Click Here!

Apa nak buat yer?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, November 22, 2010

  Apa nak buat ye sepanjang minggu ni? Isnin sampai Jumaat ni pasti bosan kalau tak de apa-apa perancangan.

  Saya terfikir nak cari maklumat tentang pokok jarak. Kakak ipar saya kata banyak khasiatnya. Ada sesiapa yang kenal pokok jarak tak? Atau ada yang tahu macam mana rupanya?

   Saya juga nak cari rumput bunga kuning..seronoknya tengok halaman orang yang penuh dengan rumput tuh.. Macam ni haa..rupenye pokok tuh..



Cantik tak? Cantikk..kan bila dah terbentang cam ni, rasa macam nak baring je kat sini..
    Di rumah jiran saya ada rumput tuh, tapi saya segan nak minta sikit..Hari ni saya tulis kat blog ni dengan harapan jiran saya terbaca dan boleh sedekah sikit rumput tu pada saya..hihi..Punyalah saya kedekut nak hulur duit ke nursery, asyik nak yang free jer..

  Pokok mulberi saya dah keluar tunas baru, semalam kira buah yang bakal membesar adalah dalam 19 biji..Hii..suka..suka.. Pokok cermai belanda pun dah keluar buah dengan banyaknya..Cuma tak boleh dimakan lagi sebab terlalu muda, cuma ada sebiji je yang setengah masak. Warnanya oren kehijauan lagi. Pagi semalam masa kakak ipar saya nak balik, dapat la kongsi-kongsi rasa segigit sorang..Rasanya  taklah berapa masam sangat, kira boleh diterima tekak..Adalah sikit-sikit rasa macam belimbing buluh...

{ 0 komen... read them below or add one }