Click Here!

Nenas bawa tuah?

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, December 10, 2010

Nenas berjambul dua

   Balik kerja semalam, singgah satu gerai jual buah. Hajat nak cari buah rambutan, tapi yang segar-segar dah habis la pulak. Tinggal yang kurang segar je. Alang-alang dah turun nak membeli, tinjau-tinjaulah buah lain sama. So, ternampaklah buah nenas ni.

  Nenas ni sama jer rasa dengan nenas biasa, cuma pelik sikit sebab ada dua jambul. Tanya juga kat pak cik tu berapa harga sebiji. Rupanya pak cik tu tak jual, dia gantung saja-saja kat situ. Mana tahu ada luck, jawabnya. Nak tergelak saya dengar jawapan tu...Tapi cover la takut pak cik tu tersinggung pulak. Hish..dunia moden ni pun ade juga orang percaya benda-benda karut ek?

{ 0 komen... read them below or add one }