Click Here!

Lama tak update blog sebab nilah..

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, December 15, 2010

    Ya, lama saya tak update blog, bukan sebab apa. Tapi sebab saya sibuk menjaga dan menguruskan suami saya yang dimasukkan ke wad. Saya berterima kasih pada semua kawan-kawan yang mendoakan kesihatannya. Kepada saudara mara dan Cikgu Mahathir, terima kasih kerana datang melawat suami saya. Tahniah juga kepada cikgu dan Pn. Ruzie Yanti sebab dapat baby boy...

   Jumaat lepas, suami saya bagitahu saya ada benjolan kat ketiak kanan dia. Saya check tapi nampak macam jerawat jer. Lepas tu, suami saya demam sampailah hari saya pergi kenduri kawan saya, Megat pada hari Ahad tu. Tengokkan keadaan suami saya yang makin teruk, saya bawa jumpa doktor di Klinik 1Malaysia. Doktor bagi antibiotik untuk surutkan bisul tu dalam 5 hari. Tapi lepas 5 hari bisul tu tak juga surut, malah makin besar pulak. Bengkak tangan suami saya tu..tak usah cakaplah. Tak boleh sentuh sikit, mesti die jerit sakit. So,sampai masa saya bawa semula ke klinik tu. Doktor bagi saya surat refer ke Hospital Sg. Buloh. Jam 9.30 malam, lepas doktor hospital check, nurse bawa kami masuk wad. Saya pula terpaksalah balik lepas uruskan kemasukan suami saya dek kerana tiada pas. So tak bolehlah menunggu. Lagipun orang yang dah lepas operate jer nurse bagi pas.
Dah pakai tag...

Ini lah bisul yang mengganggu hidup kami beberapa hari lepas..

 
Suami saya kenalah pakai baju pesakit bila dah masuk wad.
Dah siap salin baju, rehat jap sementara tunggu nurse cucuk air.
 
Haaa... Cam ni baru siap. Bengang jer suami saya
 sebab bila pakai mende ni dah tak leh la nak gerak bebas.
Nak buang air kecil pun kat atas katil jer.

   Dua malam suami saya tidur kat hospital. Masih menunggu turn untuk bedah. Tapi ada saja kes kecemasan. Orang bleeding la, beranak la,kes kemalangan la...So, tunggu sajalah. Puasa bukak, puasa bukak... Tu jer lah sementara tunggu nak masuk bedah.

   Ikut list malam Ahad tu turn suami saya kena bedah. So, malam tu saya tidur kat spital teman suami saya.  Tapi alih-alih doktor cakap tak jadi sebab ada budak masuk appendix die pecah, jadi doktor terpaksa ketepikan dulu kes suami saya. Makanya, suami saya yang dah puasa 22 jam tadi kenalah bukak pose dulu... Jam dah kul 10malam. Mana ade kedai kat spital ni yang bukak lagi. Saya pula nak beli kat luar, tak de pas plak nak masuk balik. Sudahnye makan jelah roti yang saya bawa untuk bekal saya tu. Baru jer saya nak bukakan roti, doktor perempuan yang sama-sama dengan doktor pakar tadi datang balik tanyakan ada tak makanan. Saya cakap ler ade roti jer. So, dengan baik hatinye doktor tu suruh nurse ambilkan makanan on call dia kasi kat suami saya. Best tu..western food lagi. Time kasih ek, doc!

Muka seronok sebab dapat makanan doktor.
 
Western food untuk doktor on call yang dimakan oleh suami saya sebab
dah tak de makanan dah lepas kul 10 mlm.
  
   Penat jugak tunggu orang sakit kat spital ni ek? Yela, tidur atas kerusi jer. Tapi nasib baiklah nurse sume baik-baik. Tak dela sombong cam nurse dulu-dulu. Hospital ni pun bersih dan cantik jugak. Bilik air kongsi 4 katil. Kire wad kelas tiga pun dah macam kelas dua kat GH ler...Lepas saya mandi, saya sambung baca novel. Itu jer pun yang boleh buat. Nak turun cari sarapan, kang tak pasal kena tunggu waktu melawat plak baru leh masuk. So, makan roti dan minum air oren. Bolehlah buat isi perut...

   Waktu melawat, saya turun jap pergi makan kat kafe dalam hospital tu. Pas tu naik semula sebab takut suami saya kena bedah hari tu jugak. Tak lama pun, dalam jam 1.30, nurse datang bawa baju dan cap kepala suruh suami saya salin dan bersedia untuk ke dewan bedah.. Alhamdulillah, akhirnya suami saya dibedah pada Isnin jam 2.00ptg. Saya ikut hantar dia ke dewan bedah. Lepas dia masuk, saya kembali ke wad untuk minta pas keluar masuk dari nurse. Dah dapat, saya lari balik ke rumah jap. Rumah tu nak kena tengok-tengok jugak. Mana la tahu, ade orang masuk ke ape ke.. Sampai rumah, saya jirus pokok-pokok saya yang hampir nak mati kekeringan. Mandi-mandi, lepas tu gerak balik ke hospital. Sampai-sampai, suami saya pun baru jer lepas siap operate. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Ok, dah siap.

Sempat snap satu gambar masa suami saya ditolak masuk ke dewan bedah.
   * AWAS!!
     Gambar dibawah ini mengandungi unsur-unsur 18SG. Sapa-sapa yang takut darah ke... jenis geli ker, dinasihatkan jangan tengok. Segala yang terjadi pada anda tanggungjawab sendiri ek..
    .
    .
    .

    Ini lah rupenye bisul tadi yang telah dipotong. Saya snap ni masa nurse yang nak buat dressing tu keluar panggil doktor.



Doktor kata, bisul ni bukan setakat benjolan je, tapi rupanya dalam bisul
 tu pun ade poket lagi, cuma tak sampai ke otot. Darah tak yah citerla..memang banyak!
Doktor tu terpaksa bakar dengan laser untuk elakkan pendarahan yang kritikal.
   Sekian saja untuk hari ini..



{ 2 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

kesian nya....tp itulah harga yg perlu dibayar menjadi isteri kan...semoga cepat sembuh !!

Aida Awie said...

thanks watie.. dia dah sembuh. cuma lagi kena dressing setiap hari di klinik saja. alhamdulillah, sekali-sekala kita xterlepas juga diuji, sabar atau tidak kita melayan karenah suami ni kan?