Click Here!

Jagung

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, March 30, 2012

    Pertumbuhan anak pokok jagung saya amat memberangsangkan. Kesemua benih yang saya semai telahpun menjadi anak pokok. Benih jagung ni juga saya dapat dari Mak Cik Yah. Saya tak pernah tanam jagung sebelum ni. Jadi buat pertama kali saya mencuba dengan tunjuk ajar dari mak cik. Benih jagung tu mak cik suruh saya rendam dalam air 2 malam. Tujuannya untuk melembutkan benih dan memudahkan proses pertumbuhan katanya. Tapi memang cepatlah. Anak jagung saya ni tak silap baru 3 minggu lebih je. Ingat lagi saya tanam pada 6/3 hari tu. Saya tanam 2 biji dalam 1 lubang, biasanya 1 jer yang akan hidup. Tapi kesemua benih yang saya tanam bercambah. Nampaknya saya perlu alihkan agar ia dapat tumbuh sempurna. Mak cik kata, setiap pokok akan hasilkan 3 tongkol jagung. Wah! Kalau betul, saya akan dapat 21 tongkol jagung. Boleh rebus atau bakar. Panggil adik-beradik atau jiran2 datang makan. Rumah ni pun dah lama tak riuh-rendah dan buat makan2.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }