Click Here!

Pai Ikan

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, March 29, 2012

   Tengahari ni rasa nak kongsi resepi pai ikan. Resepi ni tercetus masa tengok rancangan River Cottage. Hubby kata nampak sedap dan ajak try. Tapi bahan2nya kami ubah mengikut stok dapur yang ada jer.

  Mula2 saya rebus kentang sehingga 80% empuk. Buang kulit dan potong dadu besar ibu jari. Ketepikan. Saya goreng pula 2 ekor ikan selar. Kemudian asingkan isinya dan goreng semula dengan sedikit minyak, butter, daun bawang(ambil kat kebun mini), cili api, garam dan lada hitam. Ratakan atas dulang yang dialas dengan aluminium foil. Ketepikan. Di peringkat ini kami tambahkan satu lapisan daun ulam raja. Saja bagi taste berangin/mint sikit masa makan nanti.

   Dalam periuk lain, panaskan 3/4 susu segar dengan api kecil dan masukan garam. Apabila susu mendidih masukan kentang tadi. Setelah kentang empuk sepenuhnya, tuangkan ke atas lapisan ikan dan ulam raja tadi. Ratakan dan tutup lapisan atas dengan cheese. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 30 minit api atas dan bawah. Dah masak bolehlah makan dengan sos cili.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }