Click Here!

Bermain layang-layang di Pantai Jeram

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, December 27, 2010

   Cuti hujung minggu kami tak ke mana-mana, selain duduk rumah menyiapkan projek DIY,petang harinya kami ke Pantai Jeram menghibur hati. Kami ke sana guna laluan kampung. So, dari rumah kami dalam 20 minit jer. Lama juga kami tak ke sana rentetan masa yang tidak mengizinkan. Pantai Jeram tak lah cantik sangat. Nak main air pun kena pikir dua tiga kali, ni kan pulak nak mandi... Masa kami datang tu pun, air tengah surut. Selut dan kulit kerang je lah yang boleh nampak. Tapi time nak balik baru air naik.

   Masa kat pantai, tak de aktiviti lain melainkan makan-makan dan main layang-layang. Memang ramai yang datang berkelah satu family kat pantai ni. Masing-masing ambil kesempatan cuti Krismas untuk bawa keluarga jalan-jalan makan angin. Cerita pasal main layang-layang, kami pun tak lepaskan peluang untuk turut serta. Suami saya yang beria sangat ajak main layang-layang ni. Nak release tension katanya. Maklumlah...Isnin nanti dah naik sekolah. Nanti dah mula kerja memang tak de masa nak main-main cam ni katanya. So, dia pun belilah layang-layang kat satu kedai di situ. Main sampai puas dari jam 5.00 sampai 6.30 petang. Angin kuat, tu yang best main layang-layang tu.

   Mula-mula beli bentuk helang. Tapi helang kami ni naik tak nak tinggi. Asyik kecundang ke kiri jer. Agaknya helang kami ni jenis yang gayat kot...


Ambil gambar sket...ngan layang-layang helang.


Boleh tahan la...Tapi sekejap jer, pas tu jatuh terjunam.
     So, kami pergi semula ke kedai abang tu minta tukar yang baru. Abang tu offer kami layang-layang pari. Katanya lagi bagus dari helang sebab bentuk pari kukuh tak kira angin kuat atau pun tak. Tapi kena tambah RM3. Kami ok jer, asal boleh main dan puas hati. So, dah bayar tambahan RM3 tu, abang tu testkan dulu layang-layang pari kami.

   Huii..yang ni memang best! Boleh naik tinggi dan maintain jer..Seronok jugak main layang-layang ni yer?
Ok, keja banyak kat opis hari ni. Tak de mase nak menceceh...Layan gambar je yer..

Bangga je dapat layang-layang pari..

Saya pun main sama..sambil duduk2 tepi batu

Tinggikan layang-layang kami?

Suami saya pun senyum sampai telinga bila layang-layang die naik tinggi..


{ 2 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

romantik gitu sambil tgk laut sambil main lelayang...hehe

Anonymous said...

lain kali nak bli layg2 pari la,..bab leh tbang tinggi dr helang..hihih