Click Here!

DIY Racun serangan serangga dan ulat

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, March 26, 2012

   Tanaman rosak dengan serangan serangga memang membuatkan kita rasa sakit hati. Langkah pencegahannya dah tentulah dengan semburan racun. Tapi kalau guna racun kimia pasti ada kesan jangka panjangnya. Jadi saya sembur dengan racun serangga yang dibuat sendiri. Ianya lebih selamat digunakan tanpa was-was. Ramuan untuk membuatnya pun mudah diperolehi dan terdiri dari barangan dapur.


Ramuan untuk ulat jenis memakan daun:

500ml air

1 sudu minyak masak

1 sudu cecair pencuci pinggan

3/4 ulas bawang putih ditumbuk

3/4 biji cili padi


Ramuan ini pula untuk serangga seperti kutu bena:

500ml air

1 sudu minyak masak

1 sudu cecair pencuci pinggan

3/4 ulas bawang putih ditumbuk

1 sudu serbuk kunyit


P/S~ Pertama kali saya mencuba resepi racun serangga dari majalah LAMAN Impiana ni, memang tak sangka ianya meninggalkan hasil yang baik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }