Click Here!

Ada apa dengan novel..

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, December 16, 2010

  
  Masa menjaga suami di hospital, novel inilah yang saya usung ke sana ke mari jadi peneman. Bila membacanya, saya terkenang kembali zaman remaja. Novel dengan saya memang tak dapat dipisahkan. Sanggup tak makan waktu rehat semata-mata nak kumpul duit beli novel. Lepas tu baca dan tukar-tukar dengan kawan kat sekolah. Ya, kawan-kawan saya, Anim, Fiza, Nurainnie dan Awine. Ramai-ramai tu, Awine paling hantu novel. Sampai kadang-kadang bila kena hari spotcheck, memang nama kami je yang naik. Alasannya, bawa novel ke sekolah. Novel paling famous masa tu pula, novel-novel karya Ahadiat Akashah. Semuanya berkisar tentang percintaan zaman persekolahan.

   Masa tu saya memang tak faham kenapa tak boleh baca novel kat sekolah. Kita bukan baca di masa belajar pun., tapi masa rehat. Bukankah membaca amalan yang bagus? Tak kiralah apa jenis bahan bacaan pun, asalkan bukan bacaan lucah atau melampau,kan?

   Novel yang baik boleh membawa kita menyelami watak dan masuk ke alam tersebut. Kadang-kadang, suami saya tanya kenapa saya boleh tersenyum seorang diri, atau kenapa menangis? Susah nak ceritakan pada orang yang tak minat membaca novel. Hanya peminat novel yang membaca dengan menyelami setiap watak sahaja dapat merasakannya. Perasaan itu adalah seperti kita memasuki satu alam lain bersama watak-watak yang diciptakan oleh penulis yang hebat ini. Saya berbangga dengan bakat yang dipunyai oleh sesetengah penulis novel. Karya mereka memang bagus. Tahniah buat Ratu Bulan yang berjaya membuatkan saya jatuh cinta kepada novel Prince Charmingnya.

Saya dah habis baca novel ni. Memang best sangat!!
                                                   

{ 0 komen... read them below or add one }