Petang semalam sedang duduk2 sambil minum petang, terfikir nak pindahkan anak2 sawi hong kong dan pokok bawang. Lagipun memang ada bekas palong yang masih tak digunakan.
Memindahkan anak pokok nampak mudah tapi kalau tak kena caranya boleh mati. Kata orang, akar anak pokok sangat sensitif. Saya pindahkan anak2 sawi ke dalam palong agar ia mempunyai lebih ruang utk membesar dan pertumbuhannya tidak terencat. Harap2 anak2 sawi tu terus tumbuh membesar dengan jayanya. Selepas ini bolehlah saya makan sawi tiap2 hari. :-)
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 hours ago
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment