Click Here!

Anak Semaian...

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, November 16, 2010

    Ok, hari ni mood nak menunjuk sikit...Hehehe..Bukannya ape pun, nak tunjuk pada kamu semua anak semaian saya dah tumbuh. walau tak besar lagi, tapi saya bangga sebab inilah kali pertama saya menanam dengan bersungguh-sungguh.
   Ok, mari layan gambar-gambar anak semaian saya... :)


benih labu kuning. main taram je tanam. tak tau lah hidup ke tidak nanti,tengok je lah nanti..

anak pokok limau purut..yang ni saya beli memang dah besar ni..

pokok pudina/mint. yang ni pun saya beli je..bukan tanam. cuma bagi baja dan siram 2x sehari maka jadi gemuk macam ni..

ni pokok pegaga. dah lama beli tapi mati sekejap baru-baru ni pasal tertinggal di rumah lama. sian dia...tapi tak pe, pegaga ni senang je nak bagi dia tumbuh semula. siram je hari-hari. tengok...anak dia dah tumbuh semula.

ni lah pokok mulberi pertama yang saya beli. saya baru je prun dahannya untuk semaian baru dan alihkan ke tanah untuk lebih subur.

ni anak-anak semaian pokok mulberi.. 2 yang besar tu saya beli dari en. hisyam ahad lepas. 4 lagi tu saya semai sendiri dari pokok pertama...

ni ha buahnya dah pun menunjukkan diri... tp baru sebiji jer..xpe kite tunggu lagi..

yang ni pulak anak-anak bunga kobis yang baru bercambah..sebelah sana pula, lobak merah..tak banyak lagi yang bercambah. saya guna tray telur jer untuk tapak semaian ni..jimatkan? 
   Ok, tu jelah modal menunjuk saya pada pagi ni.. Sekian, harap seronok melihat kebun mini saya...
  
   Apa-apapun, esok cuti Raya Haji..Dan di kesempatan ini saya nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat..

{ 2 komen... read them below or add one }

annfrendly said...

seronoknya tengok..
nanti mesti banyak buah malberi tu sebab tanam atas tanah..

bunga kobis..
pokok favret ann :)

Aida Awie said...

hehe..memang seronok sgt sebab dapat banyak tips dr en syam tuh..tips2 dr ann pon xkurang jugak..paling best masa tgok anak bunga kobis tu dah kuar..nnt leh dtg makan sayur bunga kobis kat sini ye ann..