Click Here!

MAHA..Expo yang dinantikan

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, November 25, 2010


   Esok bermulalah Expo MAHA di Serdang. Mesti pergi expo ni...mesti banyak anak pokok yang boleh kita cari kat sana. Selain tu boleh jugak cari info pasal pokok yang saya dah tanam. Manalah tahukan, kut-kut ada yang nak bagi baja free cam tahun lepas. Haa..dah jimat tuh. Sekarang, moh kite pakat-pakat pergi MAHA ramai-ramai Sabtu ni.
 
Beli kipas cam ni ha...Seploh hengget jer regenyer..
   Yang mana ada anak kecil tu jangan lupe bawak topi. Kalau boleh bawak kipas kecik yang pakai bateri tu..Bukan ape, kesian tengok diorang panas. Kang balik dari MAHA demam pulak... Para mak pak pun kalau dah tengok pokok tu jangan plak lupe kat anak...Kang anak ke mana, mak pak ke mana.

  Ni, nak pesan kat saya sekali.. jangan pulak ngade-ngade pergi MAHA pakai kasut tumit..Kang melecet kaki tu bile balik. Besar tempat tu nak redah, bukan boleh naik kereta... Kena jalan kaki, tak pun naik shutter bus yang disediakan jer.

   Tahun ni punye tak tahu la macam mana yer...Tahun lepas saya ikut adik dan mak saya melawat kandang kambing dan lembu. Sempat la berkenalan dengan dua tiga jenis kambing kat situ...Rasa nak patah kaki saya sebab pakai kasut bertumit..Tulah, sapa suh kan? Hihihi..Tahun ni, saya nak pakai croc jer. Lebih selesa. Lagi pun kalau jadi, mungkin saya akan bawa mak mertua saya sekali. Ok, balik ni nak listkan lah pokok ape saya nak beli nanti...

{ 2 komen... read them below or add one }

annfrendly said...

esok ann pun nak pegi MAHA dengan akak..
yer.. nak pegi sana memang kena bawak payung, air mineral, pakai pakaian yang sesuai..
Panas..

Aida Awie said...

ye ker ann? leh jumpe kalau berkesempatan..