On the way ke office siang tadi seperti biasalah, aku mesti singgah shell beli minuman fav aku, Nescafe. Pagi2 tak dapat nescafe mesti rasa macam tak kena je. Lagipun aku memang suka minum nescafe sambil2 layan jem. Kadang-kadang sengaja aku buat mimik muka over sket ala2 hos Jalan2 Cari Makan yang baru tu bila pemandu kereta sebelah tengok2. Konon2 best sangat ler dapat teguk nescafe ais masa tengah jem. Tapi memang best pun! Itu memang tak dapat dinafikan.
Seperti biasa aku cuma akan beli dan minum tak lebih dari 1 tin tiap2 pagi. Tapi kali ni aku terpengaruh dengan keramahan pekerja shell tu yang memujuk aku untuk membeli 2 tin nescafe+1 kit kat lagi dengan harga rm5.90 sahaja dan dapat percuma 1 anti slip pad. Katanya ni sempena ulangtahun ke-100 Nestle. Aku rembat jelah memandangkan aku dah banyak buang masa mendengar celoteh pekerja shell tu. Sudahnya dalam mengejar masa tadi aku terlupa nak minum nescafe sampailah ke office dan aku lambat 20 minit. Jadi hari ni aku dengan murah hatinya telah membelanja adik bos aku setin nescafe untuk dia tutup mulut.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 hours ago
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment