Click Here!

Kenduri lagi... Jom Rewang!

Ditulis oleh Aida Awie on Saturday, March 31, 2012


    Lepas Zohor ni ada rewang di rumah jiran. Nampaknya kenalah turun padang, sinsing lengan merewang bersama jiran2 yang lain. Tahun lepas, tumbang 2 ekor lembu. Kali tak tahu pulak berapa, yang pasti kerja kami orang perempuan cuma kopek bawang, potong cili, blender lada dan halia. Kerja2 melapah lembu, membasuh sampailah ke memasak kerja orang lelaki. Seronok tengok gotong-royong sebegini. Bila ada keraian, masing2 hulur tangan membantu. Walaupun saya tinggal di kawasan perumahan, tapi amalan seperti ini masih diamalkan. Yang paling saya seronok,masa inilah nak dapatkan benih tumbuhan.

   Masa kenduri biasanya bila buat acar, biji lada besar dan timun dibuang saja. Jadi saya akan minta dari tuan rumah untuk menyimpannya. Mungkin boleh dikeringkan dan ditanam. Bawang juga, mana yang telah keluar sulurnya saya akan tukar dengan bawang di rumah. Bawang yang dah keluar sulurnya jika ditanam boleh dapat daunnya. Daun bawang kalau ditambah ke dalam masakan memang sedap. Kalau masukan sebagai bahan cucur tepung, cucur jadi lembut. Hubby saya memang suka cucur daun bawang!

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }