Click Here!

Album pra-kahwin

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 17, 2012

Minggu lepas memang agak sibuk.. Saya berusaha untuk menyiapkan album pra-kahwin adik lelaki saya. Lucu juga mengenangkan semasa penggambaran tu. Dah la main redah je, nasib baik pak guard kat situ tak marah. Masa kami singgah,tiada langsung ternampak kelibat pak guard tu. Rupanya dia ke kedai membeli makan tengaharinya. Mujur dia memahami dan membenarkan penggambaran dilakukan. Lokasi show house tu memang sedikit tersorok,namun banglo tersebut memang cantik dan mempunyai lanskap taman yang menarik. Apa-apa pun saya telah rakamkan gambar2 tersebut dalam evernote saya..Pre Wed album utk Tih&Nang sudah separuh siap


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }