Click Here!

Menu ringkas yang banyak khasiat

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, December 23, 2010

   Malam tadi terasa nak makan salad dan jadi vegetarian kejap. Bukan apa pun, saja jer nak tukar angin. Hari-hari asyik makan lauk jer, so malam tadi nak makan sayur lebih pulak. Ayam selit-selit jer. Mudah je bahan-bahannya. Bahan untuk salad boleh ikut suka kita nak masukkan sayur kegemaran kita. Ok, untuk salad saya gunakan sayuran tersebut:
  • kobis ungu   
  • sayur kacang
  • timun jepun
  • lada benggala merah
  • bawang besar
  • salad bulat
  • cili padi merah
  • 1 bahagian ayam (rib/ dada) dan nuget jika suka
  •  thousand island
  •  cili sos
  •  olive oil

   Semua sayuran tersebut dicuci bersih dan potong/ mayam halus. Sayur kacang tu tak payah la potong. Kenal tak sayur kacang tu yang mana? Haa..Tengok gambar atas tu..Yang macam taugeh tu la sayur kacang. Pas siap semua sayuran tu, goreng 1 bahagian dada ayam dan carik-carikkan isinya. Untuk resepi semalam, saya gunakan bahagian rib + 10 ketul nuget ayam. Lepas siap semua bahan, gaul rata dan tambah sedikit olive oil, thousand island dan sos cili. Nilah rupenya bila dah siap.

 
    Nampak sedap tak? Saya suka warna-warna dalam salad ni. Boleh la bagi salad ni nama Salad Citrawarna..Hahaha..

 *********************************************************************************
  
   Ok, nak kongsi satu lagi resepi yang buat malam tadi jugak. Lagi pun teringin pulak mencuba resepi kentang bakar Jamie Oliver hari tu. Tak tahan tengok rancangan dia, mesti kecur air liur...Kalau selalu cam ni bila la nak kurusnya saya ni?



   Hah ! Ni la rupenye bila dah siap. Kentang dan lobak merah bakar. Nak resepi? Senang jer..Salin kat bawah ni yer..
  • Kentang ( buang kulit)
  • Lobak merah ( buang kulit & potong kecil )
  • Bawang besar ( potong 4 )
  • Bawang putih ( ketuk jer. kulit tak payah buang pun tak pe..)
  • Olive oil
  • Butter
  • Garam
  • Lada hitam
  • Air
Ha..cara-caranya pulak...

1. Kentang dan lobak merah direbus sampai empuk. Toskan airnya dan masukkan dalam loyang.

2. Masukkan bawang besar, bawang putih, garam, lada hitam, butter, olive oil dan sedikit air. Pas tu bakar dalam oven dengan 250 darjah celcius selama 30 minit.. Dah siap! Pe tunggu lagi? Ngap la...

{ 2 komen... read them below or add one }

NM02 said...

hi awak.. maceh sudi join saya. mm.. sedapnye salad citrawarna tu. tolong buatkan tuk saya dan hatar kat umh saya mlm ni eh..

hehehe... selamat berkenalan..

Aida Awie said...

hehe..sama2..
bukan xmo antarkan, tapi xsempat sampai dah di ngap tgh jalan nanti..