Click Here!

Terung Pipit

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 31, 2012

   Terung pipit dah mula keluarkan bunga. Hari tu pun berbunga jugak,tapi hari dimakan ulat. Adalah sebiji je yang betul2 menjadi. Terung pipit ni kalau celur jadi ulam cicah dengan sambal tempoyak. Memang best!   

    Teringat kenangan masa kecik dulu. Kalau kecik2 dulu waktu cuti sekolah mesti mak hantar balik kampung di Pahang. Tinggallah kitorang dengan aki dan wan. Kami orang pompuan main masak2, budak lelaki main perang2. Hah, terung pipit nilah jadi pelurunya. Nanti terung ni jugaklah kami kutip bawak balik buat lauk tengahari.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Kenduri lagi... Jom Rewang!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


    Lepas Zohor ni ada rewang di rumah jiran. Nampaknya kenalah turun padang, sinsing lengan merewang bersama jiran2 yang lain. Tahun lepas, tumbang 2 ekor lembu. Kali tak tahu pulak berapa, yang pasti kerja kami orang perempuan cuma kopek bawang, potong cili, blender lada dan halia. Kerja2 melapah lembu, membasuh sampailah ke memasak kerja orang lelaki. Seronok tengok gotong-royong sebegini. Bila ada keraian, masing2 hulur tangan membantu. Walaupun saya tinggal di kawasan perumahan, tapi amalan seperti ini masih diamalkan. Yang paling saya seronok,masa inilah nak dapatkan benih tumbuhan.

   Masa kenduri biasanya bila buat acar, biji lada besar dan timun dibuang saja. Jadi saya akan minta dari tuan rumah untuk menyimpannya. Mungkin boleh dikeringkan dan ditanam. Bawang juga, mana yang telah keluar sulurnya saya akan tukar dengan bawang di rumah. Bawang yang dah keluar sulurnya jika ditanam boleh dapat daunnya. Daun bawang kalau ditambah ke dalam masakan memang sedap. Kalau masukan sebagai bahan cucur tepung, cucur jadi lembut. Hubby saya memang suka cucur daun bawang!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Jagung

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, March 30, 2012

    Pertumbuhan anak pokok jagung saya amat memberangsangkan. Kesemua benih yang saya semai telahpun menjadi anak pokok. Benih jagung ni juga saya dapat dari Mak Cik Yah. Saya tak pernah tanam jagung sebelum ni. Jadi buat pertama kali saya mencuba dengan tunjuk ajar dari mak cik. Benih jagung tu mak cik suruh saya rendam dalam air 2 malam. Tujuannya untuk melembutkan benih dan memudahkan proses pertumbuhan katanya. Tapi memang cepatlah. Anak jagung saya ni tak silap baru 3 minggu lebih je. Ingat lagi saya tanam pada 6/3 hari tu. Saya tanam 2 biji dalam 1 lubang, biasanya 1 jer yang akan hidup. Tapi kesemua benih yang saya tanam bercambah. Nampaknya saya perlu alihkan agar ia dapat tumbuh sempurna. Mak cik kata, setiap pokok akan hasilkan 3 tongkol jagung. Wah! Kalau betul, saya akan dapat 21 tongkol jagung. Boleh rebus atau bakar. Panggil adik-beradik atau jiran2 datang makan. Rumah ni pun dah lama tak riuh-rendah dan buat makan2.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Sawi Hong Kong

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


  
 Yea!! Anak sawi saya sudah membesar dengan baik. Peringkat ni saya dah bukakan sungkupannya agar ia mendapat pancaran matahari sepenuhnya dan menjalankan proses fotosintesis.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

99 Hari Mengenal Allah-Ya Rahman

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Ya Rahman bermaksud yang Maha Pemurah. Mengamalkan menyebut Ya Rahman 500x sesudah solat 5 waktu akan menjadikan hati kita menjadi terang, tenang, tidak pelupa dan hilang rasa gugup dengan izin Allah S.W.T.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

99 Hari Mengenal Rahsia Nama Allah

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, March 29, 2012


   Mulai esok, selama 99 Jumaat, saya akan kongsikan manfaat bagi setiap nama2 Allah. Dalam Surah Al-A'raaf ayat 180 ada menjelaskan 'Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.' (7:180) - Holy Quran (StudyQuran for Android).Maka oleh itu, mari kita bersama-sama mengenali-Nya. :)

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Peria Katak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


Sorry ler gambar blur pulak..

Anak peria katak mula tumbuh. Harap dapat bertahan dari serangan unggas dan siput.





















   Benih peria katak saya dapat dari Mak Cik Yah belakang rumah saya. Selalu kami tukar2 benih kalau ada benih baru. Kebetulan mak cik menuai hasil tanamannya, dia bagi pada saya 3biji peria katak, cili api dan limau kasturi. Jadi peria tu saya masak 2 biji dan 1 biji lagi saya biarkan sehingga pecah sendiri untuk ambil bijinya. Bijinya saya keringkan secara air dry untuk dijadikan benih.

   Senang jer cara saya semai benihnya. Gemburkan tanah,campur dengan baja organik-tinja ayam, buatkan sedikit batas, dan cucuk jer benih anggaran 1.5cm dari permukaan batas. Tandakan kawasan dengan kayu atau apa2 saja. Tujuan menanda kawasan adalah untuk kesenangan kita mengenalpasti anak pokok yang ditanam dengan anak rumpai liar. Tak lah nanti tercabut anak pokok pula semasa merumpai.Siram dengan air. Tunggulah dalam 2 minggu... Tengok, anak peria saya dah pun mengeluarkan set pertama daunnya!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Pai Ikan

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Tengahari ni rasa nak kongsi resepi pai ikan. Resepi ni tercetus masa tengok rancangan River Cottage. Hubby kata nampak sedap dan ajak try. Tapi bahan2nya kami ubah mengikut stok dapur yang ada jer.

  Mula2 saya rebus kentang sehingga 80% empuk. Buang kulit dan potong dadu besar ibu jari. Ketepikan. Saya goreng pula 2 ekor ikan selar. Kemudian asingkan isinya dan goreng semula dengan sedikit minyak, butter, daun bawang(ambil kat kebun mini), cili api, garam dan lada hitam. Ratakan atas dulang yang dialas dengan aluminium foil. Ketepikan. Di peringkat ini kami tambahkan satu lapisan daun ulam raja. Saja bagi taste berangin/mint sikit masa makan nanti.

   Dalam periuk lain, panaskan 3/4 susu segar dengan api kecil dan masukan garam. Apabila susu mendidih masukan kentang tadi. Setelah kentang empuk sepenuhnya, tuangkan ke atas lapisan ikan dan ulam raja tadi. Ratakan dan tutup lapisan atas dengan cheese. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 30 minit api atas dan bawah. Dah masak bolehlah makan dengan sos cili.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Dia Buat Hal Dah...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, March 28, 2012

   Hari ni aku tersadai tepi stesen komuter Sg Buloh. Semua gara2 temperature kereta aku tersumbat. Air penuh tapi blh pulak berasap. Dah la jem teruk, nasib ada tmpat berhenti. Itu satu hal, satu hal lagi jenuh aku call pomen aku abg ciko. Boleh pulak time aku tengah sesak gini dia offkan phone. Mesti dok membuta lagi. Sudahnya aku call adik aku minta dia roger kawan2 dia. Naseb baek jugak la ada sorang memang mekanik kat Kota Damansara. Ni aku tengah tunggu dia datang sambil rileks2 update blog ni.Heh!


P/S~ Menyampah tul aku dok tayang muka tepi jalan ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, March 27, 2012

    Lihat...Saya letakkan sungkupan dari rumpai dan lalang kering sebagai pelindung kepada anak2 sawi saya. Ini bertujuan untuk mengelakkan anak2 sawi dehidrasi atau kehilangan cecair yang banyak dan mengakibatkan layu da lebih teruk lagi mati. Lagi pun dengan adanya sungkupan ini, air jirusan tidak akan mencederakan akar anak pokok ini. Itu saja tips penjagaan anak pokok dari saya.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Di mana Perikemanusiaan Kita

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Melihat seekor kucing yang terbaring di laluan pejalan kaki menarik hati aku untuk datang lebih dekat dan membelainya. Pandangan sesetengah orang yang lalu lalang aku endahkan. Tak salah pun memberikan sedikit kasih sayang terhadap makhluk comel itu. Sebenarnya warna bulu kucing itu sama dengan warna Adika, itulah yang menarik aku membelainya. Terlalu rindu nak membelai dan memeluk Adika.

    Aku garu2 bawah dagunya kemudian melurut bulu2nya sehingga ke ekor. Tiba2 kucing jinak tadi menjadi agresif dan menggigit tanganku. Aku sedikit jauh darinya dan memerhati punca dia berubah mood dengan tiba2. Barulah aku terperasankan ekornya yang luka. Dari keadaan lukanya aku anggar luka itu masih dalam jangka waktu seminggu memandangkan masih merah dan terdapat darah kering dengan pasir yang menyalutinya. Aduh! Siapalah yang tergamak memotong ekornya. Tergamak sungguh dan memang tak berhati perut langsung. Tunggulah balasan ko di akhirat nanti.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Buntal Terbang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, March 26, 2012

   Ini dia ikan buntal masak apa tak tau la. Adik ipar saya Nang baru balik dari Sabah. So hari ni dia siap masakkan lagi sebab saya tak tahu nak masak apa. Kata orang buntal ni beracun kalau tak tahu cara menyiangnya. Orang Sabah tahu la makan ikan ni. Mujur saya boleh merasanya dari adik ipar saya. X-bos saya dulu bayar RM1000 nak makan hidangan buntal kat Jepun. Punya la mahal!! Malam ni masak nasi je la nampaknya, lauk dah terbang dari Sabah. Harap2 masih bernafas esok pagi... Hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

My Fav... Oh, heaven!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Bila cerita pasal makanan fav memang best sangat sampai meleleh air liur. Baru2 ni keluar jalan2 dengan hubby, memang best sangat sebab jumpa 2 makanan fav aku ni. Gambar pertama tu sengkuang sos kacang. Masa jumpa tu rasa macam nak borong semua sampai hubby tanya kenapa jumpa sengkuang terus nak borong macam orang tak makan setahun. So aku bukak la cerita zaman sekolah rendah dulu2. Masa tu sengkuang ni 50sen jer regenye. Balik sekolah panas2 tu mesti beli sengkuang ni. Tiap2 hari tanpa jemu. Alkisahnya sampai mak cik yang jual tu dah kenal aku. Tak yah tanya lagi dah, terus je ambil sengkuang boh sos rata2 dan tabur kacang tumbuk. Kat aku selalunya kacang mesti lebih pasal aku regular customer dia... Haha.. Best betul masa tu. Kawan2 semua jeles kacang aku lebih.

   Haa..Gambar kedua tu pun fav aku jugak. Udang. Memang kalau mengadap udang ni, aku tak toleh kiri kanan dah. Bak kata orang, mak mertua lalu pun aku buat tak nampak je dek penangan udang. Memang fav paling atas. Paling best hubby pun faham. Kalau ada makanan berasaskan udang,mesti udang2 dia melompat masuk pinggan aku, pasal dia ni tak gemar sangat dengan udang.

   Berbalik cerita pasal gambar kedua tu ada cerita dia. Masa jalan pasar malam Jln TAR jumpa la mak cik jual bbq. Macam2 ada... Ayam, lembu, kambing, udang, sosej... Aku nampak je udang terus tanya berape rege. Mak cik tu jawab RM3 sajer... Oh my! Heaven giler rase nak beli banyak2 tengokan saiz udang yang besar gitu 3 ekor plak tu cuma 3hengget.. Tapi hubby kata try dulu, kalo best kta pusing balik beli. Aku ok jer dan sambar 1 cucuk udang, hubby 1 cucuk daging lembu. Cari port nak duduk dan start ler makan bbq tu. Sekali... puihh!! Rupenye udang tepung, bukannya udang betul. Patut ler murah bebenor. Isi pulak gebu giler tak kecut pun lepas kena panggang. Tipah tertipu la pulak... Hubby kat sebelah sengeh2 je sambil makan lembu dia. Rupanya dia dah tau awal lagi, saja nak pekena kat aku. Jahat tul la... Last2 aku bantai lembu dia pulak. Baru best dapat balas dendam. Hehehe... Tu antara cerita makanan fav aku la, korang plak ape citer?


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

DIY Racun serangan serangga dan ulat

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Tanaman rosak dengan serangan serangga memang membuatkan kita rasa sakit hati. Langkah pencegahannya dah tentulah dengan semburan racun. Tapi kalau guna racun kimia pasti ada kesan jangka panjangnya. Jadi saya sembur dengan racun serangga yang dibuat sendiri. Ianya lebih selamat digunakan tanpa was-was. Ramuan untuk membuatnya pun mudah diperolehi dan terdiri dari barangan dapur.


Ramuan untuk ulat jenis memakan daun:

500ml air

1 sudu minyak masak

1 sudu cecair pencuci pinggan

3/4 ulas bawang putih ditumbuk

3/4 biji cili padi


Ramuan ini pula untuk serangga seperti kutu bena:

500ml air

1 sudu minyak masak

1 sudu cecair pencuci pinggan

3/4 ulas bawang putih ditumbuk

1 sudu serbuk kunyit


P/S~ Pertama kali saya mencuba resepi racun serangga dari majalah LAMAN Impiana ni, memang tak sangka ianya meninggalkan hasil yang baik.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

DIY- Tenggek Burung

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, March 25, 2012

   Hari ni nak kongsi idea DIY tempat burung bertenggek sebagai ornamen taman. Idea ini datang tiba2 je masa tengah kemas laman. Raket lama yang dah tak digunakan dan bekas kecil telah pun digunakan untuk projek ini.

      Bekas kecil diikat dengan dawai atau tali kepada raket yang sudah dibuangkan talinya. Seterusnya pacakkan di tempat yang dikehendaki dan hias dengan batuan. Hiasan boleh mengikut kreativiti sendiri. Seterusnya bolehlah letakkan burung tiruan sebagai hiasan sekaligus menarik perhatian burung lain untuk singgah. Bolehlah letakkan bijirin atau air di dalam bekas tadi. Dah siap!

P/S~ Ok burung2 semua... Lepas ni boleh singgah lepak taman saya.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Hari PDRM...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 24, 2012

   Saya bersiaran langsung meng'update' blog ini dari Dataran Merdeka. Perghh... Dah macam pengacara TV3 pulak. Hihi...

   Hari ni ikutkan kehendak hubby saya yang nak sangat jalan2 kat Kl. Dah lama pun tak keluar jalan2 Kl sebenarnya. Selalu tu ada je kerja yang nak kena buat. Lagipun saya rasa hari nilah hari paling selamat sekali nak keluar jalan2 sebab mana2 pergi ada je polis. Eceh... Cakap banyak tak guna,jadi layan gambar ok.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Bazar Seni

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Pelancaran bazar seni oleh Ketua Pengarah Kebudayaan & Kesenian dan Ketua Pengarah DBKL.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Bazar Seni

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Pelancaran bazar seni oleh Ketua Pengarah Kebudayaan & Kesenian dan Ketua Pengarah DBKL.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Daun Bawang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Daun bawang yang saya pindahkan ke dalam palung bersama anak2 sawi sudah pun sedia dituai. Tak perlu beli lagi. Walaupun tak segemuk di kedai, tapi kesegarannya tak boleh disangkal. Segar dari kebun mini saya.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Para pokok kacang botor

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Baru je siapkan para untuk pokok kacang botor saya. Terima kasih buat suami saya yang turun padang menjayakan projek ini. Hope bolehlah menampung berat pokok tu nanti.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Para pokok kacang botor

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Baru je siapkan para untuk pokok kacang botor saya. Terima kasih buat suami saya yang turun padang menjayakan projek ini. Hope bolehlah menampung berat pokok tu nanti.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Bunga2 Roselle

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, March 23, 2012

   Wah... Bunga lagi banyak2 ek, esok aku buh baja kasi ko gemok. Syok nih, boleh la buat kordial bila banyak buah nanti.

   Petang ni balik kerja nak ingat nak buat para untuk pokok kacang botor. Hope sempat ler. Dah berape hari merancangnye tp ada je hal.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Have You Got Style?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Wow! Style sangat ... Rekaan botol minuman kegemaran aku ni memang style habis. Bukan luaran je yang menarik, tapi rasanya pun memang menarik. Biasanya aku beli nescafe dalam tin, tp hari ni cuba pulak nescafe dalam botol yang style ni. Ni pun budak shell tu yang rekomen. Mungkin dia dah perasan aku ni pelanggan tetap mart dia yang suka nescafe la kut.

   Harga sebotol nescafe ni RM2.50 berbanding setin RM2.20. Beza harga dalam 30sen je, tapi beza rasanya ketara lebih sedap, lebih pekat, lebih berkrim dan lebih cepat habis! Oh.. Rasa tak cukup sebotol. Ni aku baru rasa Latte, perisa lain aku tak jumpe pulak.

   Mungkin korang rasa aku ni dah macam duta nescafe sedang mempromot pulak kan? Tapi serius memang best, sebab tu aku kata best! Nestle tak de bayar sesen pun kat aku. Tiap2 hari aku keluar duit sendiri untuk menikmatinya. So hari ni aku dah rasa aku memang style dan tak mo tukar lagi dah kecuali aku tak de sen la. Nak harapkan orang, tak adenye budak shell tu nak belanja aku...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Driver Terjun

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, March 21, 2012

   Petang tadi dekat2 waktu nak balik rumah, jiran call mintak tolong hantarkan ke spital bersalin. Oh, aku plak yang nerbes bila time2 camtu. Sampai je kat rumah, park keta dan terus ke rumah kak tu. Dia pun dah siap2 semua brg dalam kereta. Siap bukak pintu dan start enjin lagi.

   Aku masuk kereta,bismillah dan terus pandu setenang mungkin. Naseb baek ada adik kak tu layan borak,tak la nerbes sangat. Akhirnya selamat sampai jugak ke Hospital Umra,Shah Alam. Dari jam 6.30 petang duk tunggu punya tunggu, jam 7.45 mlm baru bersalin. Alhamdulillah selamat bersalin normal anak lelaki. Comelnye... Geram aku tengok anak akak tu. Masa taip ni aku masih lagi kat wad menunggu sedara mara dia datang. Takut jugak tinggal macam tu jer, adik dia bukan tau area ni. Lepas ni la baru balik rumah. Lapor nih!!


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Aku Insaf ...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Jalan jem tapi tak ler teruk sangat, cuma sesak dari biasa. Aku anggarkan mungkin sebab banyak lori tanah yang keluar masuk simpang. Tapi bila sampai betul2 depan traffic light baru aku perasan ada kemalangan. Aku anggarkan mangsa adalah dari kaum india dan sudah pun meninggal dunia berdasarkan warna kulit pada kakinya yang terkeluar dari tutupan plastik putih.

   Aku tak perasan pula mangsa yang bermotorsikal tu berlanggar dengan kenderaan jenis apa, tp bila terpandangkan cermin yang bertabur atas jalan pastilah mangsa bertembung dengan kereta. Yalah, takkan dengan lori pulak. Lorikan tinggi. Kalau nk kata dengan motosikal pulak tak logik juga, tak mungkin sebab kaca yang bertabur adalah kaca depan kereta. Tak tahu salah siapa tapi memang ngeri bila ternampak serpihan kaca dan juga isi perut bertabur atas jalan. Mula2 memang rasa nk snap gambar,tapi aku takut pulak kena badi atau ada benda ikut. Maklumlah, gambar2 kemalangan camtu kan. Nak pulak si mangsa mati di situ juga. Hish, tak mau aku cari penyakit. Dari tadi aku dok gigil dan terasa insaf jap. Tak mo bawak kete laju2 lagi. Tapi tulah, aku pantang je kalau orang masuk depan aku dan bawak slow. Pulak tu kat fast link. Nak2 pulak bila aku dah lambat dan nak kejar masa. Hish... Geram jer!!

    Aku harap sapa2 yang bawak motor tu hati2 lah ye. Malang tak berbau... Jangan suka2 cilok sana,cilok sini. Sekali dua terlepas tak bermakna selamat selamanya.


P/S ~ Gambar xde. Aku takut nak snap. Nipun gigil xkurang lagi. Apapun tak bleh masuk perut aku pagi ni gara2 tertengok isi perut mangsa tadi. Huh!


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Nescafe oh nescafe...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, March 20, 2012

   On the way ke office siang tadi seperti biasalah, aku mesti singgah shell beli minuman fav aku, Nescafe. Pagi2 tak dapat nescafe mesti rasa macam tak kena je. Lagipun aku memang suka minum nescafe sambil2 layan jem. Kadang-kadang sengaja aku buat mimik muka over sket ala2 hos Jalan2 Cari Makan yang baru tu bila pemandu kereta sebelah tengok2. Konon2 best sangat ler dapat teguk nescafe ais masa tengah jem. Tapi memang best pun! Itu memang tak dapat dinafikan.

   Seperti biasa aku cuma akan beli dan minum tak lebih dari 1 tin tiap2 pagi. Tapi kali ni aku terpengaruh dengan keramahan pekerja shell tu yang memujuk aku untuk membeli 2 tin nescafe+1 kit kat lagi dengan harga rm5.90 sahaja dan dapat percuma 1 anti slip pad. Katanya ni sempena ulangtahun ke-100 Nestle. Aku rembat jelah memandangkan aku dah banyak buang masa mendengar celoteh pekerja shell tu. Sudahnya dalam mengejar masa tadi aku terlupa nak minum nescafe sampailah ke office dan aku lambat 20 minit. Jadi hari ni aku dengan murah hatinya telah membelanja adik bos aku setin nescafe untuk dia tutup mulut.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Rindu mak abah...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

    Di pejabat hari ni tetiba teringat pada mak. Lama tak balik kampung. Apa khabar la mak ngan abah kat sana. Bila terkenang kampung ni mula la rasa nak menitik airmata. Hai la naseb... Waktu ada duit, masa pulak tak de. Masa free, duit pulak da habis.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading

Laptop Baru

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, March 19, 2012

   Yeahaa!! Akhirnya kami menjadi pengguna Asus setelah 6 tahun menjadi pengguna Acer. Laptop lama tu memang dah banyak sangat berjasa. Memang patut diganti baru. Lagipun keadaannya sudah terlalu uzur. Motherboard dah berbunyi dan screen pun dah terkopak. Kalau nk repair pun kosnya lebih kurang dengan harga sebiji lappy baru. Kali ni kami pilih Asus memandangkan Asus berada di ranking pertama di antara jenama2 lain. Lagi pun lappy baru ni ada "Ice Cool".


Published with Blogger-droid v2.0.4
Continue Reading