Click Here!

Projek Ceriakan Dinding Dapur

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, September 30, 2013

       Pagi semalam tetiba terfikir nak makeover sikit dinding dapur. Bosan pula bila polos jer dinding tu. Mula2 nak catkan dengan warna merah, tapi nak cat pasti banyak kerjanya.  Mesti kena alihkan dulu barang2 dapur dan alas dengan plastik agar tak comot terkena cat.
Terfikirkan idea pantas dan mudah untuk makeover adalah pasangkan saja wall paper. Kebetulan wall paper sticker ada lagi 2 gulung yang lebih. So, tanya mood hubby dulu. Hubby kata ok, terus ambil tangga dan tool box. Lagipun student saya lewat sikit sampai, sempat sangat pasang wall paper tu sebelum dia sampai.

Sejam kemudian siap la projek keceriaan dapur kami....




Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Oh... Roti Pertamaku!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, September 25, 2013

    Hah! Ni dia roti saya yang pertama. Malam tadi entah macam mana boleh terlebih rajin. Tetiba nak buat roti pulak. Sayang pulak dengan lebihan mauripan kalau dibuang begitu jer. Mauripan tu saya beli untuk buat jus tomato+mauripan sebagai ubat pankreas. Ada la lebih, so tetiba jer rasa nak buat roti, Padahal tak pernah2 belajar buat roti. Resepi roti pun google tang2 tu juga. Lihat hasilnya....

Roti pertama yang nampak macam jadi, tapi isinya tak menjadi.

          Nampak macam ok jer kan? Malangnya bila makan macam ada yang tak kena. Bukan pada rasanya, tapi rupanya doh tu tak naik lagi. Adeh...  Hubby makan pun macam terpaksa. Nanti kang kalau tak makan takut saya merajuk. Haha!

      Semalam masa menguli saya bahagikan pada 5 bahagian doh. Bakar 3 bahagian jer. Semuanya berintikan ayam black pepper dengan cendawan kering. 2 doh lagi saya tak jadi bakar sebab fikirkan tak jadi. So biar je sampai ke pagi ni, tengok2 doh tu dah mengembang 2 kali ganda dari saiz asal.    

      Uik... Macam ni teruja balik nak membakar pagi ni. Mana tau semalam tu sebab doh tak cukup kembang ker... kan? So, hasilnya selepas dibakar 30 minit.....

roti
Roti dari doh yang sama, tapi dibakar selepas semalaman. 

       Kali ni buh kaya jer dalam roti tu sebab nak cepat. Bila dibakar, kaya meleleh keluar. Mungkin ada bocor la kut. Hiks2 !! Isi roti nampak gebu sikit dari semalam. Ada juga la lubang2 udara dari roti semalam yang padat macam cekodok. Tapi kulit roti masih keras, tak lembut macam roti beli tu..

Ada sapa nak kongsi pengalaman atau tips buat roti tak?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Bila Si Kaduk Dah Naik Junjung

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, September 24, 2013

    Asalnya tanah kami ni masa mula2 beli penuh dengan lalang setinggi dada. Jenuh juga memikir tindakan awal apa nak buat bila dah dapat tanah sekangkang kera ni. Tapi selepas panggil orang mesin rumput, ayah mertua saya tolong meracun pula. Alhamdulillah... Akhirnya terang juga. Hubby pun melaburlah beli rumput karpet jenis filipin dan tanam secara berperingkat. Namun lain jadinya bila kurang penyelenggaraan. Rumput kami dinaiki rumput2 liar berdaun bulat.



      Bila lama tak merumpai, rumput liar tu naik dan lebih subur dari rumput filipin. Saya dah bising2 minta hubby mesin rumput tapi hubby pulak macam suka je dengan rumput liar tu. Labu pun suka sangat golek2 sebab rumput tu tak tajam dan gatal macam rumput filipin. So akhirnya penuh laman dengan rumput liar tu. Cantik tu cantiklah juga, tapi rugi jer duit beli rumput karpet hari tu.



    Rumput liar ni senang je menjaganya, asalkan tiada pokok tinggi darinya, ia akan kekal sama rata. Tapi jika ada rumput atau lalang, ia akan panjang dan kurang daun untuk menyaingi lalang tersebut. So, hubby suruh trim semua lalang biar ia kekal sama rata atas tanah. Nampaknya mungkin peribahasa baru akan berbunyi " Kaduk Naik Junjung, Sireh Jua Beralah Ke Bawah ". Boleh?  Haha.. Suka suki jer nak tukar2 peribahasa lama.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Penyeri Taman

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, September 23, 2013




       Dah kembang mekar si penyeri taman kami. Cantiknya tak dapat dinafikan. Eh... Abaikan latar belakang yang tak terurus tu. Belum ada masa yang cukup nak mengerjakan segala semak samun dan rumput liar. 

   Hati ni diakui memang sangat lemah pada godaan. Mudah sangat nak terjebak. Sekarang dah beria-ia pulak dengan bunga mawar. Apa kes?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Pokok Labu Sihat Dinaungi Ulam Raja

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, September 22, 2013

        Semalam sehingga ke lewat petang kami mengemas kawasan rumah. Stor belakang terutamanya. Asalnya cuma aktiviti menebuk dinding dapur untuk dibuat saluran keluar paip dari sinki, tapi alang2 dah selongkar baiklah terus dikemaskan. Buang mana yang tak patut disimpan lagi. Lepas kemas dan susun semula barang2 stor, hubby dengan semangatnya menebas pokok ulam raja yang merimbun hampir memakan keseluruhan kawasan. Merata2 tumbuh subur sampai ke luar pagar. Hubby tebas semua cuma tinggalkan sikit untuk makan sendiri jer. Pagi ni sambung la kemas apa yang patut, mana2 yang tak beres. So masa tengah menghimpun batang2 ulam raja yang ditebas tu ternampaklah pokok labu terselit di antara celahan pokok ulam raja. Dah berputik dan berbunga pun. Selama ni tak perasan langsung adanya pokok labu kat situ. Wah! Kalau menjadi buah boleh la merasa.



        Tengok tu, tak nampak pun ada serangga perosak padanya. Nampaknya pokok ulam raja dah menjadi pelindung kepada pokok labu selama ni. Saya pernah terbaca tentang buddy dalam blog tanamsendiri.com. Mungkin ini la yang dimaksudkan oleh admin blog tu.  

*Teruja nak tengok buah labu...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Pasu Berbungakan Rumput Dek Kesibukan Teramat... Kononnya!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, September 21, 2013

        Hari2 minggu macam ni macam biasa la, apa lagi aktiviti utama kalau bukan mengemas. Hari ni mengemas ruang kat balkoni depan. Bersepah dan tak terurus macam rumah tinggal je. Pasu2 dah penuh dengan rumput. Batu2 hiasan bersepah2 tak terurus. Agaknya apalah tanggapan jiran2 yang datang bertandang raya baru ni. Mungkin ada yang kata "Pasti sibuk sangat laki bini ni, sampai pasu berbungakan rumput" Haha.. Nak buat cam ne kalau tiap minggu ada je halnya. Sibuk mengalahkan calon pilihanraya. ^_^


        Bila dah kemas nampaklah elok sikit. Hai.. Hari minggu beginilah baru dapat urus segala bagai. Itupun kalau tak ke mana2. Ok, nak masak pulak. Nanti ribut pulak kalau hubby balik makanan tak siap lagi. Hihi...

        Oh ya, nak tengok di mana bekas tanaman dari botol jus yang saya buat semalam?


 ♡

 ♥

 ♡

 ♥

 ♡




      Saya letakan pasu mini dengan pakis di dalamnya dan sangkutkan di gril balkoni. Ok jugak dari gril tu kosong je. Kan?
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Kitar Semula Botol Jus Jadi Bekas Tanaman

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, September 20, 2013

Memandangkan situasi poket kebanyakan isirumah agak gawat kesan kenaikan 20sen harga minyak hari tu, maka secara tak langsungnya kita kena fikir sejuta kali kalau nak membeli barangan dapur. Bukanlah tak perlu beli langsung, tapi mana yang boleh jimat tu memang seharusnya kita jimat. So boleh sama2 kita praktikan edible garden di rumah. Rasanya memang patut sangat dah kalau setiap rumah ada sekurang2nya sejenis tanaman. So boleh tukar2 dengan jiran supaya dapat melengkapkan bahan resepi selain dapat jimat duit belanja dapur. Macam di kawasan kami tak susah mana, rasa nak serai mintak je kat orang depan, nak makan betik mintak kat mak cik belakang rumah, nak daun kari boleh mintak pada akak tepi rumah, kalau diorang nak makan pegaga atau ulam raja boleh datang petik sendiri kat rumah kami. Begitulah kami hidup setaman. Tapi kadang2 memang segan jugak nak minta. Nak pulak bila jiran ada tetamu bertandang, kita pulak masa tu sibuk nak daun limau purut dan serai buat masak tom yam. Jadinya baik tanam sendiri jugak lah... Bagi yang bertanah boleh la bertanam, bagi yang tak bertanah bagaimana pula? Haa... Kita kena buat cara tak bertanah la. Mana yang boleh tanam dalam botol tanam la dalam botol. Mana yang ada ruang luas tu, boleh beli pasu tanam dalam pasu. Asalkan bila nak makan ada je kat situ. Tinggal petik jer. Kalau beli serai kat kedai, 3 batang dah 60 sen. Tapi sebatang je yang cantik gemuk. Lagi dua batang boleh sedekah kat tong sampah je sebab rupanya dah kering. Tak de pilihan, nak tak nak memang 60 sen la jadinya harga sebatang serai tu. Hari ni memandangkan office blackout dari pagi sampai 1.30ptg, sempat la buat kitar semula bekas jus ni untuk jadikan bekas menanam. Balik ni ingat nak semaikan batang daun kesum atau pudina. Biar sedap sikit kalau bebila nak makan laksa nanti. Eceh!

Ni cara yang saya buat untuk hasilkan bekas tanaman. Potong sikit bahagian atas botol untuk penanaman. Simpan bahagian pemegangnya agar mudah dijadikan pengangkut di pagar. Tebuk lubang kecil di bahagian bawah untuk tujuan pengaliran lebihan air siraman . Bagi bekas ni, saya tebuk hanya satu lubang je sebab pudina dan kesum perlu air yang banyak. Jadi tanah akan kekal lembap sekiranya terlupa menyiramnya sekali sekala. Kemudian balut bahagian bawah botol kecuali lubang dengan tape hitam. Ini bertujuan agar akar pokok tidak terdedah kepada matahari secara langsung. Kebanyakan akar tumbuhan akan rosak jika terdedah kepada matahari. Senang je kan? Jom praktik edible garden mulai sekarang.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Mawar Terpinggir

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Mawar merah jambu ni pemberian jiran selang dua rumah dari rumah kami. Masa tu mula2 kami pindah masuk ke taman ni. Kalau diikutkan memang tak berminat langsung dengan bunga mawar. Entah la kenapa, mungkin sebab dah terdengar2 dari orang yang mawar ni bunga manja. Kami ni bukannya banyak masa dan rajin sangat, sebab tu di taman kami kebanyakannya pokok2 daun hijau je. Tapi bila bunga mawar ni dah berbunga beberapa kali, berseri pulak rasa taman.

Mawar ni asalnya terbiar je di bawah naungan calathea, tapi bila baca info dari beberapa blog baru tahu mawar perlukan sekurang2nya 6 jam matahari. Semalam juga pindahkan ke tempat lain. Biar terkena cahaya matahari dan ianya dapat berbunga lagi.

Seronok pula tengok bunganya yang nak mula berkembang. Comel je kelopaknya. Nampaknya kena beli baja khas untuk bunga mawar la supaya ia selalu berbunga. Dah tiga tahun, baru hari ni betul2 nak hargai pemberian orang. Teruknya saya jadi jiran, kan? Hihi... Kalau korang ade tips berkenaan penanaman bunga mawar, jangan lupa kongsikan ye. Terima kasih didahulukan. (^_^)
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Chalkboard Wall Inspirasi Dari Pinterest

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, September 19, 2013

      
home decor
Credit from pinterest.com
    Selalunya kalau nak cari idea, memang saya banyak rujuk dari pinterest.com. Tengok dinding kosong kat ruang atas tu rasa macam nak buat sesuatu. Biar ada manfaatnya. Macam2 idea nak buat. Nak gantung koleksi topi hubby la, nak buat rak buku2 novel saya la, nak gantung kanvas dengan lukisan sendiri la... Tapi semuanya macam tak berapa menarik. Idea lama. So belek2 kat pinterest ni terjumpa idea chalkboard wall ni. Ok jugak kan? Atleast boleh padam kalau dah bosan. Tunjuk kat hubby, tak sangka pula hubby setuju.

     So bila hubby dah proceed, saya terus beli cat khas dan kelengkapan mengecat. Kami pilih warna hitam dari hijau tua. Ada juga pilihan lain seperti kelabu dan kelabu gelap. Tapi rasanya hitam lebih menepati citarasa kami. Lepas ni boleh tulis note untuk hubby kat dinding tu. Perancangan aktiviti bulanan pun boleh catatkan di situ. Tak de la terlupa je lepas ni.

* Rasanya kalau korang ada anak2 yang suka conteng dinding tu, boleh jugak sediakan ruang khas untuk diorang ekspresikan seni dalam diri diorang. Mana tahu, besar nanti jadi pelukis tersohor ke...

home decor idea
Yang ni kami punya wall. Ok tak?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

DIY Kalungan Bunga Depan Pintu

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, September 14, 2013

      Hari ni nak kongsikan hasil DIY yang saya buat semalam. Dari bingkai lama yang masih elok saya gubahkan bersama bunga agar dapat dimanfaatkan pula sebagai sesuatu yang dapat dijadikan sebahagian dari hiasan rumah. Ianya murah serta senang didapati. Ok, bingkai dari Ikea ni adalah hiasan dalaman di rumah lama. Saya jumpa semula ketika mengemas stor. Masih elok lagi dan boleh digunakan. Jadi saya bersihkan dan hiaskan dengan washi tape.




       Dah siap nombor rumah yang dibingkaikan. Simple sangat pulak,kan? So saya tambahkan dengan bunga hiasan supaya dapat menyuntik sedikit elemen harmoni dan lembut. Hasilnya....

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Kaki Lilin dari Botol Terbuang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, September 8, 2013


        Hari ni macam biasa, kemas rumah dan mencuba idea DIY yang dikumpul dari pinterest. Macam2 nak buat dan macam2 nak dicuba. Memandangkan hari ni tak de kelas kasut, so ada la lebih masa untuk saya mengemas rumah. Banyak la botol2 bekas kicap, sos, sunquick dan sparkling yang memang diasingkan dari sampah biasa. Cadangnya nak jualkan je nanti, tapi hubby kata cantik kalau boleh buat sesuatu. Teringatlah entri lepas tentang botol terbuang. So hari ni cuba DIY kaki lilin.


Cantik??

Update (21/09/2013)

                                                 

Tukar sikit centerpiece meja. Botol tu pun tambahkan tali jut sebagai hiasan.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading