Click Here!

DIY Enzim yang mempercepatkan pembungaan

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 17, 2012

  Hari ini saya nak kongsikan satu tips untuk mempercepatkan pembungaan pokok. Enzim ini sesuai untuk pokok bunga mahupun pokok yang berbuah. Saya mendapat tips ini dari seorang sepupu.


   Senang je nak buat enzim ni. Cuma perlukan lebihan nasi yang tak habis dimakan. Peramkan lebihan nasi tersebut beberapa hari sehingga mengeluarkan air tapai. Bau yang keluar agak busuk jadi haruslah disimpan di dalam bekas bertutup. Setelah beberapa hari ke seminggu, nasi tersebut bolehlah ditanamkan di pangkal pokok. Tutup dengan tanah agar tiada lalat yang datang. Selepas ni bolehlah cuba. Setakat ini cara tersebut tidak menghampakan saya.


P/S: Lebih bagus jika nasi sudah menjadi tapai dan berulat. Ini kerana ulat penting bagi proses penguraian yang akan menghasilkan enzim tersebut.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }