Click Here!

Kangkung! Kangkung!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, July 5, 2012

    Anak kangkung baru bertunas. Ni pun benih beli dari Tuan Is. Baru jer semai minggu lepas. Harap2 gemuklah...



Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Peria Katak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


   Cantik bentuk daunnya. Cantik warna bunganya dan... Banyak cantik ko kumbang, sibuk je nak bertenggek kat tanaman aku! Enterframe jer taunye.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Cendawan putih... Boleh makan ke tak ni?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


    Pagi tadi masa menjemur baju, ternampak taburan cendawan putih berhampiran pangkal pokok mulberi. Banyak! Agaknya hujan semalam.


   Boleh makan ke cendawan ni? Nampak macam cendawan taun atau cendawan busut je,kan? Tapi pendek pulak. Kalau makan karang, tak pasal berbuih mulut... Arwah terus. Dek sebab tak berani, saya biarkan saja ia. Agak2 cendawan ni spesis boleh makan ke tak?

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Lobak Putih

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Dah lama nak update pasal lobak putih yang saya tanam dari benih semaian Tuan Is. Dah besar pun. Dulu rasa lambat sangat ianya membesar. Tapi bila tak dijenguk, cepat pulak perkembangannya. Ingat petang ni dah boleh dituai kut...?



Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Menara Tinjau di Puncak Gunung Brincang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, July 3, 2012

   Menara tinjau tempat ketiga yang kami lawati pagi Sabtu lepas. Hubby saya beria-ia ceritakan pemandangan dari atas menara. Dia juga mencabar saya dan mak saya untuk naik ke tingkat tertinggi. Yelah, pergi kali pertama dulu memang saya tak naik pun menara ni, saya gayat. Tapi kali ni dah dicabar, saya naik juga. Tak lah rasa gayat sangat bila kat atas tu rupanya... Saya yang penakut sangat. Hehehe! :P


Tangga naik ke menara agak curam, sempit dan besi2nya dah keluar karat. Jadi kalau berkesempatan memanjat menara ni, hati2 ok!
    Percutian kali ni,mak memang betul2 buat saya kagum. Mak sikit pun tak nampak gayat, siap conteng 'trademark' kat tiang menara lagi sambil menghayati permandangan menarik. Yeah!! Nampaknya hubby saya berjaya menyuntik semangat keberanian kepada mak saya.







Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Uniknya Mossy Forest

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, July 2, 2012

     Mossy Forest atau Hutan Lumut terletak di Gunung Brincang, Cameron Highland. Ketinggiannya yang mencecah 2000m, menjanjikan permandangan yang menakjubkan serta spesis2 tumbuhan yang unik. Minggu lepas saya bersama keluarga telah menjejak kaki di sini. Sebenarnya ini kali kedua saya menjejak kaki di Hutan Lumut. Kali pertama adalah bersama keluarga sebelah hubby lebih kurang pertengahan tahun lepas. Masa tu ianya belum dibuka sepenuhnya lagi kepada pengunjung memandangkan masih di dalam proses baik pulih. Kini trek laluan dan gazebo tempat melepaskan lelah telah dibina semula dan ianya lebih selamat kepada pengunjung. Ok, cerite panjang pun tak guna. Jom tengok gambar2 kami di sana.

P/S~ Dalam aktiviti ini, saya kagum dgn mak saya kerana dia telah membuktikan bahawa dia berjaya mengatasi ketakutannya pada tempat tinggi (gayat) dengan sama2 melusuri laluan trek sehingga ke hujung.




Akhirnya ekspedisi kami sampai ke hujung laluan. Tanahnya lembap dan agak hitam di kawasan ini. Bergambar lagi sepanjang laluan pulang...


Yeah!! Kami teruskan lagi perjalanan kami ke puncak kemuncak Gunung Brincang di mana terdapat sebuah menara tinjau setinggi tiga tingkat. InsyaAllah, ada masa saya ceritakan lagi. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading