draft dari hari mengundi hari tu lagi. Hihi...