Click Here!

Sayangi dan cintailah suami anda..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, November 30, 2010

Gambar: http://www.hmetro.com.my/articles/Sujuddakapjenazahsuami/Article
   Sedihnya baca paper Metro hari ni. Yelah mana tak sedihnyer, berita muka depan tentang seorang suami yang maut ditimpa tunggul pokok mati di KL semalam selepas menghantar isterinya ke tempat kerja. Saya simpati sangat dengan nasib isterinya. Kalau saya diduga Allah sebegitu, entah bagaimana agaknya nanti. Kuat ke saya nak menerimanya? Saya rasa saya tak sekuat itu. Dah jadi rutin, suami hantar pergi kerja hari-hari...tiba-tiba, suami meninggal dan kita kena teruskan hidup sendirian. Harap dijauhkanlah hendaknya...

   Bila baca berita sebegini, buat saya teringat pada suami saya. Saya pergi kerja naik kereta, dia pergi kerja naik motor. Betapa bahaya dan risiko yang harus ditanggung demi tanggungjawabnya sebagai suami. Saya berdoa Allah melindungi suami saya setiap masa. Saya takut kehilangan dirinya.
Continue Reading

Banyak rupanya khasiat inai...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

  Hujung tahun pastilah sibuk sana sini orang nak kawenkan? Sedara mara, jiran tetangga pun dapat jemputan sampai adakalanya bertindih-tindih..Ibaratnya, kalau hujung minggu di musim kenduri kendara ni tak payah susah-susah la nak masak tengahari.. Penuhi jer jemputan kawen tuh, kompom kenyang sampai malam... ~ Opss..tapi kalau orang tak jemput tu jangan memandai plak nak pergi makan kenduri ek..

   Masa musim kenduri ni la kita banyak tengok orang berinai. Sila baca khasiat-khasiat inai ni agar boleh dimanfaatkan, bukan saja semata-mata untuk pengantin berinai.
Antara Khasiat Inai
1.Daun inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya, daun-daun ini dibersihkan dan ditumbuk, kemudiannya disapukan pada tempat yang sakit.

2.Air daun inai pula boleh menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan merebus daun inai yang telah dibersihkan. Ambil airnya dan minum.

3.Serbuk daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul, penyakit-penyakit kulit dan sengal-sengal tulang.

4.Orang India percaya air daun inai adalah baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya bahawa berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak. Mereka juga menggunakan daun-daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala.
5.Orang-orang zaman dahulu pula menggunakan inai untuk mewarnakan rambut atau bahan tekstil.
Continue Reading

Wow!! Celcom ada promo terbarulah..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


BlackBerry Bold 9780
 Haa..pagi-pagi bukak email ada notification dari Churp Churp.. Ni haa...ada promo terbaru dari Celcom..Leh check info kat sini ek..
Klik jer link nih..
Wow!! Celcom ada promo terbaru...Lets check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!
Continue Reading

Harap Sabar

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Salam pagi semua..Semalam saya busy sangat kat opis sampai tak sempat nak post apa-apa pun cerita tentang MAHA. Ok, saya janji akan post dalam dua tiga hari lagi ye... Harap kamu semua dapat bersabar menanti gambar-gambar dari MAHA. Buat masa ini saya tak dapat nak upload kerana cabel Nokia saya sedang menyorokkan dirinya. Nanti kalau saya dah jumpa, saya upload yer..
Continue Reading

Jom jalan-jalan...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, November 27, 2010

   Yeahh.. Akhirnya hari yang saya tunggu-tunggu dah sampai. Sekarang tengah bersiap-siap nak gerak ke Serdang untuk join expo MAHA..Ok, check dulu..
  1. Kipas
  2. Bocong air
  3. List pokok nak dibeli
  4. Spek mate
  5. Topi dan tuala kecik
  6. Suami saye.. hehe..kalau la tertinggal yang ni, abis lah..mane nak cekau duit buat bayar anak pokok nanti..hehehe..
  Ok, sume dah ada..
  Jalanlah...
  Balik nanti kite sambung bloggging lagi.
Continue Reading

Sulaman Reben

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, November 26, 2010

   Boringnyer hari ni..Kerja da habis, tak tau nak buat ape dah. Nak balik, ade setengah jam lagi sebelum pukul 5. Hish...korek-korek ler gambar lame dalam pc ni sambil-sambil main spider solitare. Maka dah korek-korek tu, terjumpe la gambar hasil tangan saya ni...


Sulaman reben hasil tangan saya...
 
Rapat sikit...Kelopak bunga cam tak berapa menjadi. Mungkin berguru dgn buku tak cukup untuk saya...
     Saya buat sendiri ni tau.. Sakit-sakit hujung jari nak menyiapkannya... Patut lah harganya mahal. Modal tak seberapa, tapi kebas tangan tuuu nak siapkan. Saya beli kit sulaman reben ni dari Kak Suzana . Tapi tak delah join kelas menyulam dia.. Saya belajar dari buku dia jer... Buku tu pulak mak saya yang beli. Sampai sekarang ada lagi, tak pulang-pulang lagi kat mak saya.
 
   Kalau tengok blog Kak Suzana ni, memang best sangat. Cantik-cantik hasil tangan dia. Yelah kan... Nama pun penyulam profesional, ada kedai sendiri lagi. Bukan amatur cam saya ni. Saya ni suka mencuba sesuatu yang baru. Dah tahu, lama-lama saya tinggallah. Mak saya dan suami saya pun dah tahu dah perangai saya ni... Diorang kata saya ni hangat-hangat tahi ayam jer. Hihihihi... Sebab tu kalau nak start buat ape-ape pun saya kene guna duit sendiri jer.. No sponsor anymore! Tak kisah lah..apa orang nak cakap pun kan? Yang penting diri sendiri bahagia, kan?
Continue Reading

Laksam yang memanggil memori..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

  Hari ni saya lunch laksam jer..Tahu tak laksam tu ape? Laksam ni sejenis makanan dari pantai timur. Diperbuat dari tepung beras. Kuahnya pula dari campuran ikan dan santan. Kire macam gulai lemak putih tu ler, cumenye ade isi ikan macam kuah laksa. Pastu, nak tambah sedap lagi, makan dengan sambal + ulam-ulaman la. Haa..Kalau sape-sape yang tak kenal dengan laksam sila tengok gambar di bawah ni.

Nilah dia laksam..
 Sebenarnya,dah lama saya tak makan laksam. Nak buat sendiri, kompom tak jadi. Pagi tadi singgah gerai kat area rumah tu, ternampaklah laksam ni...So, belilah satu. Nak try jer..sedap tak laksam yang akak tu buat. 

Masukkan sambal + ulam... Tuang kuah die..

Dah siap untuk dimakan..
   Haa...Kan dah siap tu..Ape lagi? Ngap la.. Eh eh, lupe plak..Bismillah hirrohmanir rahimm..
Emm..sekali dah makan, sedapnyerrr..Ngesal pulak beli satu je tadi. Bila makan laksam ni mula la teringat zaman-zaman kat UiTM Kelantan dulu..

UiTM di hatiku... Kampus Machang, Kelantan.
    Seronoknyer zaman belajar dulu.. Tiap-tiap minggu mesti pergi pasar Machang beli laksam. Maklumlah..kat sana harga makanan murah jer. Laksam sebungkus baru seriyal atau dua amah.. RM1 le tu.. Saya kuat makan masa belajar dulu.. Entah la kenape yer..? Coulture shock kut..Makanan sana murah dari di KL. Hehehe..Tu yang makan tak ingat dunia tuh...Tiap kali balik cuti semester mesti mak saya bising, sebab saya makin membelon.. Apa nak buat mak, kejutan budaya...Kat sana rege makanan murah dari sini..Tak pe la kan? Asal saya tak buat kejutan budaya yang lain, yang boleh memalukan mak abah saya kan? Kan..kan?

  Kat sana jugalah saya bertemu cintan saya sekarang... Hiks..Malulah!


Cintan saya yang berlumba-lumba membesar dengan saya!
    Tapi lepas jumpe cintan saya, makanan fav saya tibe-tibe jer bertukar dari laksam jadi nasi ayam halia kedai Mek Siam..Hahaha..

 Ok..sampai sini jer. Lunch hour saya pun nak abis dah. Kite sambung citer lain plak nanti yer..
Continue Reading

Macam-macam kes

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, November 25, 2010

   Hish..Apa nak jadilah dengan masyarakat sekarang ni.... Selak je suratkhabar, citer orang kene bunuh..selak lagi citer pasal orang kena tetak.. Kenapa agaknye yer? Orang sekarang ni ramai yang sakit mental ker? Kat radio hari ni pon duk citer pasal sikap panas baran gak..

   Semalam seorang isteri yang sedang mengandung anak pertama dikelar lehernya oleh suami sendiri, Ni mesti gara-gara cemburu ni..Hari ni pulak kes remaja tetak bapa kekasih.Yang menetak tu orang asing pulak tuh,orang Filipina. Agaknya tak puas hati ler tu bapa budak tu tak bagi dia berkawan dengan anak dia. Halo..halo..Dah tak de ke cerita lain lagi kat Malaysia nih? Dah macam duduk negara ape plak. Tak aman langsung. Takut jer nak keluar rumah sekarang.
Continue Reading

MAHA..Expo yang dinantikan

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


   Esok bermulalah Expo MAHA di Serdang. Mesti pergi expo ni...mesti banyak anak pokok yang boleh kita cari kat sana. Selain tu boleh jugak cari info pasal pokok yang saya dah tanam. Manalah tahukan, kut-kut ada yang nak bagi baja free cam tahun lepas. Haa..dah jimat tuh. Sekarang, moh kite pakat-pakat pergi MAHA ramai-ramai Sabtu ni.
 
Beli kipas cam ni ha...Seploh hengget jer regenyer..
   Yang mana ada anak kecil tu jangan lupe bawak topi. Kalau boleh bawak kipas kecik yang pakai bateri tu..Bukan ape, kesian tengok diorang panas. Kang balik dari MAHA demam pulak... Para mak pak pun kalau dah tengok pokok tu jangan plak lupe kat anak...Kang anak ke mana, mak pak ke mana.

  Ni, nak pesan kat saya sekali.. jangan pulak ngade-ngade pergi MAHA pakai kasut tumit..Kang melecet kaki tu bile balik. Besar tempat tu nak redah, bukan boleh naik kereta... Kena jalan kaki, tak pun naik shutter bus yang disediakan jer.

   Tahun ni punye tak tahu la macam mana yer...Tahun lepas saya ikut adik dan mak saya melawat kandang kambing dan lembu. Sempat la berkenalan dengan dua tiga jenis kambing kat situ...Rasa nak patah kaki saya sebab pakai kasut bertumit..Tulah, sapa suh kan? Hihihi..Tahun ni, saya nak pakai croc jer. Lebih selesa. Lagi pun kalau jadi, mungkin saya akan bawa mak mertua saya sekali. Ok, balik ni nak listkan lah pokok ape saya nak beli nanti...
Continue Reading

Lawatan Tapak 2

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Weeee...pagi tadi macam biasa, rutin tiap-tiap hari kena check pokok sebelum gi kerja. Kalau tak, rasa macam tak lengkap jer. Ok, dari pemerhatian...
  •   Pokok cermai belanda saya dah keluarkan banyak buah dan bunganya juga masih tak berhenti.   Ada beberapa buah yang dah merah, sedia untuk dimamam.

masih berbunga dan berbuah..buah hijau + buah merah..

merahkan buahnya? tapi buah ni cam dah dimakan burung..hampeh tul burung nih..bagi la tuan pokok rasmi dulu..

sowi..rapat sgt smpai lari focus...
  • Anak pokok cili juga dalam proses tumbesaran..
  • 
    Hiduplah ko cili... Cili sekarang dah naik harga... kalo ko hidup, jimat duit poket..
  • Anak semaian mulberi pun dah mula keluar tunas

Yang ni tumbesarannya lambat sikit. Kena potong batangnya sekali lagi baru nak keluar tunas..

Yang ni pulak, dah banyak tunas yang keluar..Satu darinya dah ditempah kakak ipar saya..
                           
  • Pokok labu kuning saya semakin membesar dan ...  

Eh, cam ade tak kene jer..
  
Daun dia kekuningan cam tu.. Pokok ni memang cam ni ke...atau kurang sesuatu?
     OMG!! Kenapa pokok labu saya kekuningan cam ni? Adakah labu kuning, daunnya pun kuning? Oh no...
Tolong! Ada sesiapa tak yang tau..saya dah check kat internet tapi tak jumpe pun pasal masalah ni....Ann, mane Ann nih? Ann, please help me..
Continue Reading

Hentikan Segera !!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, November 24, 2010

Hentikan Penyalahgunaan Kanak-kanak!!
   
   Terpanggil untuk menyahut cabaran dari Sony Malaysia, entri kali ini saya muatkan dengan pendapat saya mengenai isu penyalahgunaan kanak-kanak yang semakin berleluasa.

unicef

   Emm..Bila selak surat khabar, mesti ada isu orang buang anak, dera anak... Gerammmm sangat pada orang-orang yang takde hati perut. Kesian kat budak-budak tu...Mereka masih kecil lagi, apalah dosa mereka dibuang dan didera sebegitu sekali. Pada saya, anak adalah anugerah Allah. Amanah untuk kita besarkan dan didik dengan sempurna. Mengapa kita harus zalimi mereka? Tak takut ke bila ditanya di akhirat kelak? Tolonglah sayangi mereka...

  Satu kes lagi, ada pula sindiket yang mengaut keuntungan dengan menjadikan kanak-kanak ini sebagai peminta sedekah. Yelah, kalau kite tengok diorang yang duduk di tepi jalan minta sedekah  dengan rupa yang comot, baju compang-camping dan keadaan yang tak terurus, mesti kesiankan? Bila dah kesian, kita pun hulurkan duit. Tapi malangnya duit yang kita hulur tu bukannya dapat kat mereka pun. Mereka cuma dijadikan umpan untuk menarik simpati kita. So.. kawan-kawan, next time kalau jumpa kanak-kanak yang minta sedekah macam ni, sila laporkan kepada pusat kebajikan atau Talian Nur 15999. Kalau tak pun bagi diorang makanan jer. Tak payah bagi duit sebab duit tu bukannya dapat kat diorang pun.


Sumber Gambar: http://www.ohtidak.com/oh-taktik-terbaru-meminta-sedekah/


   Kalau dah macam ni gayanya, memang kesian kan? Sampai tertidur di tepi jalan menagih simpati masyarakat. Nak salahkan mak bapak mereka pun tak boleh jugak, sebab mungkin mereka ni mangsa culik dan dijadikan pengemis oleh sindiket. Kesian...
 

Sumber Gambar: http://syukranview.wordpress.com/category/anak-anak/

    Oleh itu, meh semua kita sokong ramai-ramai kempen ni demi nasib kanak-kanak ini...
Sila klik kat sini untuk tunjukkan tanda sokongan anda...
Continue Reading

Laporan Lawatan Tapak...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, November 23, 2010

   7.15 pagi tadi buat aktiviti macam selalu. Jalan-jalan tengok pokok. Hirup oksigen sebanyak-banyaknyer agar sentiasa segar..Sebab hari ni kena drive pi kerja sendiri..Drebar saya dah pencen , nak duduk umah plak hari ni..Hihihi...Suami saye ler drebar saye dua tiga hari ni, pasalnye minyak hitam bocor. Kereta kena masuk wad, nak tampal ape yang patut. So, Khamis sampai semalam saya merempit ke opis dengan suami saya. Orang merempit malam-malam, tapi kami merempit tak kira waktu...Macam perempit tegar la kan? Di mana ada kemahuan, di situ ada highway!!

  Ok, berbalik pada cerita asal, jenguk mulberi kesayangan saya..Tunas dah tumbuh dan putik-putik buah dah pun keluar..Eii..seronoknye rase hati. Belum makan buahnya lagi, tapi seronok ler rase sebab hidup jugak dia walaupun saya yang tanam. Dulu ada kawan saya kata tangan saya panas, tak sesuai tanam pokok. Tapi tengok hidup jer pokok-pokok yang saya tanam tuh... Mungkin masa dulu saya tanam tapi tak jaga bersungguh-sungguh kut..Tu yang mati tu, lagi pulak malas nak siram dan bagi baja.. Oklah, kite tak mau membebel pagi-pagi ni..Kita layan gambar jer la yer..
 

                                      
Banyakkan tunasnye? Tak lama lagi boleh la saya makan buahnya.
  Sekarang ni buah-buahnya hijau lagi. Mengikut kata Ann..dalam sebulan selepas tunas keluar, bolehlah kita petik buahnya bila sudah merah kehitaman. Masa tu rasanya memang manis sangat. Buah mulberi yang berwarna merah pula rasanya masam-masam sikit.


Ni ada sebiji buahnya yang merah, belum bertukar jadi hitam lagi.
   Boleh baca selanjutnya tentang info mulberi ni di blog Ann. Nak tanya apa pun boleh sebab Ann ni tak kedekut ilmu.
   Ok, sekarang dah tengok mulberi, saya check pulak pokok-pokok yang lain.


Pegaga saya yang dah separuh mati tertinggal di rumah lama dulu semakin membiak dengan jayanya,setelah mendapat semula kasih sayang dari tuannya...Cewah!!

   Haa..tak ketinggalan update info tentang pokok labu saya ni...

Haa..Tenguk tuh..


Rapat lagi...
 
Dari pandangan atas...Gemuk kan? Macam tuannya jugak...
    Saya siram dua kali sehari, kadang-kadang malas sekali sehari jer.. Baja bagi sekali setiap dua minggu. Saya bagi baja warna biru tu. Harganya kat Econsave RM 4.50... Tapi baru ni pergi kedai serbaneka NT Shop harganya cuma RM1.95. Saya nak jadilah pengguna bijak...So, saya pilih beli di NT Shop.

   Last sekali saya jenguk anak pokok bunga kobis dan lobak merah saya....

Dah besar dah..
   Dah besar dah mereka, tapi saya tak de masa lagi nak pindahkan ke polibeg yang besar. Mak mertua saya pesan, lobak merah kalau tanam dalam polibeg yang kecil, lobaknye jadi kecil. Kalau nak lobak jadi besar, tanam dalam polibeg besar dan dalam. Ooo..cam tu ye mi? Kalau saya nak hasilkan baby carrot, tanam dalam polibeg kecil je la kan? Betul ker ni ?

  Ok, tu jer lah cerita tentang lawatan tapak hari ni...Sesiapa yang ada info berkenaan leh komen kat ruang komen yer..Info anda amat-amat dihargai... Calo!!
Continue Reading

DIY deko dinding kosong..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, November 22, 2010

  Petang ni nak story sket pasal deko kat rumah. Saja-saja jalan kat sebuah pasaraya hari tu, tiba-tiba mata ni tangkap satu bende yang rase cam best je nak letak kat rumah...Selalu nampak tapi tak de hati nak beli, tapi petang tu entah macam mana tergerak hati nak try kat rumah. Suami pun setuju jer memandangkan harganya pun tak lah mahal mane..So..dijadikan cerita, saya pun pilihlah dua tiga design yang dirasakan agak menarik. Banyak design nih..rambang mate nak pilih..

Rambang tak mata kamu sekalian?
   Dalam kepala otak kosong lagi ni nak tampal kat mane, main beli je dulu. Sampai kat rumah saya pun cuba-cubalah padankan design yang ada tu kat mana-mana yang rasa sesuai.. Nak letak kat mane yer?Sana...sini..situ.. Haa..Akhirnya saya pilih laluan tangga yang agak kosong, lagipun suami saya dah bagi amaran keras agar tak usik bahagian bawah. Bahagian bawah adalah hak mutlak dia. Kalau saya nak deko ikut idea gila saya tu, sila deko bahagian atas sahaja..Sebabnya, dia tak mahu rumah dia bertukar jadi taska plak nanti.. Hehehe..Oklah, saya pilih laluan tangga yang tersorok ni untuk merembeskan idea saya ni.
Tapi bukan kat wall yang cantik tu eh..suami saya bagi letak kat tangga bahagian atas sekali. Kiranya tak nampak jugaklah dari bawah..huaaa!!
   Satu demi satu sticker tu saya tampalkan. masa ni dah tak ikut sangat pun gambarajah panduan yang diberikan. Main ikut kepala saya je..Heee...

Ha..dah siap pun. Tapi suami saya kata cam ade tak kena sebab pokok tu kemetot sangat..
   Lepas dah siap, saya dengan bangganya menunjukkan hasil idea saya kepada suami. Macam ada yang tak kena la, pokok ni nampak macam terbantut jer..Tu yang keluar dari mulut suami saya... Haa...Ye ker bang?
Tak caya tengok nih..

Cam ada tak kena kan? Macam tak balance je pokok ni, dan di tambah ranting-ranting yang macam kebantutan.
    Dan-dan time tu jugak saya start kereta, terus gerak pergi kedai tu balik. Saya beli design yang sama satu lagi. Kali ni memang kena tambah ranting pokok jadi cantik dan menarik supaya suami saya bangga dengan idea gila isteri dia. Dan selepas saya menggunting dan menampal sticker kedua design yang sama tu dengan kreativiti sendiri, akhirnya jadilah pokok ni..

Haa..Sekarang ok tak? Dah ada dua sangkar..
   Dengan kreativiti yang ada, saya tambahkan beberapa elemen lain seperti rumput dan tunggul tu. Taklah nanti nampak janggal sebab pokok tu tumbuh tegak sorang diri..Kita nak berteman, pokok pun kite kasi teman. Dan sebab beli design yang sama, so sangkar burung lagi satu tu takkan nak buang jer kan? Apa kata kita letak sekali di dahan lain. So, burung pun tak sunyi lagi..

Hehehe..I'm not alone anymore!

Kalau orang sudi naik tangga je boleh tengok hasil kerja saya...Huhu..
   Nak tengok deko dalam bilik saya? Simple jer...sekadar mengisi ruang yang kosong.
Emm..ok tak? Bunga sakura dan burung layang-layang..
    Ok, tu jer lah idea yang saya nak kongsikan dengan kamu kamu sekalian..
Continue Reading

Apa nak buat yer?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

  Apa nak buat ye sepanjang minggu ni? Isnin sampai Jumaat ni pasti bosan kalau tak de apa-apa perancangan.

  Saya terfikir nak cari maklumat tentang pokok jarak. Kakak ipar saya kata banyak khasiatnya. Ada sesiapa yang kenal pokok jarak tak? Atau ada yang tahu macam mana rupanya?

   Saya juga nak cari rumput bunga kuning..seronoknya tengok halaman orang yang penuh dengan rumput tuh.. Macam ni haa..rupenye pokok tuh..



Cantik tak? Cantikk..kan bila dah terbentang cam ni, rasa macam nak baring je kat sini..
    Di rumah jiran saya ada rumput tuh, tapi saya segan nak minta sikit..Hari ni saya tulis kat blog ni dengan harapan jiran saya terbaca dan boleh sedekah sikit rumput tu pada saya..hihi..Punyalah saya kedekut nak hulur duit ke nursery, asyik nak yang free jer..

  Pokok mulberi saya dah keluar tunas baru, semalam kira buah yang bakal membesar adalah dalam 19 biji..Hii..suka..suka.. Pokok cermai belanda pun dah keluar buah dengan banyaknya..Cuma tak boleh dimakan lagi sebab terlalu muda, cuma ada sebiji je yang setengah masak. Warnanya oren kehijauan lagi. Pagi semalam masa kakak ipar saya nak balik, dapat la kongsi-kongsi rasa segigit sorang..Rasanya  taklah berapa masam sangat, kira boleh diterima tekak..Adalah sikit-sikit rasa macam belimbing buluh...
Continue Reading

Pengumuman: Rumah untuk di sewa..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, November 20, 2010

  Salam semua, nak shout kat sini..Saya nak sewakan rumah flat kami di Sek. 4,Kota Damansara. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej di ruangan komen saya.

   Berdekatan dengan Kolej Segi, Ikea, Sunway Giza, dan Cova Square. Transport awam pun ada banyak..Bas, teksi & LRT. LRT terdekat di LRT Kelana Jaya/ Taman Bahagia. Kedai dekat je..boleh jalan kaki. Semua siap, kipas lampu semua ada.Boleh tengok dulu kalau nak.
Continue Reading

Kebun oh kebun…

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, November 19, 2010

   Lama tak jenguk kebun saya. Apa dah jadi ye pada tanaman-tanaman saya tu…Ditinggalkan pun sebenarnya bukannya lama sangat…sehari jer. Tu pun pasal saya balik beraya ke Jengka. Alang-alang dah balik kampung apa lagi…misi mengutip segala benih pun bermulalah. Banyak juga yang kami angkut, pandan, kunyit, serai, ubi, kacang botor,kemangi….hish, banyaklah kalau nak disenaraikan kat sini. Mak mertua saya pun tolong juga dengan mintakan anak pokok pagar dari jiran dia. Time kasih ye mi…Time kasih juga kat Mak Long Ani sebab bagi banyak anak pokok pagar. Selain tu anak pokok durian belanda dan serai wangi pun dia bagi sekali.Seronok saya dapat banyak pokok..Rezeki..Alhamdulillah..Kalau di nursery, saya tanya harga anak pokok serai wangi RM30 sepolibeg. Tu pun kecil je. Haa..yang mak long bagi ni seperdu ada…


    Ok, pagi tadi dalam 6.30 pagi..saya buka pintu belakang untuk jenguk kebun saya. Seronoknyeee…labu saya dah mula hidup.
Ni benih labu kuning saya dah mula bercambah...

sebelahnya saya tanam ubi kayu yang ambil dari rumah mak mertua saya. Suami saya suka makan ubi kayu rebus cicah gula+kelapa..best!


Ha..yang ni pulak tanaman lain yang saya ambil dari kampung jugak. Petang semalam nak tanam dah dekat sangat dengan maghrib, so tanam pagi tadi je lah..


Ok, kite jalan ke tepi rumah pulak. Pantau sikit pokok mulberi yang dialih ke tanah Ahad lepas. Wah..da mula keluar pucuk dan tunas baru. Tengok tu..Nampak tak? Tak lama lagi, keluar putik dan buah die..Kene tunggu sikit masa lagi ye..Agak-agak dalam sebulan lagi kut..


Mulberi dah mula bertunas lagi…

Yeehaaa....tunas dah keluar dah..Sat lagi kita leh nampak buah dia pulak ye..
    Jalan ke depan lagi sampai tepi pagar depan. Haa, ada sepokok cermai belanda yang saya beli di nursery Sg Buloh. Tengok tu…galak betul dia berbunga.


Comel je bunga dia, kaler pink gitu...

Haa…seronok lagi pasal buah cermai dah keluar dah. Tapi tak boleh makan lagi. Masa ni rasanya kelat-kelat masam lagi. Kata orang kat nursery tulah… Tunggu buahnya berwarna merah gelap macam ceri tu. Ha, masa tu kite petik dan ngap..barulah tahu rasanya macam manakan? Hehehe…Tak sabar nak rasa..Manis ke..masam ke buah ni? Sapa-sapa ada info boleh bagitau saya ye..


Tu...dia buah dia dah keluar..Nampak tak?
  Ok, tu jelah lawatan sambil belajar saya kali ni. Nanti ada perkembangan lain, saya upload lagi ye.





Continue Reading

Nur Edrina Qistina

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, November 18, 2010

    Puhh..Glamer tul name anak buah saya tu.. Semalam masa di kampung suami, saya sempat jenguk anak buah saya yang baru lahir. Umurnya baru 45 hari. Comel sangattt..Tak caya cuba tengok gambar dia kat bawah ni.

Zzzzz....

Cak!! Kena tipu sume...
Saya pura-pura tidur jer tadi... 

Ni Mak Ngah tengah salinkan baju saya pasal saya dah kencing atas riba Mak Ngah tadi..

Hahaha..Seksi tak saye?
Mana Mak Ngah ni? Cepatlah pakaikan baju saya..


Haa...Barulah tak sejuk saya ni Mak Ngah...
  Ok, dah habis drama sebabak lakonan anak buah saya, Qis. Seronok sangat tengok baby orang. Bila pula turn saya yer? Ehem..eham..




Continue Reading