Click Here!

Selamat Menyambut Hari KeMERDEKAan

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, August 31, 2013

    As salam semua. Dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua. Semoga negara kita akan tetap aman damai dan dijauhi dari peperangan.

Sumber : Google
    Bersyukur sangat dilahirkan di dalam negara yang aman seperti Malaysia ni. Walaupun ada juga kejadian jenayah, namun masih di tahap yang masih terkawal. Tak mahu la jadi macam negara2 lain yang sedang bergolak di luar sana tu. Perang sana sini. Nak makan pun tak senang. Yang paling sedih kanak2 dan orang awam yang tak berdosa pun turut jadi mangsa bedilan peluru yang tak mengenal mangsa. Mudah2an ALLAH selamatkan negara kita dari terjadinya peperangan. Amin.. Terima kasih juga kepada perajurit2 negara yang telah berkorban masa dan tenaga memastikan negara sentiasa dalam keadaan yang makmur. Semoga ALLAH merahmati hidup kalian.

    Kepada mereka2 yang di luar sana, hargailah keamanan negara yang kita kecapi sekarang. Jangan ikutkan emosi dan cetuskan sebarang propaganda yang bakal merugikan kita. Sedarlah bahawa keamanan yang kita kecapi hari ini pasti akan hilang sekiranya kita tidak bersatu padu dan menjaga sensitiviti sesama kita. Mungkin bila tiba waktu itu, keamanan yang kini dikecapi secara percuma bakal kita bayar harganya! Sedarlah.. Bersatulah... SELAMAT HARI MERDEKA.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!




Continue Reading

Kabus atau Jerebu?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, August 28, 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Makeover Dinding Rosak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, August 27, 2013

     Raya tahun ni hubby merajinkan diri makeover dinding kat tepi tangga. Dah teruk sangat rupanya, dengan tompok2 kulat kesan dari paip dalam dinding rumah sebelah yang bocor. Dah lama pun dia bising pasal hal tu. Akhirnya orang sebelah tutup jugak. Terus tak digunakan langsung paip tu. Sayangnya dinding rumah kami bertompok2 dengan kulat. Mencemar pandangan sungguh!    

    Duduk berjiran sebelah menyebelah ni memang payah jugak kalau tak de tolak ansur. Nasib baiklah akak rumah sebelah tu mahu tolak ansur. Kalau tak, makin rosak la dinding rumah kami. So sekarang dinding tu tak lembap macam dulu lagi. Tapi tompok2 kulat masih kekal. Sakit mata kami tengok. Asal ada orang datang, mesti tanya kenapa dinding ade kulat? Jenuh nak cerita kat sorang2.   

    Sudahnya kami ambil keputusan nak pasangkan sticker wall paper tu. Nampaknya itu jer solusi paling jimat dan berkesan. Kalau nak catkan semula pun, kesan tompok tetap ketara. Kalau tampal dengan sticker wall paper inshaa Allah, dinding tu naik semula serinya. Hubby pasang sendiri jer. Wall paper sticker tu kami beli kat Mr DIY. Satu gulung tu lebar 45cm dan panjangnya 5 meter. Harganya pun murah cuma rm10 lebih jer segulung. Bajet untuk keseluruhan dinding ni di bawah rm60. Lepas siap pemasangannya, memang cantik sangat. Teruja!

* Lepas ni hubby boleh la senyum bila panjat tangga. No more sakit hati & sakit mata!




Sebelum & selepas

Continue Reading

Kelas Kasut Marathon

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, August 26, 2013

          Hari ni memang cipta sejarah betul. Biasanya kalau ajar orang yang first time nak buat kasut ni, kita ajar step by step dan makan masa jugak. Ada dua sessi ada yang tiga sessi untuk satu pola. Tapi student kali ni dia marathon satu pola dalam 6 jam. Haha... Pantas macam kilat. Risau jugak kalau dia tak faham sebab aku macam laju semacam. Tapi alhamdulillah dia boleh catch up. Kira fast learner sungguh. Gitu kekdah kalau orang dah nak sangat ilmu ni. Aku pulak yang asyik tersasul dan teragak2 step. Punya la nak cepat. Break kejap untuk solat dan makan je. Ha.. 6 jam tu belum tolak yang break solat dengan makan. Maknanya lagi super fast marathon. Haha...


        Kalau la dia tak sesat tadi, aku fikir dapat dah dia siapkan 2 jenis pola ikut pakej yang dia ambil tu. Tapi aku pulak kalut nak pi open house rumah kak ipar. Open house tu aku memang tak menolong langsung la. Datang isi perut je aku laki bini ni. Haha... Dapat jugak la jumpa mertua kat rumah dia. Kalau tak, jadi menantu ape tak tau. Biziii memanjang, macam aku sorang je yang kerja sampai mertua datang pun tak dijenguk. Tapi alhamdulillah jugak kalau ada 10 student cam ni. Memang cepat kerja aku. Kalau past ni ngajar kat rumah jer pun cam best gak. Sebabnya sambil mengajar sambil berlari memasak kat dapur. Berkilo lemak cair tu... (^_<)!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Jurnal Perjalanan Raya ke 2

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, August 23, 2013

       Maaflah...
       Blog ni kadang2 kalau tuannya ada hal atau masalah memang tak de cerita sangat. Lagipun tuannya bukanlah blogger tegar, cuma ada blog sebab nak berkongsi cerita jer. Hal Labu yang sakit tak habis lagi, tapi entri2 hari raya kena publish jugak. Drafnya dah lama cuma tak publish jer. Jadi sebelum cerita makin basi baiklah dipublishkan ye dak?

     Cuti raya tak sah tak berjalan,kan? Dari Muar kami beraya ke sebelah Terengganu pula. Kampung hubby, Kg Hj Shafie, Losong dekat ngan tempat industri kepok lekor tu atau lebih tepat, belakang Muzium Terengganu. Dari Muar ikut laluan Segamat - Kuantan. First time balik Terengganu ikut laluan ni. Tapi alhamdulillah... Sampai juga, cuma lambat je la. Risau nak bawa laju2 tempat tak biasa. Orang kata biar lambat asal selamat. Dalam perjalanan yang panjang tu biasa la, singgah sana sini. Sekejap singgah isi minyak, isi perut, pas tu singgah ke tandas dan singgah solat. Jadi perjalanan terasa lama sangat tapi santai.

     Di bandar Muazham Shah, kami singgah makan dan solat jamak. Kedai makan ada satu dua je yang beroperasi, so tak banyak pilihan. Makan je apa yang ada. Saya pilih sambal udang 3 ekor dan sayur taugeh. Hubby pulak makan kari ayam dan taugeh(gambar xsempat nak ambil sebab lapar sangat). Kena RM19.50 termasuk air limau ais 2 gelas. Kira ok ler kut memandangkan tak de pilihan. Lagipun isi udang tu ada besar telunjuk jugak saiznya.Kemudian teruskan perjalanan, Hubby bawak sorang2 jer. Saya duk kat tepi, jadi co-pilot merangkap penyuap makanan dan air kat hubby. Hehe.. ^_^

    Sampai Kuantan, hubby tanya pendapat nak ikut laluan mana ke Terengganu. Saya memang dari dulu dan selamanya suka laluan pantai. Biar la jauh sikit, tapi permandangan tak membosankan. Suka tengok permandangan tepi pantai. Tengok kampung2 dan yang penting boleh singgah melepaskan penat. Sampai Sg Ular rasa nak singgah sekejap ambil angin laut kat area2 situ, tapi hubby cakap kita singgah bila kat Terengganu nanti. Saya ikut aje, janji dapat singgah. So perjalanan diteruskan sehinggalah sampai di Pantai Kemasik. Cantik tempatnya. Masa sampai sini petang dah tapi orang masih ramai lagi. Siap ada yang berkelah dengan keluarga. Kat Kemasik ni cantik sebab ada bungkahan batu besar dengan tekstur yang menarik hasil dari proses luluhawa beratus tahun. Selain itu, pasir pantainya yang bersih sangat menakjubkan pandangan mata. Ok layan gambar.







          Singgah sekejap je kat sini. Orang kata buat luruskan pinggang. Sian hubby drive sesorang. Selesai makan kepok lekor sambil layan angin laut, kamib teruskan perjalanan. Jauh lagi tu..

         Tiba di Kuala Terengganu pun dah jam 8 malam. Singgah isi perut dulu. Kat mana tak ingat dah, tapi ramai betul orang kedai mak cik tu. Dek nak cepat sangat kami order nasi goreng ayam je. Boleh la janji hilang lapar. Rasa biasa2 jer. Tak la tak sedap, tapi tak la sedap sangat pun. Orang ramai, kedai pulak banyak yang masih tutup. Jadi jangan banyak cerita. Makan je apa yang ada. Perjalanan bersambung ke Losong sebelum tiba di destinasi akhir untuk penginapan malam tu di Scout Inn, Seberang Takir. Cantik tempatnya!! Murah pulak tu...

* Sambung kendian dalam entri seterusnya...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Pisang Mungkin Berbuah Dua Kali...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, August 22, 2013

Mood tak berapa nak ada sejak Labu sakit. Hilang dah keceriaan rumah ni. Labu kesayangan kami masih lagi sakit. Malah semakin lemah. Tadi masa call doc, doc nasihatkan kami bersedia sebab Labu dah tunjukan tanda2 dia akan pergi. Rupanya Labu dah stage 3 masa check semalam. Balik rumah, dia cirit hitam. Doc kata itu sebab najisnya dah bercampur darah. Apa pun Dr Shalina pesan jangan putus asa, dia minta kami terus force feed dan kekalkan ubat terutama B Complex tu supaya Labu still ada tenaga. Jangan paksa dia main atau jalan2. Itu akan waste tenaga yang dia ada untuk hidup. YA ALLAH... Aku tak sanggup tengok Labu kesayanganku sakit. Macam azab sangat. Remuknya hat tengok keadaan dia. Kalau ditakdirkan dah sampai ajalnya. Kau permudahkanlah.. Amin!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Bila Labu Jatuh Sakit

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

          Semalam bawa Labu pergi vet kat Rahman Putra. Dah dua tiga hari tak nak makan. Pulak tu muntah2. Kalau muntah biasa yang ada rumput tu biasa la. Tapi ni dah muntah kuning. Macam ada yang tak kena jer. Petang semalam berkejar la kami ke veterinar. Lewat jugak la dalam 6.30 petang baru sampai. Asalnya pi vet kat Saujana Utama jer, tapi rupanya doktor pakai appointment. Tu terus gi kat Rahman Putra. Labu lemah jer tapi dok ngiau jangan cakap la. Tension hubby nak bawak kereta. Masalahnya Labu ni memang gayat naik kereta. Tak berhenti ngiau macam kena dera pulak. Lagi satu keadaan Labu macam dah kritikal sebab dia cirit dan keluar darah jugak. Risau betul!!


       Sampai kat vet nasib baik tak ramai orang, doktor Fauzi terus rawat Labu. Drip air, cucuk antibiotik dan ubat kemudian suap Labu makan tiga empat suap. Memang kena paksa makan sebab badan Labu dah lemah sangat. Dah dihidrat.. Doktor cakap nasib baik kami bertindak awal, kalau tak Labu mungkin tak dapat diselamatkan. Doktor sahkan Labu kena virus dan kami kena kuarantinkan Labu selama seminggu. Kena kurung dia dan bagi ubat supaya antibodi kuat semula dan sementara ni dia tak boleh kawan dengan kucing2 lain. Kesian bila tengok Labu kena tixur dalam cage kat dapur sorang2. Selalu tidur dengan kami. Tapi nak buat macam mana, kalau tak kurung dalam cage nanti dia merayap keluar rumah. Demi sayang la kami tabahkan hati kurung dalam cage tu.

     Miaw..miaw..
     Papa dah tak senang duduk. Tapi bonda dah bagi warning supaya pap tak bukak cage. Biar la Labu mengiau sampai pagi pun, bonda akan pekakkan telinga demi kesihatan Labu. Pagi sebelum pi kerja tadi, suapkan Labu makan. Tapi dia jeluahkan makanan tu balik. Pancut ubat pun nak kena cekang rahang dia, ubat antibiotik yang pill tu lagi la dia tak suka. Mungkin rasa ubat tu pahit, dia jeluahkan dengan air liur berlejeh2. Kenalah tukar baju lain. Sorry bonda agak kasar sikit. Tapi Labu tak nak bagi kerjasama.

    Sekarang bonda kat opis, tapi hati kat rumah. Dok teringat je. Harap la hari ni papa tak de meeting, boleh balik awal tengok2kan Labu dan suapkan makanan. Sedihnya... Harap Labu bertahanlah. Jangan cepat mengalah macam Adika dulu. Bonda dan Papa sayang kat Labu. So Labu be tough ok!!


Hopefully Labu makin sihat. Ni gambar Labu pagi tadi lepas kemas cage dia dan siap makan.

Continue Reading

Kenangan Raya

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, August 14, 2013

Opss..
 
     Sowi korang, hari ni upload citer raya lagi sebab raya tahun ni puas hati sangat dapat kumpul adik- beradik ramai2... Hiks!











       Simpan gambar2 dalam blog ni buat kenangan, moga tahun2 mendatang ada kesempatan beraya bersama dengan dua orang adik lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Bunga Api Moden Tak Merbahaya Pada Anak2

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, August 13, 2013

     Malam raya memang meriah dengan takbir raya berselang seli pula dengan dentuman mercun. Kami anak beranak tak main mercun. Mak tak bagi membazir, lagipun mercun tu merbahaya. So kami layan main bunga api versi moden. Guna bateri dan tak merbahaya langsung pada kanak-kanak.


             Ok jugak kan? Asalnya bukanlah bunga api pun. Tapi mak kata effect sama jer macam bunga api bila main dalam gelap. Jadi belikan untuk cucunya main. Tahun depan pun boleh main lagi. Ganti bateri jer...
 
 

Continue Reading

Meriahnya Malam Raya 2013

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat.

   Balik beraya baru ada mood nak update citer pasal raya.   Meriah sungguh suasana malam raya tahun ni. Adik-beradik semuanya dapat balik berkumpul di kampung kecuali 2 orang yang tak dapat balik. Bila dah ramai2 ni, keluarlah macam2 idea. Idea paling best adalah berbuka puasa dengan kambing bakar. Ye, kami bakar seekor kambing malam raya tu. Seronok betul!









   Mak masak ketupat palas dengan rendang. Petang tu mak long pula hantar nasi impit dan kuah sate. Memang terbaiklah! Kat Johor, memang dah adat kunjung-mengunjung dan hantar makanan masa malam raya. So suasana raya tu jadi tambah meriah dengan lauk pauk dan juadah yang terhidang.    Kami berbuka ala bbq, jadi makan kat luar rumah, kat taman bunga mak. Lepas berbuka ala kadar, kami maghrib dulu di masjid dan sambung makan2 lagi sambil dengar takbir raya. Memang kenangan terindah!








Main mercun & bunga api tu bahayakan? Mak bagi cucu dia main bunga api yang tak ade api. Seronok je budak kecik ni main. Janji ade cahaya macam bunga api tu,kan?



Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Resepi Gulai Lemak Cili Api Ulam Raja

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, August 1, 2013

Buln puasa ni selalu kecur liur kalau tengok masakan kampung. Nak2 pulak kalau gulai lemak cili api. Tak kira la isinya ayam, daging atau pucuk2 ulam semata. Dengan membayangkan kepedasan cili dan lemak2 santan kelapa tu je dah buat kecur air liur. So balik rumah masak menu ni. Gulai lemak cili api ulam raja. Tak buh apa lauk pun dalam gulai ni sebabnya dah ada daging masak black pepper. Elok la tu, cili api dan black pepper berlawan dalam perut nanti. Hehe...

Jadi kita mulakan....                                    

10 biji cili api buang tangkai  
1 biji bawang merah sederhana besar 
 2 cm kunyit hidup  
(Ditumbuk hampir lumat bersama sedikit garam)          
 1/2 kotak santan cair
2 cekak ulam raja yang baru dipetik  (Nak lebih pun ok jer)




Caranya ~


Senang jer...
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Sentiasa tembok supaya santan tak pecah. Boleh tambah ikan kalau suka. Tapi kalau nak letak ikan, kena tambah asam keping dan ulam raja masukkan di akhir bila santan menggelegak dan isi ikan masak. Then.. tada! Sudah siap dan Labu kecewa menunggu sebab tiada ikan dalam gulai kali ni. Labu kena belajar makan ulam raja la cam ni, kan?


    
Published with Blogger-droid v2.0.10



Continue Reading