Click Here!

Moga Sampai Jua Saat Itu

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, June 7, 2013

   Ini anak sedara nombor dua saya, Amirul Asyraf. Anak kepada adik nombor dua. Anak sedara pertama lelaki jugak, anak kepada adik nombor satu. Adik nombor 4 yang kawen tahun lepas pulak tengah menghitung hari nak dapat baby jugak...    Seronok jer tengok adik-adik sambut kehadiran orang baru dalam family diorang. Bilalah agaknya turn kami ni. Tak pe lah kan.. kakak kena la beralah. Bagi adik-adik dulu. *Ayat sedapkan hati sendiri. Moga sampai jua saatnya untuk kami nanti..Amin...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Pasar Karat Rengit...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, June 3, 2013


Sesak!!

   Ramai sangat orang datang membeli dan memcuci mata kat sini. Kami sekeluarga datang memeriahkan lagi tempat ni. Ni hajat hubby saya la, nak jejak semua pasar karat kat Malaysia ni. Tapi kat sini banyak jual barang2 terpakai dari Singapura jer, barang2 antik dolu2 kurang nampak la pulak. 

    Hubby seronok la dapat jejak pasar karat ni. Sengih sampai ke telinga. Abis semua orang digesanya ajak ke sini. Tinggal adik nombor lima je dengan isterinya yang tengah mengandung kat rumah. Tak larat ler orang mengandung nak berjalan sesak2 cam ni, dah le besar jugak tempatnya. Adik2 saya yang lain ikutkan aje ler, abang long katakan... Hahaha!! Ok, layan jer gambar2 ni ye. Tak tahu nak citer ape dah. Lama sangat peram dalam draf. 







Continue Reading

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, June 2, 2013

    Dah lama tak ke sini makan2 seafood. So, gaji day hari tu jejak kasih balik di sini mengenyangkan perut memasing. 

Dah semakin cantik tempat ni. Orang yang datang pun makin ramai... Baguslah, tumpang bangga  dengan kejayaan orang Melayu berniaga. Asal servis ok dan makanan sedap, pasti pelanggan akan datang,  silap2...siap bawak satu kampung lagi. 
Close up sikit waktu urusniaga. Isnin-Jumaat :3.00 ptg - 12.00 mlm / Sabtu & Ahad : 12.00 tghari - 12 mlm

        Kali ni tak mo tamak. Tak mo..Tak mo.. Serik!! Hubby paksa habiskan jugak sampai nak muntah perabih ikan dan kerang2an tu. Tu le balasannya kalo ikutkan nafsu makan! 

Kat sini la selalunya nafsu yang terkawal boleh jadi tak terkawal. Rasa cam  nak ambik semua. Padahal, makan ikan sekor pon dah full tank. 
Order air dulu sorang dua gelas. Saya, tembikai + air kosong dan hubby, limau ais  + air kosong.
Tak lama pastu, sotong celup tepung pun sampai bersama...
Ikan jenahak masak cili !!
Disusuli dengan kemunculan kepah masak black paper dan nasi putih 2 pinggan. Sayur memang tak ambik langsung sebab hubby cakap rugi.. Harga sayur cam tak relevan.  
Nyam..Nyam...Nyam...

45 minit kendian....


Taraaaaaaaaa!! Licin dah semua. Kepah je tak terhabis. So mintak bungkus bawak balik. 
Ni bil untuk makan2 tadi.. Ok tak? Kira murah kan?
  Gendang gendut tali kecapi... Kenyang perut senang hati.. 



Continue Reading

Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, June 1, 2013


Hallooooooooo!!
   Cuti sekolah dah start kan? Rasanya dah seminggu pun berlalu. So ibu2 dan bapak2 sekalian yang mana tak tahu lagi nak bawa anak2 jalan2 di mana, sila bawa anak2 anda ke muzium ini bagi menimba ilmu pengetahuan ye. Boleh je didik diorang ke tempat2 ilmiah seperti Muzium Tentera Darat ni. Kat mana? Dekat je... Port Dickson je pon.

muzium

   Ok, alang2 dah bawa anak2 mandi-manda kat pantai, bolehlah bawa mereka kenali sejarah tentang tentera pulak. Penting ni supaya anak2 tahu menghargai mereka yang telah berjasa menjaga keamanan negara kita. Selain dari tu, pasti anak2 teruja dapat merasa panjat kereta kebal dan duduk di dalamnya. *Yang ni biasanya anak lelaki la. Bukan kata anak jer, silap2 bapaknya sekali. Tengok je ler kelaku hubby saya tu...

dalam kereta kebal
 
   Haa.. Dah cuba masuk dalam tank ni, baru tahu betapa sempit dan tak selesanya tentera2 kita dulu menghadapi musuh. Namun dek kerana sifat kepahlawanan yang ada, segala tu ditolak ke tepi. So? Hargailah jasa mereka serta bersama kita mengekalkan keamanan negara kita.

kereta kebal

images of muzium tentera darat port dickson

   Info: Sejarah Awal Tentera Darat
   Tentera Darat yang ditubuhkan pada 1 Mac 1933 telah membuktikan keunggulannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Sejajar dengan wawasannya, Tentera Darat sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab pada bila-bila masa dan di mana jua sebagaimana diperlukan.

   Seramai 25 Anak Melayu telah dipilih sebagai perintis yang kemudiannya dikenali sebagai Skuad Pertama. Kecermelangan mereka telah menjadi pendorong utama pembesaran kepada sebuah Kompeni Percubaan dan seterusnya pembentukan Tentera Darat yang lebih moden pada hari ini. 

    Dalam meniti sejarah negara, Tentera Darat telah menimba pelbagai pengalaman yang berguna. Bermula dengan Perang Dunia Kedua (1941-1945), Darurat (1948-1960), sehinggalah Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1963-1966).

    Ekoran dari kejayaan menangani konflik dan ancaman ini, Tentera Darat pada julung kalinya diberi penghormatan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pasukan yang ke 16 untuk berkhidmat di bawah panji-panjinya di Congo.

   Akhirnya Kerajaan Inggeris menyerahkan pentadbiran dan pengurusan Tentera Darat kepada Kerajaan Malaysia pada tahun 1967. Tentera Darat terus mengorak langkah dengan mengubah struktur organisasi dan menambah paras kekuatannya. Hari ini, terdapat sebanyak 16 Kor dalam perkhidmatan Tentera Darat.
-info c&p dari gambar pertama.
Continue Reading