Wow! Style sangat ... Rekaan botol minuman kegemaran aku ni memang style habis. Bukan luaran je yang menarik, tapi rasanya pun memang menarik. Biasanya aku beli nescafe dalam tin, tp hari ni cuba pulak nescafe dalam botol yang style ni. Ni pun budak shell tu yang rekomen. Mungkin dia dah perasan aku ni pelanggan tetap mart dia yang suka nescafe la kut.
Harga sebotol nescafe ni RM2.50 berbanding setin RM2.20. Beza harga dalam 30sen je, tapi beza rasanya ketara lebih sedap, lebih pekat, lebih berkrim dan lebih cepat habis! Oh.. Rasa tak cukup sebotol. Ni aku baru rasa Latte, perisa lain aku tak jumpe pulak.
Mungkin korang rasa aku ni dah macam duta nescafe sedang mempromot pulak kan? Tapi serius memang best, sebab tu aku kata best! Nestle tak de bayar sesen pun kat aku. Tiap2 hari aku keluar duit sendiri untuk menikmatinya. So hari ni aku dah rasa aku memang style dan tak mo tukar lagi dah kecuali aku tak de sen la. Nak harapkan orang, tak adenye budak shell tu nak belanja aku...
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 hours ago
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment