Click Here!

Selamat Tahun Baru!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, December 30, 2010


   Esok cuti sebab pasukan bola kita menang. Lusa memang dah hari cuti. So, saya ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia. Tahun ni kita raikan Tahun Baru dengan lebih meriah sikit sebab kita dah menang bola. So, berseronoklah minggu ni yer. Peringatan buat semua juga, tahun baru ni kita sambutlah dengan penuh keberkatan. Hindari maksiat dan zina!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 !!
Continue Reading

Tetamu pagi...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

      Pagi-pagi memang inilah rutin harian saya. Menjenguk kebun di belakang rumah dan menyiram pokok-pokok. Pagi ni saya tengok anak semaian melon saya rosak lagi. Geram betul!! Habis daunnya rosak dimakan serangga. Air cili yang saya sembur tu tak berkesan ker? Petang ni nak gi nursery cari racun serangga jugak. Ingatkan racun organik pun berkesan, nampaknya kenalah gunakan racun kimia jugak.
      Disebabkan saya nak ke pejabat, so solusi untuk mengelakkan anak pokok saya lebih teruk, maka saya gunakan je tudung saji. Balik nanti mesti suami saya marah ni, guna tudung saji dia. Bersedia jer lah untuk tu...

   Tengah-tengah nak buka pintu pagar, ternampak pula dia ni.. Sesat dari mana pulak dia ni?



   Mula-mula ingatkan kucing, sebab kat kawasan saya ni memang banyak kucing. Bila tengok betul-betul rupanya arnab. Apa dia buat kat rumah saya ni? Dari mana datangnya arnab ni? La..puas pulak saya nak memikirnya. Jinak jugak sebab bila saya pegang dia tak meronta.




    Gemuk betul arnab ni, mesti ada tuannya. So saya panggilkan Kak Sue sebelah rumah saya...Saya tanyalah dia mana tahu adik dia ada bela arnab ke, kut terlepas ke rumah saya sebab adiknya baru pindah masuk rumah dia semalam. Kak Sue tu kata tak de pulak. So...dia suruh saya kurung dalam bakul. Saya pun takut jugak kalau arnab ni makan sayur dan bunga saya pulak nanti. Elok jer nak hantar dia ke belakang, arnab tu meronta-ronta sampai terlepas. Dah lewat, saya pun malas nak kejar dah. Biar je lah dia terlepas. Harap-harap janganlah dia masuk kebun saya kat belakang tu dan makan semua tanaman saya. Lobak ada kat belakang..Hihihi..
Continue Reading

Tahniah Malaysia!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Malam tadi tengok bola sama suami depan tv... Sambil-sambil tengok bola kami makan sotong celup tepung dan kerang rebus. Perghh..Hidangan bajet hujung bulan tuh..Hihihi..Cukuplah kan? Kata...kenyang makan bola. Hihihi..


   Tahniah saya ucapkan buat pasukan Malaysia terutamanya Safee yang menjaring gol terbanyak musim ini dan Fahmi yang berjaya mempertahan gawang Malaysia. Korang memang best!! Saya yang tak minat bola ni pun turut terjebak sama. Nasib baiklah...jiran sebelah tak de rumah, kalau tak mesti pening dengar kitorang laki bini dok bertempik..

Continue Reading

Sotong Celup Tepung

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Semalam masa sibuk komen-mengomen dalam fb, dapat 1 tips untuk goreng sotong celup tepung yang best. Mudah jugak bunyinyer. So, balik kerja semalam terus singgah Econsave beli dua tiga ekor sotong. Emm, segar-segar jugak sotong ni. Kebetulan suami memang favorite die sotong celup tepung nih.

   So, dah siap basuh sotong-sotong tu, maka kita ikut je ler tips dari Peneraju Dunia ni yer... Bab tepung tu saya pakai jer tepung cap nona nih. Memang best tepung ni, sebijik rasa cam KFC.

       Ok, saya ikut sebijik apa kata Peneraju Dunia. Saya blender kelapa parut dan tambahkan dalam tepung. Kat sini saya perapkan dulu putih telur, garam dan lada hitam dengan sotong sebelum gaul dalam tepung dan kelapa parut tadi. Tujuannya supaya sotong tu rasa lebih umphh!!


   Haa..Dah siap digoreng. Bolehlah ngap sambil tengok bola. Rasanya memang best! Lebih rangup dan garing. So, tips dari Peneraju Dunia ni leh diguna pakai dan berbaloi mencubanya. Terima kasih Peneraju Dunia!
Continue Reading

DIY Peti pos

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, December 29, 2010

  
Haa..Nilah dia projek peti pos yang buat Sabtu lepas. Saya guna batang pokok yang saya tebang hari tu jer untuk jadi kakinya. Pas tu suami saya tolong spraykan peti pos merah tu kepada warna putih. Ok tak cam ni? Tapi... ni pun tak berapa siap lagi ni. Kering idea la...Nak buat cam ne yer untuk bagi peti pos saya ni nampak bergaya sikit. Bukan apa pun, cuma nak kasi umphh je sikit lagi.
Continue Reading

Vidoe klip Cikgu Shida boleh hilangkan stress

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, December 28, 2010

Hahahaha.. Nama Cikgu Shida memang tak asing lagi dah. Sume orang dah kenal dia. Mengalahkan artis pun dah. Apa taknya...Dengan gaya dia buat miming lagu tu memang boleh buat orang pecah perut. Banyak juga yang menyokong, tak kurang juga yang mengutuk. Konon tak sesuai dengan gelarannya sebagai seorang cikgu. Betul tak betul dia seorang cikgu kita tak tahulah kan. Sekarang pun dia dah tak guna gelaran cikgu di pangkalnya lagi, cuma letak Cik Shida jer. Lagipun pada pandangan saya, dia bukan buat salah apa pun. Buat miming jer dengan aksinya yang lawak. Bukan die berbogel ke ... atau buat aksi terlampau ke, kan?

Macam-macam cara orang buat untuk hilangkan stress. Memang gelak tengok vidoe Cikgu Shida ni. Saya suka jer layan, kalau tengah stress lagi saya layan. Sapa-sape yang sekepala, meh le kita layan yer... Lagu ni pun best!!



Continue Reading

Kasut baruku!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


  Tadaa!! Saya dapat kasut baru... Ahad lepas teman suami beli baju dan kasut kerjanya yang baru. Maklumlah...Semalamkan sekolah dah buka. So, sekolah baru, semangat baru, baju dan kasut pun nak baru jugak. Tapi bukan nak cerita pasal kasut dia. Nak cerita kat sini pasal kasut saya. Saya memang suka pakai croc. Simple dan kemas. Boleh masuk dengan apa jenis pakaian pun. Lagi pun kalau drive kereta tak perlu tanggal kasut. Kalau pakai heel mesti kena bukak masa drive. Kaki ayam je...Hehehe..

  Croc saya dah uzur dah. Tapaknya pun dah haus. Pernah jugak dua tiga kali hampir terlentang bila terpijak air kat lantai. Kalau pergi tandas pusat beli belah, kenalah hati-hati lebih sikit. Lagipun saya selalu juga mengadu yang kasut saya tu dah ketat. Sakit jari kaki saya bila pakai kasut lama. So suami saya belikanlah croc yang baru. Lebih selesa dan yang penting saya tak risau terlentang lagi! Mekaceh abang! Apalagi, lepas bayar terus sarung la.. Kasut lama simpan dalam plastik.
Continue Reading

Bebola Sayur Ilham dari Blog Watie..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Meh kita buat bebola sayur nak tak? Saya cuba-cuba je resepi ni, main agak-agak je nih. Dapat ilham pun  masa tengok bebola ketam kat blog Watie. Memang tak boleh tahan tengok bebola ketam dia. Lapar memanjang perut saya semalam dok teringat je kat bebola ketam tu.  So, petang semalam nak try la buat.
  
   Bukak peti ais.... nampak sayur je. Bukak peti atas plak, ade la dada ayam dua ketul. Gunakan jer la apa yang ada. Dada ayam tu saya blender kasi hancur ayam die. Amik isi je tau. Jangan plak blender dengan tulang putih tu sekali.. Siap blender, potong-potong la sayur yang ada tuh. Kali ni memang sengaja letak cili api lebih sikit. Cili tu pun cili yang petik kat kebun saya tu jugak. Merasa juga hasilnya..sebelum pokok tu mati.

   Sambil potong sayur, rebus kentang sampai empuk. Letak sikit garam yer masa merebus ni. Biar rasa dia sebati gitu...



    Gaulkan semua bahan tu sampai jadi cam ni...


    Kemudian tambah sikit tepung dan jemput-jemput dengan jejari comel kamu tu. Goreng dalam minyak panas dan siap!!


    Oh! sedapnye.. Tapi saya punya tak jadi bebola, macam cekodok jer. Ahh..Tak kisahlah. Makan sampai licin! Mekaceh Watie bagi saya ilham.




Continue Reading

In Auto Bistro

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, December 27, 2010

   Petang Jumaat lepas, balik dari opis jenguk-jenguk kebun belakang jap. Pokok-pokok tu kena belai jugak. Kasi gemok balik cam dulu. Lepas tu siram rumput kat depan pulak. Tiba-tiba kepala rasa pening pulak.. Suami suruh saya baring kat dalam, tapi saya rasa kalau bawa baring lagi pening nanti.So, terus ajak suami pergi jalan-jalan round area kami tu, ambil angin. Yelah, sebelum ade aura negatif baik gi release jap, kan?

   Round punya round punya round, akhirnya perut rasa lapar la pulak. Oh, mungkin jugak perut saya lapar so masuk angin so tu yang buat saya rasa pening meloya tu tadi kot.. Jadi kitorang terus tuju kat satu kedai tepi jalan nak ke Meru ni. Kalau nak ke Meru selalu nampak kedai ni tapi tak pernah singgah pun. Cam best jer die punya deko. Lain dari yang lain sikit. Mula-mula dulu ingatkan bengkel kereta, tapi rupanya kedai makan. Kreatif tuan punya kedai ni.

  Ok, kamu semua layan je lah gambar-gambar ni ye... Sorry, saya pergi ni waktu malam, so...gambar kurang cantik sikit.

Keadaan luar kedai

Dekorasi kedai yang simple tapi menarik. Tempat makannya bawah khemah je, tapi tetap unik.

Kedai ni gunakan kepala kereta sebagai kaunter gerai dan
body kancil sebagai frame untuk kaunter pesanan.
 
Nah, siap ada no phone lagi. Katanya ada fb jugak. Try le cari sendiri yer..
 


Khusyuk memilih menu.

Saya order Limau Jampi ( Limau Asam Boi)

Dok la sedut air je dulu masa tunggu makanan sampai.

Ni menu yang saya order. Ayam Langgar - RM7.90. Yang ni best!

Ni plak menu yang suami saya order. Nasi Nahas- RM 6.90.
Yang ni bagi saya  tak berapa la.. Rasa cam masak kicap jer.
    Ops..lupa plak, kat sini ada WiFi free tau. Nak bawa lappy gi lepak sini sambil-sambil makan pon boleh. Ada skrin besar jugak untuk tonton TV. Lebih istimewa kedai ni menyediakan surau dan tandas.

   Sorry sangat-sangat tak dapat letak gambar kawasan sekitar kedai. Malam gelap sangat dan kamera phone ku tak berdaya memberikan foto yang terbaik. tapi apa yang boleh saya gambarkan, keliling khemah makan ni ada dibuat replika seolah-olah jalanraya, siap dengan round aboutnya. Dan ada juga yang dok main kereta kontrol masa kami makan kat sini.
Continue Reading

Bermain layang-layang di Pantai Jeram

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Cuti hujung minggu kami tak ke mana-mana, selain duduk rumah menyiapkan projek DIY,petang harinya kami ke Pantai Jeram menghibur hati. Kami ke sana guna laluan kampung. So, dari rumah kami dalam 20 minit jer. Lama juga kami tak ke sana rentetan masa yang tidak mengizinkan. Pantai Jeram tak lah cantik sangat. Nak main air pun kena pikir dua tiga kali, ni kan pulak nak mandi... Masa kami datang tu pun, air tengah surut. Selut dan kulit kerang je lah yang boleh nampak. Tapi time nak balik baru air naik.

   Masa kat pantai, tak de aktiviti lain melainkan makan-makan dan main layang-layang. Memang ramai yang datang berkelah satu family kat pantai ni. Masing-masing ambil kesempatan cuti Krismas untuk bawa keluarga jalan-jalan makan angin. Cerita pasal main layang-layang, kami pun tak lepaskan peluang untuk turut serta. Suami saya yang beria sangat ajak main layang-layang ni. Nak release tension katanya. Maklumlah...Isnin nanti dah naik sekolah. Nanti dah mula kerja memang tak de masa nak main-main cam ni katanya. So, dia pun belilah layang-layang kat satu kedai di situ. Main sampai puas dari jam 5.00 sampai 6.30 petang. Angin kuat, tu yang best main layang-layang tu.

   Mula-mula beli bentuk helang. Tapi helang kami ni naik tak nak tinggi. Asyik kecundang ke kiri jer. Agaknya helang kami ni jenis yang gayat kot...


Ambil gambar sket...ngan layang-layang helang.


Boleh tahan la...Tapi sekejap jer, pas tu jatuh terjunam.
     So, kami pergi semula ke kedai abang tu minta tukar yang baru. Abang tu offer kami layang-layang pari. Katanya lagi bagus dari helang sebab bentuk pari kukuh tak kira angin kuat atau pun tak. Tapi kena tambah RM3. Kami ok jer, asal boleh main dan puas hati. So, dah bayar tambahan RM3 tu, abang tu testkan dulu layang-layang pari kami.

   Huii..yang ni memang best! Boleh naik tinggi dan maintain jer..Seronok jugak main layang-layang ni yer?
Ok, keja banyak kat opis hari ni. Tak de mase nak menceceh...Layan gambar je yer..

Bangga je dapat layang-layang pari..

Saya pun main sama..sambil duduk2 tepi batu

Tinggikan layang-layang kami?

Suami saya pun senyum sampai telinga bila layang-layang die naik tinggi..


Continue Reading

DIY Batas Bunga

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, December 25, 2010


  >Tahu ni apa? Inilah laci meja.

 >>Laci? Tak macam laci pun...

  >Ye..Kotak ni asalnya laci meja yang saya telah buangkan lapik bawahnya. Saya jumpa laci ni kat area ofis saya. Terbiar je... So, saya kutip dan bawa balik rumah. Mesti kamu semua pernah buang almari lamakan? Apakata lepas ni sebelum buang almari tu, ambil dulu laci-lacinya. Bolehlah buat DIY ni.

   Hari ni saya nak tunjukkan idea bagaimana laci tadi boleh berubah menjadi batas bunga atau sayur di laman kamu. Tak payah la membazir duit pergi beli kayu semata-mata nak buat batas. Kan lebih bagus praktikkan apa yang ada di sekeliling kita jer. Asalkan JIMAT dan FREE memang masuk carta no. 1. Hahahaha!

    Oklah, mungkin tak dapat bayangkan lagi yer? Meh layan gambar kat bawah ni yer..







       Kalau ada banyak laci terbuang dan kawasan pula sempit boleh jugak buat seperti gambar kat atas ni. Untuk buat seperti tu, tak perlulah di buang lapik bawahnya, cuma kena tambah sesuatu untuk menyokong belakangnya saja. Selamat mencuba!
Continue Reading

Peti surat pun bermacam ragam...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, December 24, 2010

   Terfikir-fikir hujung minggu ni nak buat projek peti surat. Petinya dah ada cuma tak dipasang lagi. Kata suami saya dia nak spray peti tu dengan cat putih dulu. Konon tak suka dengan kaler merah menyala tu.

~Oklah, apa-apa jer asal rumah kita nanti ada peti surat , bang... Jangan posmen selit-selit kat pagar je sudahlah. Harus basah kuyup surat-surat tu kalau hujan nanti.

    Memikirkan sesuatu yang kreatif itu lebih cantik berbanding yang biasa, saya buka laman web dan mula mencari gambar-gambar peti surat. Wah! Memang teruja sangat bila buka satu laman web ni. Namanya pun surprise mailbox kan.. So, meh kita layan gambar-gambar peti surat terkreatif seluruh dunia ni yer..



    Kreatifkan peti surat diorang? Saya paling suka dengan idea peti surat yang ada no. 2 tu. Rumah saya pun  no. 2 juga...Hihihi..

Gambar-gambar di atas boleh dilihat dengan image besar di link ini -http://www.walksydneystreets.net/surprises_mailboxes01.htm
Continue Reading