Click Here!

Apa yang baru di kebun mini saya?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, December 24, 2010

  Memandangkan beberapa hari lepas saya ada sedikit masa menjenguk kebun mini saya, maka saya semaikan beberapa biji benih agar kebun saya nanti penuh dengan pokok-pokok yang saya tanam dan dapatlah saya merasa hasilnya nanti.

   Pagi tadi sebelum ke pejabat, saya tinjau-tinjau kebun mini di belakng rumah. Anak-anak semaian dah pun menunjukkan diri. Tersenyum saya bila melihat adanya perkembangan positif di kebun saya. Mari kita lihat bersama apa yang terbaru di kebun saya.


Anak semaian rock melon
   Biji benih rock melon ni saya beli semasa expo MAHA baru ni. Harganya RM3.50/ 8 biji. Penjual tu kata ini adalah biji benih yang terpilih. Kiranya kalau tanam pasti hiduplah..dan rasa buahnya pasti manis. Cuma pesannya, kalau nak buah betul-betul manis, hadkan sebiji buah sahaja untuk sepokok. Saya dah pernah semaikan dua biji benih dulu, tapi memandangkan dua minggu saya sibuk menguruskan suami saya hari tu, pokok tu tak terjaga dan daunnya dimakan kumbang. Untuk semaian kali ini, saya akan pastikan tiada kumbang yang berani mendekati anak pokok saya.

Anak kacang botor
    Ini pula anak semaian kacang botor. Biji benihnya saya ambil dari rumah mertua saya di Jengka. Dah lama pun ambil, tapi tak tahu nak semai di mana. Minggu lepas, saya benamkan saja sepanjang pagar belakang rumah saya tu. Harap ianya membesar dengan sihat. Kacang botor ni sedap kalau digoreng dengan cili dan belacan. Terangkat sapa yang makan... Jarang beli kacang ni di kedai atau pasaraya. Selalunya ambil jer kat rumah kakak ipar saya di Klang bila kami bertandang ke sana.


Anak pandan
    Yang ni pulak pokok pandan. Pokok ni saya tak tanam, beli pun tidak. Ada orang yang buangkannya di tepi rumah saya. Itulah masalah orang-orang kita ni, tak tahu hormatkan jiran. Kalau pindah rumah pun janganlah segala benda yang tak diingini dibuang merata-rata di tepi rumah orang. Saya geram juga bila balik kerja tengok ada sofa buruk tersadai tepi rumah. Menyakitkan pandangan jer. Agaknya diorang ingat tepi rumah saya ni tempat pelupusan sampah ker? Antara banyak-banyak yang ada tersadai tepi rumah tu adalah pokok pandan ni. Agaknya tak kuasa tuan rumah tu bawak pandan ni kut. Saya ambillah untuk tanam di kebun saya. Sekurang-kurangnye dapat juga saya gunakan daunnya nanti. 
  Ok, tu jer lah pokok-pokok yang terbaru di kebun saya setakat ni. Hajat hati nak jalankan misi peti pos petang ni...Tak tahulah boleh jadi ke tidak.

{ 1 komen... read them below or add one }

anys nadhilah said...

hye dear , meh lawat n follow blog anys , hehe