Click Here!

Hentikan Segera !!

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, November 24, 2010

Hentikan Penyalahgunaan Kanak-kanak!!
   
   Terpanggil untuk menyahut cabaran dari Sony Malaysia, entri kali ini saya muatkan dengan pendapat saya mengenai isu penyalahgunaan kanak-kanak yang semakin berleluasa.

unicef

   Emm..Bila selak surat khabar, mesti ada isu orang buang anak, dera anak... Gerammmm sangat pada orang-orang yang takde hati perut. Kesian kat budak-budak tu...Mereka masih kecil lagi, apalah dosa mereka dibuang dan didera sebegitu sekali. Pada saya, anak adalah anugerah Allah. Amanah untuk kita besarkan dan didik dengan sempurna. Mengapa kita harus zalimi mereka? Tak takut ke bila ditanya di akhirat kelak? Tolonglah sayangi mereka...

  Satu kes lagi, ada pula sindiket yang mengaut keuntungan dengan menjadikan kanak-kanak ini sebagai peminta sedekah. Yelah, kalau kite tengok diorang yang duduk di tepi jalan minta sedekah  dengan rupa yang comot, baju compang-camping dan keadaan yang tak terurus, mesti kesiankan? Bila dah kesian, kita pun hulurkan duit. Tapi malangnya duit yang kita hulur tu bukannya dapat kat mereka pun. Mereka cuma dijadikan umpan untuk menarik simpati kita. So.. kawan-kawan, next time kalau jumpa kanak-kanak yang minta sedekah macam ni, sila laporkan kepada pusat kebajikan atau Talian Nur 15999. Kalau tak pun bagi diorang makanan jer. Tak payah bagi duit sebab duit tu bukannya dapat kat diorang pun.


Sumber Gambar: http://www.ohtidak.com/oh-taktik-terbaru-meminta-sedekah/


   Kalau dah macam ni gayanya, memang kesian kan? Sampai tertidur di tepi jalan menagih simpati masyarakat. Nak salahkan mak bapak mereka pun tak boleh jugak, sebab mungkin mereka ni mangsa culik dan dijadikan pengemis oleh sindiket. Kesian...
 

Sumber Gambar: http://syukranview.wordpress.com/category/anak-anak/

    Oleh itu, meh semua kita sokong ramai-ramai kempen ni demi nasib kanak-kanak ini...
Sila klik kat sini untuk tunjukkan tanda sokongan anda...

{ 2 komen... read them below or add one }

Miss Annaz said...

nice...

Aida Awie said...

Tq miss Annaz..Mari join kami sokong kempen ni yer..