Click Here!

Aku Insaf ...

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, March 21, 2012

    Jalan jem tapi tak ler teruk sangat, cuma sesak dari biasa. Aku anggarkan mungkin sebab banyak lori tanah yang keluar masuk simpang. Tapi bila sampai betul2 depan traffic light baru aku perasan ada kemalangan. Aku anggarkan mangsa adalah dari kaum india dan sudah pun meninggal dunia berdasarkan warna kulit pada kakinya yang terkeluar dari tutupan plastik putih.

   Aku tak perasan pula mangsa yang bermotorsikal tu berlanggar dengan kenderaan jenis apa, tp bila terpandangkan cermin yang bertabur atas jalan pastilah mangsa bertembung dengan kereta. Yalah, takkan dengan lori pulak. Lorikan tinggi. Kalau nk kata dengan motosikal pulak tak logik juga, tak mungkin sebab kaca yang bertabur adalah kaca depan kereta. Tak tahu salah siapa tapi memang ngeri bila ternampak serpihan kaca dan juga isi perut bertabur atas jalan. Mula2 memang rasa nk snap gambar,tapi aku takut pulak kena badi atau ada benda ikut. Maklumlah, gambar2 kemalangan camtu kan. Nak pulak si mangsa mati di situ juga. Hish, tak mau aku cari penyakit. Dari tadi aku dok gigil dan terasa insaf jap. Tak mo bawak kete laju2 lagi. Tapi tulah, aku pantang je kalau orang masuk depan aku dan bawak slow. Pulak tu kat fast link. Nak2 pulak bila aku dah lambat dan nak kejar masa. Hish... Geram jer!!

    Aku harap sapa2 yang bawak motor tu hati2 lah ye. Malang tak berbau... Jangan suka2 cilok sana,cilok sini. Sekali dua terlepas tak bermakna selamat selamanya.


P/S ~ Gambar xde. Aku takut nak snap. Nipun gigil xkurang lagi. Apapun tak bleh masuk perut aku pagi ni gara2 tertengok isi perut mangsa tadi. Huh!


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }