Click Here!

Tetamu pagi...

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, December 30, 2010

      Pagi-pagi memang inilah rutin harian saya. Menjenguk kebun di belakang rumah dan menyiram pokok-pokok. Pagi ni saya tengok anak semaian melon saya rosak lagi. Geram betul!! Habis daunnya rosak dimakan serangga. Air cili yang saya sembur tu tak berkesan ker? Petang ni nak gi nursery cari racun serangga jugak. Ingatkan racun organik pun berkesan, nampaknya kenalah gunakan racun kimia jugak.
      Disebabkan saya nak ke pejabat, so solusi untuk mengelakkan anak pokok saya lebih teruk, maka saya gunakan je tudung saji. Balik nanti mesti suami saya marah ni, guna tudung saji dia. Bersedia jer lah untuk tu...

   Tengah-tengah nak buka pintu pagar, ternampak pula dia ni.. Sesat dari mana pulak dia ni?



   Mula-mula ingatkan kucing, sebab kat kawasan saya ni memang banyak kucing. Bila tengok betul-betul rupanya arnab. Apa dia buat kat rumah saya ni? Dari mana datangnya arnab ni? La..puas pulak saya nak memikirnya. Jinak jugak sebab bila saya pegang dia tak meronta.




    Gemuk betul arnab ni, mesti ada tuannya. So saya panggilkan Kak Sue sebelah rumah saya...Saya tanyalah dia mana tahu adik dia ada bela arnab ke, kut terlepas ke rumah saya sebab adiknya baru pindah masuk rumah dia semalam. Kak Sue tu kata tak de pulak. So...dia suruh saya kurung dalam bakul. Saya pun takut jugak kalau arnab ni makan sayur dan bunga saya pulak nanti. Elok jer nak hantar dia ke belakang, arnab tu meronta-ronta sampai terlepas. Dah lewat, saya pun malas nak kejar dah. Biar je lah dia terlepas. Harap-harap janganlah dia masuk kebun saya kat belakang tu dan makan semua tanaman saya. Lobak ada kat belakang..Hihihi..

{ 2 komen... read them below or add one }

zulkbo said...

salam perkenalan juga..
ermmm..hamba Allah tak di undang tu
tanpa tuan punya..dugaan Allah belaka
semoga anda bersabar..kalau tak bertuan
juga dan masih di rumah..nak buat macam mana
erk..?nak istihar di masjid 3x baru boleh sembelih
buat jamuan di masjid..apa kata?

Zakiah_MamaAdamz said...

syoknya dpt arnab free...hehehheee