Click Here!

Wishlist Cuti Hari Pekerja...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 26, 2011

  Selamat Pagi.........
  Hari ni tak de kerja sangat, so tengah merancang untuk cuti hujung minggu ni. Minggu ni cuti panjang sikit sebab ada cuti Hari Pekerja, kan? So, saya ada banyak aktiviti nak buat sepanjang cuti. Harap-harap penuh ler 3 hari cuti dengan aktiviti yang ceria.

   Ok, Ni wishlist saya. Hari pertama saya nak pi Putrajaya. Main basikal kat Taman Botani. Harap tak hujan la masa tu. Sapa-sapa nak ikut jom join kami. Nak sewa basikal kat sana pun boleh, nak bawak basikal sendiri pun boleh. Kalau sewa pun harganya tak ler mahal sangat. Cuma kalau waktu hujan memang aktiviti berbasikal tak dibenarkan untuk tujuan keselamatan.

  Hari kedua pulak saya nak terjah Muzium Negara dan Balai Seni Lukis Negara. DAh lama tak pergi tempat tu.. Rindu sangat nak rasa cam lawatan sekolah dulu. Pastu, malam tu boleh ler join tengok teater FREE!


  Tadi ada member kat facebook invite saya untuk join tengok teater kat Panggung Bandaraya. Emm..Macam best gak tuh. Lama dah tak jenguk KL. Sapa yang minat dengan teater leh tengok info kat sini. Boleh ramai-ramai kita berlonggok kat sana. Jom!

    Hari ketiga pulak, lepak kat rumah je ler.. Tanam pokok ke, cabut rumput ke.. Hehehe..
Continue Reading

Award untuk follower!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, April 22, 2011

   Hari ni macam juga selalu, seperti hari-hari yang lepas. Cumanya hari ni saya banyak kerja sikit kena buat. Emm.. tengah siapkan album kawen adik saya sebenarnya. Sebab kat opis ni ade keje time tender masuk jer, so dengan rela hati saya buat keje sendiri.. Hihihi..

  Tadi jalan-jalan blog kawan-kawan jap. Patut ler tak nampak entri dari NM02 hari ni. Rupanya dia MC 2 hari. Tapi hari MC, semalam sempat lagi dok bagi award kat semua follower dia. Baiknye..kan? Ok, cepat-cepat sembuh ek NM02. Nanti leh komen-komen entri saya.  Oklah, saya nak tempek award kat side bar jap.. Bye!

http://my-niezzareena02.blogspot.com/2011/04/award-utk-korang-semua.html

Continue Reading

Tiket free untuk komen pertama!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Salam pagi Jumaat! Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Nak tanya sikit, ingat lagi tak entri saya tentang tiket wayang free dari Nuffnang & TGV tu? Tak ingat leh klik sini.

   Ok, setelah difikir-fikirkan, saya dan suami memang tak de masa langsung untuk pergi ambil tiket tu di pejabat Nuffnang. So, semalam saya dah call Nuffnang dan tanya samada boleh tak orang lain yang ambilkan untuk saya. Mereka jawab  BOLEH dengan syarat orang yang ambil tiket bagi pihak saya tu tahu email saya. Tu je syarat dia, mudahkan? So, esok adalah birthday saya. Jadi saya fikir kalau saya tak boleh pergi mengapa tidak saya bagi tiket tu kepada pembaca blog saya,kan? Tul tak? Tak ler rugi sesajer..

   So... Siapa orang pertama yang komen kat entri ni, saya akan bagi email saya untuk dia dapatkan 4 tiket tu. Ok? Baru adilkan... Cuma diingatkan masa untuk ambil tiket tu adalah dari jam 9pg - 6 ptg je. Sabtu & Ahad diorang cuti. Dan kalau tak silap saya tiket tu kena kutip selewat-lewatnya 6 May 2011 ni. Tiket leh ambil di pejabat Nuffnang:-

12B-5 & 12B-6, Heritage House,

33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Continue Reading

Diari semalam...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 21, 2011

   Petang semalam dekat-dekat time nak balik ke rumah, hujan lebat la sesangat. Siap ada ribut petir bagai. Takut jugak bila sesekali petir berdentum. Kuatnye bunyi... Tengok kat cermin tingkap pulak, mak oii.. Lebatnye hujan. Camne nak balik ni? Walau pon saya ada kereta, dah kompom satu hal akan jadi kat jalan yang saya kena lalu masa nak balik nanti. Banjir. Emm..Tau sangat dah. Kalau hujan punye lebat camni, kompom jalan tu banjir dan jalan ke Sg Buloh jem teruk! Tapi redah jela.. Naseb baik lepas jugak jem hari tu. Akhirnya sampai rumah jam 6.15petang. Huh! Lewatnye..





  
      Kat rumah apalagi, masak nasi, asam pedas ikan dan sambal kentang. Selalu masak lepas maghrib, tp semalam masak awal sikit sebab kompom suami saya lapar punye hujan-hujan cam ni. Yelah, saya yang naik kereta ni pun sejuk, dia yang naik motor tu lagi la sejuk. Silap-silap kuyup sampai rumah nanti. Ok, siap masak, saya jerang air panas. Nanti boleh bancuh teh o, minum panas-panas. Oh, sedapnye..

   Jam dah tunjuk kul 7.45ptg. Mana suami saya ni.. Naik atas maghrib dulu. Pastu turun balik dengan bawa tuala. Stanby letak kat pintu. Hujan masih lebat kat luar. Sejuknye.. Mana suami saya? Ya allah, ko selamatkanlah perjalanannya. Amin..

   8.00 malam... Masih tak nampak kelibat suami saya. Nasi yang dah siap masak, saya kais-kais bagi berderai... Suami saya tak suka makan nasi berbuku.

  8.05 malam.. Saya bukak Buletin Utama. Tengok berita sambil tunggu suami balik. Hish..Mane die ni.. Capai phone, sms suami tanya dia kat mana. Tapi, credit pulak abis. Aduh.. Time ni le nak abis credit. Cam ne nih? Ya Allah, aku bertawakkal padaMu.

  8.15 malam.. Ke dapur bancuh teh o panas. Tiba-tiba dengar orang bukak pintu gate. Terus jenguk kat tingkap. Nampak suami saya terkial-kial nak bukak mangga gate. Alhamdulillah... Apalagi, capai payung dan kunci gi lari ke gate. Huh! Cian suami saya..Betullah..Kuyup abis. Lepas dia parkir motor kat tepi rumah, saya hulurkan tuala. Naseb dah siap bancuh teh o.. Dengan menggigil suami saya minta air panas. Terus hulur teh o panas yang saya bancuh tadi. Terharu bila tengok keadaannya cam tu. Mencari rezeki untuk keluarga tak kira hujan panas. Lepas dia mandi, kami makan nasi sambil tengok movie.. Abis dah!
Continue Reading

Bila aku kebosanan...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, April 20, 2011

   Bila kat opis tak de keje... mula la keboringan melanda. Pastu mula la saya berjalan-jalan mencari hiburan di alam maya ni tak tentu hala. Baca blog, tengok gambar kawan-kawan kat facebook, baca topik forum yang mana menarik.. Pendek kata macam-macam la yang saya jumpa hari ni. Tapi tak jugak hilang boring ni. Last-last jumpa blog ni.. Kahkahkah.


    So, sambil buat entry ni, saya sedang santai baca sambil kunyah kacang yang saya beli pagi tadi. Jom ramai-ramai baca citer lawak kat sana.
Continue Reading

Sarapan tu penting!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Selamat pagi! Jom kita sarapan dulu... Mana nak sarapan? Nak sarap ape? Emm.. Hari ni saya rasa nak makan roti banjir di Warung Pak Long, Paya Jaras. So, on the way drive ke pejabat singgah jap kat warung beli roti kosong. Kuah dal + sambal. Memang terbaeklah kedai ni. Rotinya sedap, lembut.. Yang penting ni gerai orang Melayu kita. Dah tentu halal!

   Ok, jom makan bersama saya.. Emm.. Sedapnye bau diaaaaaaaaaaa.... Walla!



Continue Reading

Milo dan sardin punya citer...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 19, 2011

    Hah! Sapa suka minum milo dan makan sardin? ~ Sayeee... (sambil angkat tangan tinggi2)
Tapi lepas baca satu artikel kat facebook pagi tadi, tetibe plak rasa loye bile teringat ingredient yang dicampur bagi menyedapkan dua benda yang saya suka ni... Hish.. Naseb baik saya tak makan cap yg sama. Cume milo je la yang memang selalu saya sebat. Patut le sedap...ek?

   Ok, sebenarnya saya pun tak pasti sejauh mana kebenarannya tapi nak share jugak ngan korang sume. Pandai-pandailah pikir sendiri pas ni ye... Saya copy paste sebijik-sebijik dari note seorang hamba Allah ni. Jom baca ramai-ramai!


suka minum milo dan makan sardin? baca ni dulu...
by محمد عثمان ابو بنتين on Monday, April 11, 2011 at 7:25pm.

Salam and Good Day,
Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.

Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.


Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..


Ceritanya macam nie:-


Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’


AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..


N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…


Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…

n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .


milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….


Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….


wallahhualam…


Amacam? Lepas baca korang ada rasa loya tak? Hihihi..




.
 
Continue Reading

Ada Apa Dengan Aidadewie...: DIY Deko Laman Porch.

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Ada Apa Dengan Aidadewie...: DIY Deko Laman Porch.:

    Ingat lagi tak entry saya ni? Kalau tak ingat atau tak pernah baca bolehlah klik kat link atas tu..

    Kalau dah baca entrynya, jangan lupa baca bahagian komen sekali sebab saya buat entry hari ni semata-mata nak membuktikan kata-kata seorang pengomen, Saudara Norazman. Bukanlah buktikan apa pun.. Cuma nak tahu je apa akan jadi kalau saya tak ikut nasihat dia. Dan apa saya dapat bila ikut nasihat dia..



    Ok, dah bersedia semua? Jom tengok gambar sambil baca caption. Jawapan ada di situ...

Semaknye.. Ni la kalau tak ikut nasihat orang.
Orang dah pesan letak plastik hitam, tapi tak mo buat..

Haa.. Yang ni pulak sebelah lagi yang ikut nasihat orang.
Kan ke terang sikit mata memandang... Ada sikit-sikit rumput tu tak pe lah..

Moralnya, next time kalau orang bagi nasihat tu ikut je, ok? Dah hujung minggu ni kena buat dua kali kerja... Kenalah buang balik batu tu untuk letak plastik hitam dulu. Naseb baik tinggal sebelah je lagi ..
Continue Reading

Happy birthday sayang!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Happy Birthday buat suamiku, AHmad Zawawi bin Ramli. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah selalu.. Tu ucapan saya untuk abang sayang saban tahun. Pagi tadi, dia dah tarik muka bila saya nak gerak ke pejabat. Lalu saya ucapkan Selamat Hari Lahir padanya. Saja jer nak test! Hihihi..

Continue Reading

Bangku Kosong-Saya Seorang Blogger Wanita!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, April 15, 2011

Yezza!
Lepas lunch, bukak blog terus tangkap segmen khas buat wanita dari Bangku Kosong. Nampaknya banyak betul idea yang mencurah-curah di Bangku Kosong ni. Namanye je Bangku Kosong, tapi penuh terisi rupenye.. Ok, tak mo cakap banyak, saya nak men'join'kan diri dalam segmen ni. Senang je.. mula-mula kena copy paste header Bangku Kosong dulu. 

  Yeah.. Sudah siap!
Pastu puan-puan kena jawab soklan mudah ni..
a) Kelebihan blogger wanita dan,
b) Apa yang kaum wanita suka cerita di blog
Senang je kan soklannye? Ok meh baca jawapan saya..

a) Kelebihannye? Banyakkkk kelebihannya. Contoh; Macam waktu sekarang ni, kaum adam kena gi Solat Jumaat tapi kami leh layan berblogging..Hehehe.. Lagi satu kaum Hawa ni terkenal dengan emosinye. So, kalau cerita memang ade feeling sikit ler.. ~ Nak2 pulak kalau ade gossip n gaduh2 tu kan...

b) Apa ek yang kami suke cerite dalam blog? Emm..Kalau saya la, ni kalau saya la kan...Saya suke citer hal taman-taman, hal tanam pokok, hal fotografi, suke gak buat review xkire la produk ke, blog orang ke.. Suke la juga citer pasal projek2 DIY/ make over yang saya dah buat... Saje le... Nak bagi info kat pembaca. Kadang-kadang suka kongsi info kedai murah nak beli barang tu barang ni. Supaya boleh senangkan pembaca blog saya. Tu je la kut...

Ok, abis dah.. Ok dok saudara Hasru Hassan? Ada kena cut tak jawapan saya ?
Continue Reading

Surprise Birthday Gift !

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Yup! Saya dapat TGV Birthday Surprise dari Nuffnang & TGV Cinemas... Suke sangat!!
Baru je idam-idam nak tengok wayang citer Penunggu Malam ngan hubby next weekend. Dan siap kawan adik saya si Nang nak belanjakan tiketnye lagi... hihi..

   Tadi tergerak hati nak bukak email. Lama dah tak check email. Bila bukak je, hah ko... 61 unread message. So, salah satunya dari Nuffnang. Terus x-cited abis sebab dapat 4 tiket lagi...



~ Bile ye nak ke opis diorang kat Jalan Yap Ah Shak ni... Siapa saya nak ajak untuk tengok wayang dengan saya?






Continue Reading

Qaseh Mansya- Blog yang penuh dengan cinta & kasih sayang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 14, 2011

   Hari ni saya nak buat blog review sikit. Kawan-kawan tolong support blog kawan saya ni..... Qaseh Mansya . Jom ramai-ramai kita terjah blog dia! Blog ni penuh dengan kasih sayang... Lihat saja warna dan motif backgroundnya.. Penuh dengan C.I.N.T.A !


Continue Reading

[Bloglist] Jom masuk bloglist Prince untuk bulan Mei nanti

Ditulis oleh Aida Ab Jalil



    Semalam join Bangku Kosong, hari ni saya nak join blog ni pulak ! Semua ni tak lain tak bukan sebab saya nak dapatkan trafik. Blog ni saya jumpa dari entri Bangku Kosong. Menariknya blog ni sebab saya suka sangat tengok kartun comel kat header tu. Seyes! Saya memang suka... Satu lagi bahasanya santai je.. Ala-ala mesra alam gitu !






Continue Reading

Segmen Buat Blogger Baru... untuk blogger macam saya!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, April 13, 2011

   
    Saya kagum la dengan blogger-blogger yang tak ketandusan idea ni. Tak kire la blogger yang lama ke atau yang baru. Hari-hari, ada je cerita nak dimuatkan dalam entri. Macam-macam idea korang ni. Contest laa.. segmen la.. ade je mende yang nak ditulis.

   Hari ni, saya jumpa segmen yang sesuai untuk blogger baru macam saya. Syok la, saya nak join jugak!!
Nanti bila blog saya dah ramai peminat, saudara Hasrul Hassan buatlah pulak segment macam mana nak jana idea tulis blog dengan entri yang menarik dan tertarik.

    Last but not least saya nak ucapkan time kasih banyak-banyak kat blog Bangku Kosong ni sebab sudi buat segmen cam ni.

P/S ~Blog saya memang kurang peminat pon. Maklum je la, entrinya pon malu-malu kucing je nak keluar.. Hahaha..








Continue Reading

Penunggu Istana.. Betul ke ada entiti di situ?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 12, 2011

 
   Ni filem yang saya tunggu-tunggu. Seyes saya memang tunggu sangat cerita ni sejak baca blog uncle seekers. PENUNGGU ISTANA khabarnya akan ditayangkan pada 21hb April, dua hari sebelum hari lahir saya. ~ Sapa nak belanja saya tiket wayang filem ni? Angkat tangan! Hihi..

Ok, sebelum tengok kat pawagam, jom layan dulu trailer ni...



Continue Reading

Opocot mak ko! Pengantin dah lari...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, April 5, 2011

   Minggu lepas, dah selamat dan selesai semua kerja-kerja kenduri adik kedua saya. Akhirnya dapat meluruskan pinggang setelah kerja keras.

   Majlis di Kepong dirancang rapi oleh adik dan saya. Penat betul buat dua kerja sekaligus ni. Yelah, saya jugalah yang jadi organizer, saya jugak jadi photographer. Fuhh!! Nasib baik majlis berjalan lancar. Majlis kami berakhir seawal jam 3 petang sebab pengantin nak bergambar kat taman pulak.

   Masalahnya, tetamu masih ramai lagi di dewan. Tak molek la kiranya pengantin meninggalkan majlis begitu je,kan? So, saya nak kongsikan trick kami ni. Rancangan ni beberapa orang yang terlibat je yang tahu. Ayah saya sendiri pun tak tahu menahu berkenaan perancangan kami ni.

   Setelah selesai semua acara, pengantin mestilah turun berjumpa para tetamu,kan? So, dari satu tetamu ke satu tetamu. Sampailah habis semuanya. Tapi saudara mara kami ramai sangat, kalau nak jumpa semua... memang sampai pukul 5 pun tak habis lagi. Jadi, jam 3 petang saya bagi arahan kepada DJ untuk membunyikan siren bomba yang saya download dari internet. So, bila dengar saja siren bunyi, orang-orang yang terlibat dalam perancangan terus ambil tempat masing-masing. Suami saya terus drive kereta ke tepi dewan, saya stanby dgn kamera di pintu, photographer kedua,Poji standby kejar pengantin, pengapit pengantin stanby dalam kancil diorang dan pengantin perempuan pula tanggal kasut dan lari dengan pengantin lelaki ke arah kereta di sebelah dewan. 
Gambar semasa siren mula dibunyikan. Kelihatan pengantin mula tanggalkan kasut dan orang ramai pun tak berapa perasan lagi tentang perubahan situasi.

Ini pula gambar semasa adik saya sedang lari.... Ingatkan lari-lari anak, sekali..

Hambik ko..Tak sempat nak tangkap. Dapat iras-iras bayang je.
Ke main ler lajunye adik aku bawak lari pengantin dia. Macam betul-betul kena kejar je...
     Orang ramai yang dengar siren semua jadi panik. Tambah pula tengok pengantin lelaki dan perempuan lari macam dikejar apa. Semua pakat ke luar dewan nak tengok apa yang jadi. Kami pula bila kedua pengantin dah masuk kereta, terus gerak ke lokasi outdoor dengan senang hati.

    Lima minit selepas kejadian pengantin lari, saya call adik saya yang sorang lagi tanyakan reaksi tetamu. Katanya, semua terkejut dan terpinga-pinga, tapi lepas DJ umumkan itu adalah sebahagian gimik dari pengantin sebab nak beredar ke lokasi outdoor, mereka semua ok dan dapat menerimanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti dirancang.


P/S ~ Takut juga bila tengok adik saya lari laju camtu sambil tarik pengantin perempuan. Takut dia terlibas pengantin perempuan ke pintu je.. Hehehe...
Continue Reading