Click Here!

Pohon Mulberry

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, November 8, 2010

   Ahad lepas pergi jalan-jalan ke Pasar Tani Mega Shah Alam di Sek. 13. Wah banyaknya orang... Macam ada pesta je kat sini. So, kami pon mulalah meredah dari satu gerai ke satu gerai. Target nak cari langsir untuk rumah. Tapi biasalahkan... Yang dicari tak jumpa tapi yang lain pula dikendong pulang. Kiranya beli pun barangan untuk rumah jugak... Kami beli selimut, 2 helai... Ni stanby mana tau ada orang datang bermalam, ada selimut nak hulur. Takkan nak biar tetamu tidur tanpa selimut. Malu la wei.. Sian plak diorang sejuk nanti.
  
Pas tu kami jalan-jalan lagi, jumpalah tempat orang jual anak pokok. Tak silap akak tu kata nursery die kat Sek. 18...Cantik-cantik jugak pokok dia, Ada yang dah berbuah. Banyak juga yang kami beli sebab best...Leh menawar. Saya berkenan sangat dengan pokok mulberry...siap dah berbuah dah, ada ler 5 biji. Rasa pun manis sangat. Suami belikan sepokok, RM 10 jer...


Ni gambar pinjam.. Sebab pokok mulberry saya tak berbuah lagi.Tak sabar nak tunggu.
 Pokok Mint/ Pudina RM6,



Pokok Limau Purut RM5...

   Tu jer 3 jenis pokok kami beli pasal nak tengok dulu hidup tak kami bela. Time nak balik tu sempat juga beli penggalak akar dan baja 2in1 untuk daun dan buah. Em..Balik tu terus susun tepi rumah. Tak tanam kat tanah lagi pasal nak beli peatgro dulu, gantikan tanah kami yang kontang tu. Pastu saya cuba semai benih cili, kobis dan bendi. Harap-harap hiduplah pokok saya nanti yer.

{ 3 komen... read them below or add one }

annfrendly said...

wah...
boleh tahan murah harganya..
pokok malberi tu nanti nak tanam atas tanah ke?

dah tanam cili, bendi & sayur bagai..
nanti nak masak pun senang.. petik2 aje kat tepi rumah :) fresh..

Aida Awie said...

emm..murah yer? kire ok le kitorang menawar ek?hehehe..

hajatnye mmg cam tu lah, lagi pun boleh kawal penggunaan racun serangga..fresh dan tak tercemar..

Faiz Kamaro said...

Saya berminat nak brli biji benih mullberry tu..
Wasapp 0145408801